Rezeki

Rabu, 23 November 2011

P.E.N.G.U.M.U.M.A.N P.E.N.T.I.N.G

Assalamua'laikum.

Satu lagi post untuk kali ini. (^_~).

Kepada kenalan-kenalan yang dikasihi sekalian.. Sebenarnya perkara ni dah lama berlaku.. ;p. Hampir 2 bulan dah. Tapi baru hari ni rasa macam kena bagitahu jugak.. =p



Telefon ana mengalami kecederaan yang agak parah. Skrin dah terbelah dua, ada garisan warna hitam kat tengah-tengah. Cursor pun bermasalah, bila menaip, selalu je lari-lari.. Maka natijahnya, taip entah apa-apa je. Perkataan yang nak ditaip tu dah bercampur semua. Uhuk.. Maka dengan sebab itu, ana susah nak respon SMS atau menghantar sebarang SMS kepada kalian.

Dan alhamdulillah, sekarang ni, ada rezeki lebih, Zauji hadiahkan telefon lain. Masalah baru ialah : jumlah kenalan yang ada dalam telefon rosak tu ada dalam 800! Dan yang boleh isi dalam simkad pula hanya 250. ;(. Sangat banyak nombor kenalan yang tak dapat ana pindahkan ke dalam telefon baru ni. Jadi, tak dapatlah ana nak hubungi kalian. Hanya mampu mengharapkan kalian untuk menghubungi ana, dan perkenalkan diri..

***

Maka dikesempatan ini, ana mohon maaf sekiranya ada sahabat-sahabat yang berkecil hati kerana ana dah lama tak hubungi kalian. Tak sengaja pun.. Tapi tak boleh buat apa, sebab ana dah tak ada nombor kalian. Maaf ya.

Semoga ALLAH permudahkan urusan kita semua. (^_~).


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers