Rezeki

Isnin, 19 September 2011

Alhamdulillah, akhirnya....

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Semoga sihat-sihat sentiasa hendaknya. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat. (^_~).

***



Hujung minggu yang penuh dengan aktiviti..

Alhamdulillah, ALLAH masih izin kita teruskan kembara di dunia ini. Segala puji dan puja hanya untukNYA, Tuhan sekalian alam.

ALLAHu ALLAH.

15 Sept 2011. Jam 6.45 petang ana bertolak ke Johor, menaiki bas Plusliner. Bertemankan penumpang-penumpang yang terdiri dari pelbagai bangsa dan usia, alhamdulillah, perjalanan kami lancar, walaupun sedikit kelewatan dari tempoh kebiasaan. (^_~). Jam 11 malam, ana selamat tiba Sri Putri, Skudai. Zauji sudah sedia menanti. Alhamdulillah, syukur.

Selesai solat, kami mencari tempat makan. Oh, perut sudah berdondang sayang. Mohon diisi segera. =p. Beberapa tempat kami pusing, haih, agak kecewa. Tetiba je hilang selera. KFC pula tutup awal, padahal 24 hours katanya. Hehe, cari lagi tempat lain. Kedai mamak memang langsung tiada dalam senarai. Demand! Ahaks. Akhirnya, alhamdulillah, jumpa juga kedai yang dapat memberi bekalan makanan kepada kami. Syukur.

Selepas makan, terus bergerak ke Pekan Nenas. Akan menginap di rumah keluarga angkat zauji. Jam menunjukkan angka 12 malam. Oh, embun sudah mula turun. Kami masih lagi dijalanan. Inilah perihal sang musafir seperti kami. (^_~). Jam 2 pagi, berjaya memejamkan mata buat seketika. Alhamdulillah, nikmat yang tak terhitung. Badan penat memerlukan rehat. Pada pagi tadi, ofis buat jamuan idul fitri. Sangat memerlukan kerahan tenaga yang hebat! Thats why bila dapat peluang lelap mata, sangat-sangat lena. Ahaa.

16 Sept 2011. Orang duk kalut sambut Hari Malaysia, zauji dan sahabat seperjuangan beliau duk bertungkus lumus menyiapkan tempat untuk program pada malamnya. Pasang khemah, masak-masak, hias tempat. Sementara ana pula, mengerat ukhuwah dengan keluarga angkat zauji. Duk pusing-pusing rumah, ana ternampak pokok jambu batu biji merah. Wah, jarang boleh jumpa ni. Dulu masa kecik-kecik, duk rumah lama, memang pokok jambu macam ni lah tempat ana 'melepak'.. Hehe. Ayah buat buai, gantung tali, letak papan, pastu lapik kain. =p. Sangat best bila berayun kat situ. Masih ingat kisah anak ayam terbang dulu? Ha, kat buai di pokok jambu lah. Hehe. Ok, berbalik kepada suasana di rumah keluarga angkat zauji. (^_^). Suka sangat lari tajuk. Hehe. Ok, bila dah jumpa pokok itu, ana tanpa segan silu, terus saja mengambil sebiji buah jampu yang sudah bewarna kuning. Tidak terlalu ranum. Kalau masak sangat, nanti isinya lembik, kurang sedap. =). Ana terus bawak masuk dan minta kebenaran untuk makan. Hoho, agak teruk kan? Ambik dulu baru minta izin. (jangan ikut tau). (^_~). Dan pastinya Tok Bak dan Tok Nah mengizinkan. Siap cakap lagi, nak makan apa-apa, ambiklah. Tu buah kedondong dan mempelam banyak tu. Nanti nak balik, jangan lupa ambik. (^_~). Sangat excited! Memang masa nak balik, ana ambik buah mempelam tu. Sedap! Baunya masam-masam. Cedapnyaaa.. Terima kasih ya Tok Bak, Tok Nah, Cikgu Ana, Cikgu Hud. Nanti ada masa, kami sampai lagi. Hehe.

Masih bertarikh 16 Sept 2011. Lepas Asar, kami ke tempat program. Makan-makan. Bila zauji cakap ada ayam masak merah, memang dah terbayang-bayang dah. Sampai kat sana, hujan turun. Tempat muslimat tak ada orang. Hehe, malu lah pulak nak makan. Zauji nak temankan, ana pula kesiankan zauji, takkan nak makan bawah khemah muslimat, kan? Ana pun suruh je zauji makan kat tempat muslimin, bersama dengan sahabat-sahabat beliau. Sementara ana, bersenang lenang di khemah muslimat sendirian. Makan ketupat bersama ayam masak merah yang sedap itu. Hoho, makan tak ingat dunia. (^_^). Sedaplah. =p

Solat Maghrib dan Isyak di tempat program. Jam 9.30 malam, tempat tersebut sudah dipenuhi muslimin dan muslimat pelbagai usia. Wah, mantop! Sambil-sambil dengar ceramah best, ana mengisi masa dan bagi kerja sikit pada tangan dan mulut ni. Suap-kunyah buah jambu air, cicah sambal kicap (gula + kicap + cili).. wahhhhhh, sedap! Dalam hati duk cakap : kalau kejap lagi perut ni buat hal, padan dengan muka i.. Hehe. Takkan nak lalu depan orang ceramah pulak. Tawakkal.. =). Alhamdulillah, perut tidak meragam sebagaimana yang dijangkakan. Tq ALLAH. Tapi tak sempat habis pun dengar ceramah tu, jam 11.20 ana dah masuk dalam kereta. Poning tak mau hilang. So, lelap mata kejap. Tengok-tengok jam, dah pukul 12.30 malam. Zauji hantar sms, minta hidupkan enjin kereta. Kejap lagi nak kena iring penceramah sampai highway. Sebab kebetulan kami pun memang nak balik rumah ana.

Bila dah keluar tol Simpang Renggam, Yb Ir Penceramah bangun semata-mata nak lambai tangan ucap terima kasih kepada kami, padahal pada mulanya kami nampak beliau sedang tidur di seat belakang. Oh, sangat terharu dengan identiti beliau. Very humble. Sangat mesra rakyat.  Zauji tak sudah-sudah memuji beliau. Masa mula-mula sampai tadi, semua orang beliau nak salam. Tegur dengan senyuman yang tak pernah lekang. Pemimpin berjiwa rakyat! Semoga ALLAH permudahkan segala urusan. Insya'ALLAH, kebenaran pasti akan menang. Selagi kita berpegang kepada panji ISLAM, amalkan ISLAM yang sebenar-benarnya, ALLAH pasti bersama kita.

17 Sept 2011.. Masih meneruskan perjalanan dari Johor.

Jam 2.30 pagi, berehat sebentar di RnR. Minum air kopi, makan roti bakar disapu kaya dan planta. Kemudian perjalanan diteruskan. Tapi badan sangat penat. Seharian zauji tidak merehatkan badan, mata semakin pedih. Jam menunjukkan hampir 3.30 pagi. Segera disarankan supaya berhenti di mana-mana RnR. Lalu RnR Pagoh menjadi pilihan. Tido sekejap. Kononnya. Hehe. Bila sedar, sangat terkejut. Oh, jam sudah menunjukkan angka 5.30 pagi. Zauji cakap kita tunggu solat subuh terus. Ok, mata terpejam kembali. Hu, penat sungguh rasanya. Jam 6.15 bangun dan solat. Tidak sempat mengisi perut di RnR. Makan roti yang dibeli di Stesen Minyak sahaja. Teruskan perjalanan yang masih bersisa. Jauh lagi nak sampai ni. =p. Tiba di Ayer Keroh, restoren jejantas jadi pilihan. Pusing-pusing, KFC paling senang. Menu sarapan yang agak murah, lagipun tak pernah cuba. Maka, ia jadi alas perut kami. (Alas perut ke? Hehe). Zauji minum kopi, manakala ana minum jus oren. Hu, demand kan? Sekarang ni suka sangat minum ais di pagi hari. =p. Zauji pilih set Riser, manakala ana memilih set Platter. Sedap. (semua benda ana suka makan, semuanya sedap.. Haih, makan aja kejenya ya? =p)

Baiklah, kembara diteruskan. Jam 10.00 pagi kami sampai ke bandaraya dalam taman ni. Alhamdulillah. Selamat. Tapi tak lama pun, sebab kejap lagi kami kena teruskan perjalanan ke Ipoh pula. Kenduri sahabat sefikrah. Kak Ekin sayang! Hehe, tak sabar nak jumpa pengantin. (^_~).

Berehat sebentar, hajatnya nak gerak lepas Zohor. Lepas solat terus pergi. Tapi, almaklum sahaja, bila dah sampai rumah, macam-macam nak buat selagi ada kudrat. Sempat basuh dan jemur baju, packing baju untuk dua hari di Ipoh, masak. Kemudian jam 12 t/hari, mata sudah dihurung kantuk. Oh, tidak dapat tidak, memang kena tidur. Dengar bunyi azan dari surau, terus sahaja tersedar. Perjalanan kami masih jauh. Bersiap, solat dan makan dulu sebelum bergerak ke Ipoh. Isi minyak di Shell, dan teruskan perjalanan. Jam 2.30 turun dari rumah. (^_~). Sepanjang perjalanan, ana bergilir dengan zauji bawak kereta. Bestnya dive di highway. Boleh bawak laju-laju. =p. Baru dua kali pegang stereng kereta maroon tu, haih, bila bawak je, mesti 110 - 130 km/j. Zauji senyum je, Mulut ni asyik tanya, harap tak Wa bawak ni? Hehe..

Akhirnya selamat sampai ke Ipoh jam 6.30 petang. Bertemu K.Isma cute di Jelapang, angkut dua orang puteri manis di rumah K.Ain, salam-salam, dan terus ke rumah pengantin. Saat itu, sudah 7.oo malam. Oho, tak pernah dibuat orang, kan? Tapi nak buat macam mana, tetamu dari jauh. =p. Tiba di rumah pengantin, elok-elok je azan magrib berkumandang. Kesian pengantin kena layan kami. Kebetulan sahbiah Nisa' Wilayah juga baru sampai, kami makan bersama. Bagi peluang pengantin solat dulu, kami boleh jama'. Selesai makan, sesi bergambar bersama pengantin. Alhamdulillah, tujuan asal ke Ipoh, dah selesai. Ok, kami teruskan perjalanan. Bergerak mencari tempat menginap. K.Isma bawa kami jumpa adik ukhuwah, Zety namanya. Kompius, sapo lak eh adik chomey ni, tetibe je K.Isma panggil salam-salam. Ahaks. Ok, rupanya beliau adik ukhuwah K.Isma, dengar cerita tentang ana, terus saja beliau memasang hajat untuk bertemu ana. Maka, ana dengan senang hati, tunaikan hajat beliau (walaupun tak dirancang pada awalnya) =p. Ok, tempat menginap sangat best. 1st class. Rumah teres 2 tingkat, ada dapur, bilik air, ruang tamu yang best! Ok, lagi ada kopi DCL yang sedap, tak lupa kue tiaw PaMa yang sedap itu, hoho, pagi-pagi lagi dah mengadap kue tiaw pama. K.Isma, next time nak booking situ lagi ya. =p

18 Sept 2011. Jam 9.30 pagi, kami keluar dari rumah K.Isma, nak mencari kedai makan. Tak kisah makan apa, yang penting, kedai MELAYU. Hehe. Pusing-pusing, tak jumpa. Jadi kami pun keluarlah dari situ, kononnya nak pergi jauh sikit, cari kedai makan. Baru je lepas simpang, ternampak kelibat 4 orang muslimin duk berjalan nak melintas. Tiba-tiba mulut ni cakap kat zauji, "eh tengok tu, macam us.Hisam la.". Zauji pun tengok, "ha, memang Sham la tu." ALLAH tunjuk hikmah serta merta. Rupanya nak temukan kami dengan sahabat lama. Memang asalnya dah plan nak jumpa sahabat alumni kat Ipoh ni, tapi semalam macam penat sangat, tak sempat jumpa. Alih-alih, dapat pula sarapan sama-sama pagi tu. Alhamdulillah, percaturan ALLAH maha hebat!
* sarapan kami adalah pada 10.30 pagi.. Makan nasi untuk lunch terus. =p. Nasi lauk ayam goreng, kuah sambal masak merah.. Cedap.. *

Jam 12.00 t/hari, usai makan, ke rumah K.Isma semula, hantar kunci, dan terus bergerak balik. Tiba di pertengahan jalan, teringat nak tanya Ummu Amir. Memang dah berhajat nak singgah rumah beliau. Cuba nasib, sebab semalam beliau cakap pagi ni ada hal. Setelah berkali-kali berSMS, akhirnya kami berjaya sampai ke Shah Alam. Peluk susuk tubuh Adik Syirah dan Amir Solihin. Alhamdulillah, syukur. Pertama kali bersua muka di alam maya, pada hari ana walimah dahulu. 19 November 2010. Dan kali kedua kami jumpa, bertarikh 18 September 2011.

Haih, hampir setahun dah. Macam-macam ujian ALLAH bagi, susah betul nak jumpa. Akhirnya ALLAH bagi masa yang paling sesuai untuk kami beramah mesra. Masa kenduri hari tu, memang sekejap je jumpa, lepas tu dah tak leh sembang lama-lama. Kali ni, 2 jam tu memang tak terasa. Hampir lupa zauji nak kena drive balik Johor semula malam tu.. =p. Hehe, dapat bekal ketupat dan jeruk kedondong serta mangga. Cedap. Tak sabar nak balik rumah, makan jeruk. (^_~). Amir Solihin sangat-sangat soeh. Ana dengar Amir nangis, ana boleh gelak-gelak. Ahaks, tak pernah dibuat orang. Tapi memang Amir ni soleh betul. Cute je dia nangis. Nak nangis dengan tak nak nangis sama banyak. Bunyi suara kejap, pastu senyap. Then boleh pulak Amir sambung nangis. hehehe. Kamu sangat chomeylah Amir sayang. Balik rumah, Ammu (abu Amir yang beri gelaran pada zauji, hehe) duk teringat ja kat AMir. Itulah, orang suruh pegang, tak berani. Hehe. Nasiblah ya. =p. Apa pun, zauji sangat gembira. Katanya tak kisah sembang lama-lama dengan zauj Syirah, kelate kalau dah jumpa geng, haa, memang sembang tak habis lah. Kebetulan pula, mereka satu sekolah dulu. Alkisah. Duk sembang macam-macam lah. Suka sangat zauji semalam, dapat kawan baru katanya. Beliau sangat suka berkawan. (^_~)
*sibuk duk sembang-sembang, tak ambil gambar kenangan pon dengan AMir soleh, kalau tak, boleh tunjuk kat adik Azmah yang comel itu..* =p
*dik Azmah, akak sengaja nak jeleskan awak!! hehehe.......*

Terima kasih ya ALLAH, sangat bersyukur. Terima kasih juga kepada Adik Syirah sekeluarga yang sudi terima kami. Insya'ALLAH, kalau takde aral, diizin ALLAH, kita jumpa lagi ya. Akak balik rumah, tengok ketupat, duk teringat ja kat sambal ikan bilis tu. Sedap. Pagi tadi pun duk cakap lagi kat zauji. Hehe, nanti balik, nak buat sambal bilis. Nyum2. =p

Jam 650 petang kami tiba di rumah. Alhamdulillah, dengan selamat dan lancar. Hujung minggu yang penat, tapi sangat bermakna dan berbaloi. Jalan-jalan dari Selatan ke Utara. Erat ukhuwah sesama muslim, tambah kenalan, panjangkan silaturahim. Semoga ALLAH berkati dan redhai segalanya. (^_~).

Insya'ALLAH, dilain masa, andai diizin ALLAH, tempat lain pula bakal kami jelajahi. Sehingga bertemu lagi dilain masa, siiru a'la barokatillah.

Assalamua'laikum.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers