Rezeki

Isnin, 30 Januari 2012

Kembali ke Kota Konstantinopel Malaysia. (^_~)

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat sekalian? Semoga sihat sentiasa hendaknya. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat dengan izinNYA.

Kepada adik Syirah a.k.a ummu Solihin, selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-22 dik. Tahun ni, ALLAH izinkan kita bersama lagi. Dengan amanah yang makin bertambah. Semoga dipermudahkan segala urusan, diredhai ALLAH dalam setiap perkara. (^_^)



Lebih kurang seminggu berada di kampung. Bergilir-gilir antara rumah di Kuala Krai dan Kota Bharu. Tenggelam dalam kesibukan menunaikan tanggungjawab kepada ibu bapa dan keluarga, sementara masih ada masa yang berbaki. Penat tapi hati gembira. Dapat melihat sendiri keadaan ayah, yang selalu jatuh tersungkur secara tiba-tiba. Selalu juga menitis air jernih di pipi, bila ayah tiba-tiba tersungkur depan mata. Hanya doa mampu dititipkan. Abah di Kota Bharu juga kurang sihat. Hanya mampu baring dan duduk sahaja. Bila bertentang mata, terus terukir senyuman di wajah abah. Cekalnya hati mereka.

Seminggu di pangkuan keluarga, seakan berlalu dalam sekelip mata. Tak puas rasanya berbakti kepada mereka. Terlalu sedikit yang kita mampu lakukan, tak kan mampu membalas segala jasa mereka membesarkan kita sehingga menjadi insan seperti sekarang. Doa, Doa, Doa. Terus berdoa. Itulah saja yang termampu. Semoga ALLAH kurniakan kesabaran dan kelapangan kepada mereka. Menempatkan mereka di antara hambaNYA yang bakal berada di Syurga nanti. Aminn.

***

Bali kampung, tak banyak yang dilakukan kecuali bersama keluarga. Hari Ahad, ke Klinik Kesihatan KK dan terus pulang ke Kota Bharu. Isnin dan Selasa sibuk dengan persiapan dan kemas mengemas barang-barang yang digunakan untuk solat hajat. Rabu dan Khamis berada di Kota Bharu. Khamis petang, memenuhi jemputan kenduri sahabat sepejabat. Barokallahulakum... Semoga ALLAH limpahkan kebaikan dan rahmatNYA keatas rumah tangga yang dibina. Jumaat petang kembali ke K.Krai dan Sabtu, seharian dalam perjalanan. Hampir 12 jam. (^_~). Alhamdulillah, ALLAH selamatkan perjalanan. Kereta agak banyak, berderet-deret. Tapi masih dilancarkan perjalanan. Kami lambat sebab banyak berhenti rehat. Hee. Berhenti di Hentian Gua Musang yang baru dibuka, hampir 1 jam 30 minit. =p. Makan-makan, rehat, solat, jalan-jalan tengok kawasan. Hehe. Saja tinjau-tinjau tempat baru. Disyorkan kepada sesiapa yang selalu balik ke Kelantan. Semuanya ok. Selesa.

Baiklah, sampai di sini saja. Semoga dalam jagaan ALLAH sentiasa. (^_^).

Ilal liqa', ma'as salamah.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Khamis, 19 Januari 2012

Pulangnya anak ke pangkuan keluarga

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan kita meneruskan kehidupan hingga ke saat ini. Syukur padaNYA, yang masih kurniakan nikmat yang tak terhitung kepada kita semua. Alhamdulillah.

Esok 20 Januari 2012, insya'ALLAh, ana dan zauji bakal kembali ke pangkuan keluarga kami di Kelantan. =). Dah lama rasanya tak bertentang mata dengan ayah dan mek. Ayah dah sibuk-sibuk cari serati dan ayam kampung. Nak bagi anak menantu makan. Haih, ayah, ayah. Memang macam tu lah sikapnya dari dulu hingga sekarang. Memang lumrah ayah dan mak kita. Sanggup bersusah demi anak-anak. Terima kasih ya ALLAH, kerana masih izinkan kami bersama hingga ke saat ini.

Perjalanan esok, belum pasti lagi berapa jam. Harap-harap tak jem lagi. Kalau tak, memang penat juga lah nanti. Kasihan pada zauji, bertambah penat kalau jem. Moga ALLAH permudahkan dan selamatkan perjalanan kami. Aminn.

**tak sabar nak jumpa mereka**

Minggu depan, ada dua orang sahabat akan mendirikan rumah tangga. Insya'ALLAH kalau tak ada aral, kami sampai. Di Kelantan, asal musim cuti je, mesti jem. Hee, sampai rasa malas nak keluar rumah. =P. Tapi nak tak nak, kena keluar juga. (^_^). Hari Ahad kena pergi Klinik Kesihatan Kuala Krai, buat MOGTT (minum air glukos). Harap-harap tak ramai sangat orang nanti. =) Seram pun ada, sebab tak pernah lagi pergi cucuk2 di KKKK. Hee, takot sakit. =P (mengada)

Baiklah, sampai di sini dulu. Belum pasti samada berpeluang guna internet atau tak balik rumah nanti. Kemungkinan besar laptop akan digunakan sepenuh masa oleh anak buah atau mungkin juga tak sempat pun nak buka laptop, memandangkan banyak juga kerja nak kena selesaikan balik nanti. =). Seminggu di kampung, tak terasa pun. Mesti kejap je. Haih, tak sabar nak balik cuti 3 bulan. =P

Mohon doakan kami selamat pergi dan kembali ya. Ilal liqa'. Assalamua'laikum.

p/s : jaga diri hiasi peribadi. Tutup aurat dengan sempurna, jaga akhlak. Moga ALLAH redhai kita semua.


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Rabu, 18 Januari 2012

Ada Sinar Menemaninya

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Moga sihat-sihat saja hendaknya. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat.

Berhari-hari tidak mengupdate blog. Ada tugasan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Hari ini, telah bertarikh 18 Jan 2012. 18 hari berada di tahun baru. Sekejap saja, bukan? Masa semakin cepat, kematian semakin dekat, apakah masih ada masa untuk terus membuang masa? ALLAHu ALLAH.

Mati itu pasti! Tiada sesiapapun yang mampu menolaknya. Walau tiada tarikh yang jelas tentang kematian kita, namun, harus diyakini dengan sepenuh hati, bahawa ia pasti berlaku. Bila-bila masa.



Semalam, medapat perkhabaran dari sahbiah seangkatan. Suami kepada sahabat beliau baru saja menghembuskan nafas terakhir setelah hampir 2 minggu cedera akibat kemalangan. Arwah dan sahabat tersebut baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 17 Disember 2011 yang lalu. Dan semalam, pada tarikh 17 Januari 2012, genap sebulan usia perkahwinan mereka, ALLAH takdirkan perpisahan yang abadi. Si suami menerima panggilan dari Ilahi. Meninggalkan isteri yang baru sebulan dikahwini.

ALLAH, sesungguhnya kematian itu sangat dekat. Peringatan bagi yang masih punya nyawa.

Ujian yang hebat untuk orang-orang yang hebat! ALLAH takkan bagi sesuatu ujian yang melebihi kemampuan hambaNYA. Itu juga pasti!

Walau tak pernah mengenali kedua-dua mereka, namun hati ini sangat tersentuh dengan apa yang berlaku. Bagai dapat sama menyelami hati seorang isteri. Terbayangkan saat menemani zauj yang terlantar di katil hospital, terasa kenangan bersama zauj pada tahun lepas kembali semula menerjah fikiran ana.

Namun , ketabahan Kak Fiza sangat dikagumi. Semoga beliau terus dilimpahi rahmat dan segunung ketabahan mengharungi hari-hari yang bakal dilalui.

Emel terkini dari Kak Fiza yang diterima pagi tadi :

Salaam. Terima kasih yg tidak terhingga atas kunjungan hebat semua shbt2, dr dekat dan jauh, mengiringi urusan pkebumian Allahyarham suami ana dunia akhirat insyaAllah..(yg ana syg, tp Allah lebih syg dia).



Alhamdulillah, terasa sgt dpmudahkan sgl urusan setakat ini.Meskipon hanya 17 hari bsama2 Allahyarham dlm keadaan sihat, tlalu byk kenangan yg ditinggalkan. Seperkara ttg Allahyarham yg bole ana kongsikan adalah allahyarham sgt suka bkongsi ilmu dan x pnah mnolak pmintaan tazkirah dr isteri. D hari kemalangan, allahyarham bgn awal pg berqiamullail, sambil ana masak utk sarapan n bekal Allahyarham. Kami subuh bjemaah dan buat ptama kali berjemaah solat dhuha..(biasanya buat sendiri2)... AllahuAkbar! AllahuAkbar!


Moga kita dpt mengambil iktibar dr setiap yg blaku, dan kekal istiqamah dlm pjuangan Islam dan mdoakan shbt2 lain juga istiqamah, dlm keadaan ringan atau berat, rajin atau malas, kaya atau miskin, sihat atau sakit, lapang atau sibuk..amiin...


Truskan sama2 berdoa spy ketenangan dan kesabaran trus mengisi hari2 yg bakal dilalui oleh semua yg terlibat terutama isteri allahyarham..

WAllahualam

***

 Al-Fatihah buat allahyarham Cikgu Fikri (Mohd Fikri bin Ismail). Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Selasa, 10 Januari 2012

Terkenangkan Kampung Halaman Yang Indah Permai.. (^_^)

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat sekalian? Semoga sihat walafiat hendaknya. Kepada yang sudi meluangkan masa menjengah blog ini, terima kasih ana ucapkan. Blog ini, tak banyak yang mampu dikongsi. Hanya sekadarnya sahaja.


Kepada yang nak merasa hidup sebagai anak kampung, bolehlah membaca sambil menggambarkan suasana. Hari ini, ana tertarik nak berkongsi tentang kampung ana. (^_~). Terdetik cemburu tatkala membaca blog sahbiah (k.Leen) yang bercerita tentang air bukit. Wahhh, tengok tajuk pun dah buat ana tak keruan. Hehe. Teringat kenangan lama. Membesar di kampung sebagai kanak-kanak yang nakal. :p. Baiklah, pengembaraan bermula. (^_^).

Rumah ana terletak di kaki bukit. Belakang rumah ada tanah yang luasnya lebih kurang satu ekar. Tepi rumah sebelah kanan, ada rumah jiran. Sebuah rumah saja. (Rumah kampung, memang jauh jaraknya.) Diantara rumah kami, ada kebun buah. Ada buah rambutan, langsat, nangka. Hmm, juga pokok pinang yang tinggi. Pokok ni sangat bahaya. Bila muslim tengkujuh, angin kuat. Pokok pinang ni selalu je nampak macam nak tumbang dan menghempap rumah kami. Tapi alhamdulillah, sampai sekarang, pokok pinang ini masih berdiri teguh di tepi rumah kami. Hehe. Di hadapan rumah kami ada kebun getah. Luasnya, hmm, ana anggarkan lebih kurang 2 ekar. Tepi rumah sebelah kiri pula, ada tanah seluas 2 ekar. Milik datuk angkat ana. Dulu kat tanah tu ada tanam pokok getah. Tapi sekarang dah tak ada pokok getah, tukar dengan pokok kelapa pandan. Tapi seekar je tanam pokok kelapa. Yang seekar lagi, tanam pokok getah semula.

DULU (1995 - 1999)

Ini tahun-tahun yang ana masih ingat. Tahun 1995, ana baru darjah 1. Waktu ni, orang kampung masih giat mengusahakan penanaman padi di sawah belakang rumah jirang kami, di sebelah kanan. Suka sangat bila orang membajak. Hehe. Masa ni, ana baru nak mula berkawan. =p. Sebelum ni, hanya tinggal di rumah, bersama kakak-kakak yang sudah besar. Tak tahu nak main apa, mereka dah sekolah menengah, sedangkan  ana masih kanak-kanak yang comel dan lincah. (^_~). Maka, waktu ni, mek memberi ruang kepada ana untuk meneroka kampung. Hehe. Bila orang duk sibuk nak membajak, ana dan kawan-kawan yang lain, sibuk juga menahan ikan. Oh, bahagia. Cari je mana-bana bakul jarang yang nampak macam mek dah tak sayang. Kalau dapat yang besar, lagi bagus. (Kadang-kadang tu, guna je walaupun mek masih sayang, nanti balik, pandai-pandai lah mintak tolong kakak basuhkan. Dan bersedialah untuk mendengar ceramah umum dari cik kakak yang sulong. :p ) Ok, bila dah dapat ikan, bagi pada kawan-kawan. Suka sangat tangkap ikan kat sawah ni. Lintah pun sangat banyak. Tapi masa ni, tak geli sikit pon dekat lintah-lintah tu semua. Setakat lintah tu, pegang macam tu je. Sekarang, haa, memang tak boleh tengok lah lintah dan pacat yang meliuk lintuk tu. gelisss.

Seterusnya, masa tahun 1996, Ana dapat anak buah. Masa ni, ana dah kena kerah ke kebun. Kena tolong tanam sayur. Sangat penat. Tapi kan, sebenarnya ana tak tolong banyak pon. Duk main air sungai je banyak. Hehe. Almaklum saja bila kanak-kanak cimel jumpa air. Huh, tak dapat nak gambarkan perasaan. Darjah 2, dah pandai buat pancing sendiri. Hehe. Beli tali tasi kat kedai, baru 20 sen. Mata kail pun dalam 20 sen boleh dapat dah. Kayu mintak ayah carikan. Kalau malas nak mintak ayah carikan, ambik je botol air. Ikat di kepala botol tu, dan lilit je tali pada botol. Jangan lupa letak mata kail. Hehe. Bila sampai je, terus pergi sungai, letak pancing. Sejam lepas tu, datang tengok hasil. Walaupun kadang-kadang tu dapat anak haruan besar dua jari je, tapi, suka sangat. (^_^). Kami jarang makan ikan yang ana pancing. Biasanya bela je walaupun sesekali dapat ikan yang besar-besar.

Teringat pula kenangan masa kat kebun. Oh ya, lupa nak bagitahu. Bila dah ada anak buah ni, ana jarang dah main dengan kawan-kawan. Nak jaga anak buah pulak. Malah, bila pegi kebun pun, memang bawak anak buah. Masa anak buah umur 6 bulan, memang dah dibawa ke kebun. Mek buatkan buai untuk anak buah. Bawa tikar, bekal susu semua. Ana la yang menghayun buaian tu. Sambil-sambil mendodoi anak buah yang suka tidur tu, ana sempat lagi tangkap pepatung. :p. Kadang-kadang dengan kekreatifan yang ada, ana buatkan buai untuk semut-semut sekali. Hehe. Guna je daun-daun dan ranting-ranting kayu. Ikat-ikat dengan benang, pastu letak la semut atas buai yang comel tu. :p

Bila anak buah dah besar sikit, ayah buatkan pondok kecil. Tapi, tak best sangat pondok tu, sebab banyak nyamuk. Maka, lebih banyak masa dihabiskan kat tempat lama, bawah pokok.

Tahun 1997, dapat seorang lagi anak buah. Alhamdulillah, bertambah dah anak buah ana. Mulanya, memang masih lagi bawak kedua-dua anak buah ni ke kebun sepertimana masa anak buah masih seorang. Masa ni, ana sukalah, sebab yang seorang tu dah pandai nak jadi kreatif macam ana juga. :p. Boleh bawak main air sungai. Hehe. Suka la dia boleh main air. Jadi budak kampung macam ana. (^_~). Tapi tak lama lepas tu, ayah ambil keputusan untuk tanam sayur belakang rumah kami je. Yang ana duk bercerita panjang lebar kat atas tadi, kebun sayur yang lama. Kami sewa tanah orang.

Belakang rumah kami tu, asalnya macam hutan kecil. Pokok kayu hutan yang besar-besar. Ada macam-macam haiwan ada. Yang ekor pendek tu pun selalu keluar masuk. Huhu. Dulu kan nak sewa jentolak semua ni, sangat mahal. Tapi alhamdulillah, dah beberapa kali duk bercucuk tanam atas tanah orang, ada rezeki lebih, ayah pun sewa jentolak untuk buat kebun kat belakang rumah pula. Masa ni, sangat best. Hehe. Pergi habiskan buah samak, Sebab pokok dah nak kena tebang. Makan sampai puas.

Ok, bila kebun dah pindah belakang rumah, mula bercucuk tanam semula. Lagi senang kerja kami. Dekat. Ana pun jaga anak buah kat rumah je. Pernah sekali, masa ana darjah 3, rumah kami rosak sebab ribut kuat. Bumbung rumah hilang separuh. Buku teks sekolah memang rosak, sebab kan air hujan. Masa tu takut sangat kalau-kalau cikgu marah. Kalau tak silap, dalam 2 tahun juga ana fobia dengan bunyi hujan atau angin kuat. Kalau tengok langit gelap, mendung. Memang ana tak berenggang la dengan kakak atau mek ayah. Fobia. Sebab masa kejadian, ana dan anak buah serta kakak yang sulong ada dalam rumah. Ingat lagi, masa tu, kami dah tak tahu nak pergi mana. Tengok bumbung tu dah terangkat sikit-sikit. Takut sangat. Angin kat luar pulak sangat kuat. Pokok getah depan rumah macam nak tumbang je. Dahla gelap. Memang tak pernah lagi tengok angin angin kuat macam tu. Mek ayah masa tu pergi kebun. Masa angin kuat tu, memang kami dah tak tahu nak buat apa. Duk berlari dalam rumah je. Sekali, bunyi kuat, air hujan masuk. Bumbung dah tak ada. Kami berlari naik ke ruang tamu atas. Takut sangat. Tak lama lepas tu, barulah angin reda. Hujan pun tak lebat sangat. Mek cakap, masa dekat kebun dia tengok macam ada angin taufan, warna hitam. Dia nak berjalan pun susah. Macam kena tolak. Memang kenangan betullah. Huhu.

***

Hmm, penat menaip. (^_^). Sampai di sini saja ya. Dapat rasai suasana kampung? :p

Mungkin kalau ana ingat dan rasa bersemangat nak menaip cerita tentang kampun lagi, ana akan sambung. (^_^). Bila, wallahua'lam. Hee.

Ok, jom solat Zohor. Assalamua'laikum
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Isnin, 9 Januari 2012

Nikmat DariNYA Tidak Terhitung

Assalamua'laikum.

Segala puji dan puja untukNYA, Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan pertemuan kita pada hari ini. Apa khabar semuanya? Moga dalam kalungan kasih sayang dan perlindungan ALLAH sentiasa hendaknya. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat dengan izinNYA. Alhamdulillah.



9 Januari 2012 - 15 Safar 1433 - Isnin

Hari ini menemani zauj ke Hospital. Sepertimana kebiasaan, tempoh menunggu tidak kurang dari 30 minit. (^_^). Sabar menanti giliran. Kami tiba di sana lebih kurang jam 8.15 pagi (setelah berpusing-pusing mencari parking). Masa tu dah ramai yang beratur. Nombor giliran kami ialah 3207. Manakala nombor yang sedang dipanggil sekarang ialah 3052. Hehe, kena banyak-banyak bersabar ya. Biasalah, tempat tumpuan. Memang ramai sangat orang. Nasib baik prut telah diisi, maka tiada apa yang perlu dirisaukan. Menunggu dan terus menunggu.

Kadang-kadang tersenyum sendirian melihat gelagat orang sekeliling, lebih-lebih lagi bila tengok budak kecil. Alahai, comel je. Ada sorang budak lelaki ni, umur lebih kurang 2 tahun (rasanya), sangat excited dia bawak kuih pau. Hehe, plastik tu dah nak mencecah lantai, tapi memang semangat betul tengok dia bawak. Sambil mulut dia tak henti-henti berceloteh. :p. Comel sangat. Laju je jalan, berhenti kejap, pandang belakang tunggu neneknya datang. Lepas tu jalan laju-laju lagi. (^_^). Ada bayi perempuan dalam kereta sorong. Alahai, sangatlah solehah. Pandang kiri kanan, mulut tak bunyi apa pun. Hehe. Tangan pun tak bergerak-gerak. biasanya budak kecik kan suka gosok mata, tarik-tarik kain semua. Tapi dia sangat cool. (^_~).

Pandang kiri, pandang kanan. Bila kita pergi hospital. Memang banyak peluang untuk muhasabah. Ada orang sakit tangan, ada yang sakit kaki. Ada yang cakap sorang-sorang, ada yang tak bercakap langsung. Semuanya ada cerita tersendiri. Perit, sakit. Kita yang masih sihat, harus ambil iktibar dari sekeliling.

Bila ALLAH bagi rasa sakit, barulah kita nak mensyukuri nikmat sihat. Bila dah kehilangan, barulah kita sedar, betapa indahnya sewaktu ia masih ada. Sering, itu yang terjadi. Kita, sangat jarang bersyukur.

***

Tadi jumpa doktor, dapatkan hasil ujian endoskopi yang dijalankan bulan September tahun lepas. Tapi, doktor pun masih tak dapat berikan jawapan. Semuanya tak ada masalah, tapi zauj masih macam dulu. Maka, ujian lain pula yang akan dijalankan. Temujanji seterusnya ialah pada 9 dan 16 Mac nanti. Moga ALLAH permudahkan segelanya.

***

Beberapa hari ni, cik baby sangat suka main-main dengan ayahnya. Amboi-amboi, suka sangat ya bila ayah balik. Hehe. Nak main sokmo. Semoga membesar menjadi anak yang soleh/solehah. Minggu ni ialah minggu membeli belah. Suka tengok zauj yang 'excited' belikan barang-barang untuk bakal anaknya. Nanti nak kena bawa balik barang-barang ke Kelantan. (^_^). Tinggalkan barang-barang yang penting je atas kereta. Makin berdebar. Semoga ALLAH permudahkan.

Rasanya sampai di sini saja. Semoga ALLAH permudahkan urusan kita semua, melimpahkan rahmat dan redhaNYA ke atas kita.

Sekian, wassalam.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Jumaat, 6 Januari 2012

.. Melentur Buluh Amanah Dari ALLAH ..



Assalamua'laikum.


Apa khabar sahabat Nisa' Putrajaya yang dikasihi sekalian? Bagaimana iman kita hari ini? Semoga baik-baik saja hendaknya. (^_^)

Alhamdulillah, segala puji dan puja hanya untukNYA, Tuhan Sekalian Alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w.

Dengan izin ALLAH swt, Nisa' Putrajaya sekali lagi telah berjaya merancang sebuah program talkshow yang akan dilangsungkan pada ketetapan sepertimana berikut :

Tajuk : MELENTUR BULUH AMANAH DARI ALLAH

Penceramah : Ustazah Nor Hafizah Musa (Tetamu rancangan Tanyalah Ustazah TV9, Slot Bicara Ad-Deen Ikim.FM)

Tarikh : 14 Januari 2012 (Sabtu)

Tempat : Surau Al-Husna, Fasa 12, Presint 9, Putrajaya.

Masa : 9.30 pagi - 11.30 pagi.

Kali ini talkshow Nisa' telah diberi nafas baru. Kami telah menamakan program ini sebagai : EUW. singkatan bagi Eksklusif Untuk Wanita.

Apa tunggu lagi? Ayuh, sama-sama kita berkumpul di majlis ilmu yang bakal berlangsung nanti. Jangan lupa sebarkan ya. Terima kasih. (^_^)

* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

sumber : http://nisaputrajaya.blogspot.com/2012/01/temui-ustazah-norhafizah-musa-di.html



* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Khamis, 5 Januari 2012

Seronok Jadi kanak-kanak. (^_^)

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat sekalian? Semoga sihat-sihat aja hendaknya. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat dengan izinNYA. Seinfiniti syukur dipanjatkan kepadaNYA, yang telah mengurniakan semua nikmat ini kepada kita. Alhamdulillah.



Hari ini, 5 Januari 2012. Masih ada yang tersasul atau tersilap tulis angka 2011 lagi? (^_~). Tak pe, memang perkara biasa. Awal tahun, memang selalu macam tu. Hehe.

Hari ni, adik-adik kita dah mulakan sesi persekolahan bagi sesi 2012. Mesti semuanya bersemangat ya. Jumpa kawan-kawan baru. Mesti seronok kan?

Tiba-tiba teringat kenangan dulu. Ana tadika selama 2 tahun. Masa mula-mula masuk tadika, mak cakap ana suka nyanyi lagu Negaraku kat pintu pagar sekolah. :p. Kakak temankan ana kat sekolah lebih kurang satu minggu. Alahai, awat la lama bebenor kena berteman macam tu ye? Hehe. Tapi ok la kot. Budak umur 5 tahun kan? Standard lah. Hehe.

Tahun kedua di sekolah tu, ana dah jadi orang yang sangat 'dewasa'. Hehe. Mak ayah meniaga sayur depan tadika. Turun je dari van, terus masuk pagar tadika. Dah tak menyanyi lagi Negaraku depan pagar tadika.. (^_~). Oh ye, lupa nak bagitau. Nama tadika ana ialah : Tabika Dewan Siti Rahmah, Kuala Krai. Ok, masuk tahun kedua tu, di awal tahun, ada seorang kawan perempuan ni suka sangat menangis. Hehe. (Gelakkan orang, padahal kita pun sama.. Ahaks). Pernah ana ketawakan dia sebab dia menangis meraung-raung bila cikgu cakap nak kunci pintu tak nak bagi semua pelajar balik. Cikgu sebenarnya masa tu nak suruh semua orang dengar cerita. Biasanya dekat-dekat nak habis waktu belajar, cikgu suka bacakan cerita untuk kami. (^_^). Alih-alih, kawan perempuan ni menangis. Alahai, kesian dia. Cikgu pujuk pun dia dah tak nak dengar. Cikgu pun terpaksa buka semula pintu dan cakap kat dia, kena tunggu habis cerita baru boleh balik. :p

Masa tadika, cikgu kan suka ajar nyanyi lagu. Masa ni, balik je dari tadika, masa duk berjalan tu, suka menyanyi. Sampai kat tempat kakak meniaga, sambil-sambil tunggu nak balik rumah, ana ajar budak-budak kecik yang ada kat atas pasar tu nyanyi sama. (^_~). Dulu kan suka main cikgu-cikgu ni. Ajar A,B,C.. 1,2,3.. Hehe.

Pengalaman adalah guru yang terbaik. (^_^)

***

Dah, tak nak cerita lagi dah. Tapi kan, rasanya budak-budak sekarang dah tak ada yang menangis macam dulu-dulu. Sebab kebanyakan dah biasa duk ramai-ramai kat nursery dari kecil.

Sekarang ni kecik kecik dah pandai cakap 'omputih'. Excellent! Kalah orang-orang dewasa ni. Kalau dulu, dapat 4A UPSR pon dah heboh satu kampung. Yang dapat 5A memang dah sahih masuk sekolah MRSM atau SBP. Tapi sekarang ni, 5A pun duk kelas no.2 kat sekolah biasa. Lambakan pelajar-pelajar pintar.

***

Bagi kami yang bakal menerima sehelai kain putih untuk dicorakkan, terasa juga takut untuk menghadapi dunia yang kian mencabar.
Sekarang pun dah berlaku berbagai perkara dan peristiwa yang boleh menyebabkan jantung terhenti buat seketika. Dengan masalah sosial, masyarakat, ruang-ruang maksiat. ALLAH, takut sangat.

Sebagai langkah permulaan, kita sebagai ibu bapa/bakal ibu bapa, haruslah bijak menyeimbangkan pendidikan kepada anak-anak. Terapkan Islam yang sebenar-benarnya kepada anak. Biar mereka faham dan hayati ISLAM. Bukan hanya mengambil apa yang kita nak, dan tinggalkan apa yang kita tak berkenan.
Dan perlu juga diingat, anak yang soleh dan solehah ini harus dibentuk sebelum lahir lagi.

Tanggungjawab yang sangat berat, tapi ia WAJIB dipikul. Semoga ALLAH permudahkan urusan kita semua.

Semoga kita berjaya mencorakkan kain putih amanah ALLAH itu dengan sebaik-baiknya.

Rabbana hablana min ladunka dzurriyatan toyyibah. Innaka sami'ud du'a

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers