Assalamua'laikum.
Alhamdulillah, ALLAH izinkan ana menaip sesuatu di kanvas cinta ni hari ini. Rasa macam dah lama tak online. B.band tak boleh guna. Sebab modem rosak. Sekarang, ana cuba buka guna emel, alhamdulillah, menjadi. =)
Ada masanya, kita suka bercakap.. Cakap, cakap dan terus bercakap tanpa henti. Kadang-kadang, kita tak sedar, patah perkataan yang kita keluarkan atau terkeluar (maknanya ia adalah luar kawal..) , mampu membuat orang lain terguris. SELALU kita sedar tentang perkara ini, tapi, ada masa kita lupa.
Mungkin, bagi kita, ia adalah perkara biasa. Tapi, bagi orang lain, ia sangat bermakna, dan memberi impak besar kepada mereka. Siapa tahu hati orang, kan?
Kadang-kadang, perkataan yang biasa kita guna, yang mana sebelumnya tidak membawa apa-apa makna, tapi suatu masa, perkataan itu meninggalkan luka kepada penerimanya. Seperti : gemuk, manja, hodoh, mulut laser.
Mungkin, kita berniat untuk menegur, tapi, adakah teguran kita penuh hikmah?
KERANA MULUT, BADAN BINASA.
Ya, setuju...
************
Hari ni, hari Selasa. 24 Mei 2011 bersamaan dengan 20 J/Akhir 1432H. Pagi tadi ana sempat telefon mak. Alhamdulillah, mak sihat, melayan si Amar yang sangat aktif. =). Ayah, alhamdulillah, sihat juga.
Adik-adik sayang, semoga ALLAH rahmati kalian, himpunkan kalian dalam kebaikan. Dik Syirah, jaga diri ya.. Baby bagi adik Syirah rehat kejap tu, sebab tu dia gerak pelan-pelan..=).. Sabar ya sayang..
Sampai di sini saja untuk kali ini, azan telah berkumandang.. Jom solat asar..=).
"bila terdetik rasa untuk berubah ke arah kebaikan, carilah jalan untuk merealisasikannya.. Hidayah dari ALLAH, amat besar nilainya.. Jangan bertangguh untuk berubah.. Jika terlepas peluang pertama, belum tentu akan muncul peluang kedua......."
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *