Rezeki

Ahad, 23 Januari 2011

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN DIK SYIRAH SAYANG..=)

Assalamua'laikum.

Post kali ini istimewa untuk adik Syirah. Pada 24 Januari 2011, adik Syirah akan berumur 21 tahun. Alhamdulillah, dah boleh daftar mengundi dah adik akak sayang ni.=).. Pesanan buat Ust @ Zauj adik Syirah, jangan tangguh-tangguh daftarkan adik Syirah ye. 1 undi tu amat bermakna.. (^_~).

Baiklah, kepada adik Syirah sayang, semoga ALLAH memberkati usiamu, memberkati keluarga adik. Insya'ALLAH, kalau tak ada aral, adik akan menjadi seorang ibu tahun ni. Oleh yang demikian, kena kuatkan semangat, yang dah kuat, kena tambahkan lagi. Go go power.. =). Semoga beroleh mardhatillah dik.

Hari demi hari berlalu, semoga ALLAH thabatkan kita semua di jalan yang diredhaiNYA. Istiqomah dalam setiap perkara kebaikan. Adik, jaga diri ya. Akak tahu, adik akan sentiasa kuat! (^_~).

Mujahidah solehah,

malunya menjadi perisai.

Imannya sebagai pedoman,

hatinya terpaut pada Tuhan,

Rasulnya dijadikan sanjungan,

Al-Quran sebagai santapan harian.

kasihnya hanya pada suami seorang.

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran dik. Usia yang semakin bertambah, semoga bertambah jua cinta kepada Pencipta.

Ilal liqa', ma'as salamah..

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Sabtu, 22 Januari 2011

Episod kehidupan

(Al-fatihah buat sahabat sefikrah, Allahyarham us.Ismail naquidin (Berkaca mata, kanan), yang telah pergi menyahut seruan ilahi pada 4 November yang lalu, setelah bas yang dinaiki terbabit dengan kemalangan sewaktu dalam perjalanan pulang ke Kuantan.)


Assalamua'laikum.





Alhamdulillah, hari ini, kita semua masih berpeluang meneruskan kehidupan di dunia. Alhamdulillah, atas segalanya.





Hari ni,sedar atau tidak, dah 22 hari kita di tahun 2011. Pejam celik, pejam celik, sekejap je masa berlalu. Masa, terlalu pantas. Tak terkejar rasanya.





Dikesempatan ni, ana nak ucapkan "SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN KEPADA ABG ABI DAN KAK NOY".. Semoga setiap saat yang berlalu dan bakal dilalui mendapat redhaNYA.





Ada yang mengumpamakan hidup seperti roda. Ada masa, kita akan berada di atas, dan ada masanya, kita akan berada di bawah. Ada juga yang mengumpamakan hidup sebagai roller coster. (^_~). Sentiasa laju, macam ribut. Sekejap di atas, sekejap di bawah, sekejap mendatar, sekejap berpusing-pusing. Ada juga yang kata, hidup ni umpama pantai. Ada pasang surutnya. Walau macam mana sekalipun perumpamaan yang diberikan, dapat kita simpulkan bahawa :





"HIDUP NI AKAN SENTIASA BERUBAH-UBAH. TAKKAN ADA SESUATU PUN YANG AKAN BERKEKALAN SEPERTIMANA ASALNYA, MELAINKAN ALLAH SWT"





Yang kufur takkan selamanya dalam keadaan kufur.. Bila ALLAH izinkan, sampai masanya, mereka akan jadi orang yang paling bersyukur. Yang bersyukur juga mungkin takkan selalunya sama, ada msanya, jika ALLAH mengkehendaki, mereka mungkin akan termasuk dalam golongan yang kufur. Na'uzubillah.





Kehidupan kita sebagai hambaNYA, seringkali berubah-ubah. Ada masa, kita senang. Ada masa, kita susah. Ada masa kita bahagia, ada masa kita kecewa, derita. Semua itu lumrah. Fitrah kehidupan. ALLAH hadirkan sesuatu perkara bukan untuk menghukum, atau menyeksa. Tapi untuk mewarnai kanvas hidup kita. Setiap perkara hadir dengan hikmah yang tersendiri. Kesenangan tak semestinya menjanjikan kebahagiaan. Tangisan tak semestinya disebabkan oleh penderitaan dan keperitan.





ALLAHU RABBI.





DIA aturkan pelbagai jalan cerita yang menarik untuk kita semua. Bergembiralah dengan segala yang DIA hadirkan. Nikmatilah setiap episod dalam kisah kehidupan ini. Pastinya tiada satu episod pun yang tidak bermanfaat untuk kita. Ambillah ibrah dari kisah lampau, dan sekeliling kita.Setiap saat amat berharga. NIKMATILAH...........





Semoga ada sesuatu yang dapat kita kongsikan dalam post kali ini. Insya'ALLAH, jika ALLAH izinkan, kita akan bersiaran lagi. (^_~).





Mohon maaf atas segala salah dan silap.





Sahabat-sahabat sekalian, kemenangan sentiasa berpihak kepada kebenaran. Doakan semoga kemungkaran dan kemunafikan dapat ditewaskan, ya.





ISLAM 4 ALL.





Wassalam.








* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Khamis, 20 Januari 2011

jom jadi KAYA


Assalamua'laikum.


Apa khabar sahabat sekalian? Moga dalam limpahan rahmat dan redhaNYA sentiasa.. Ana, alhamdulillah, sihat dengan izinNYA..


dalam merentas lautan kehidupan,

ombak besar kadang kala menerjah..

Sesekali terasa lemas dan lemah..

ALLAH tak pernah melupakan kita..

DIA sentiasa hadirkan peringatan,

menyedarkan kita, bahawa DIA sentiasa perhatikan kita.


Menghadirkan ujian buat hamba,

bukan bermakna kita dibenci,

tapi sebagai ingatan,

agar kita rasa berTuhan.


Tidak mampu mengubah apa yang telah berlaku,

tapi, yang mampu dan termampu,

ialah berubah untuk masa hadapan.


Andai rasa diri penuh dosa,

pohonlah keampunan dariNYA.

Jika ada salah dan silap sesama manusia,

kepada manusia jualah kita meminta maaf.

Memberi dan menerima kemaafan,

bahagianya, tak dapat digambarkan.


Semoga tergolong dalam golongan yang kaya..

Kaya dengan kemaafan,

kaya dengan keinsafan,

kaya dengan kejujuran,

kaya dengan kelembutan,

kaya dengan kasih sayang,

kaya dengan rasa berTUHAN...


Wassalam


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Rabu, 12 Januari 2011

segalanya dari DIA


Assalamua'laikum.


Alhamdulillah, masih diberi ruang dan peluang oleh Yang Maha Esa untuk meneruskan kehidupan di bumi barokah. Apa khabar sahabat yang dirahmati ALLAH sekalian? Semoga dalam jagaanNYA sentiasa, dilimpahi nikmat iman dan ISLAM yang berterusan.


Seketika dikejutkan berita dari adik kesayangan. Dan alhamdulillah, beberapa jam kemudian dapat makluman bahawa beliau dan bayi tidak mengalami sebarang kecederaan. Alhamdulillah. Segala puji dan puja hanya untukNYA, Tuhan sekalian alam.


Beberapa ketika, menjadi silent reader. Ada masalah untuk mengakses internet. Dengan izinNYA semata. (^_~). Ada pengajaran/hikmah yang ALLAH nak tunjuk untuk kita ambil iktibar. Dan pastinya sentiasa yang terbaik untuk kita. Moga ALLAH jaga kita semua dari perkara-perkara yang dimurkaiNYA.


"TIADA APAPUN YANG MUSTAHIL JIKA DIIZINKAN ALLAH.. Setiap perkara berlaku hanyalah dengan izin dan kehendakNYA semata"


Siapa kita untuk mempersoalkan urusan ALLAH? Layakkah kita untuk menidakkan ketentuanNYA? Zikir, fikir.. Moga ALLAH buka mata hati kita untuk melihat hikmah disebalik setiap yang berlaku.


Sahabat,

Kita punya amanah.

Terhadap diri, keluarga, saudara, sahabat, masyarakat, negara, AGAMA!

ayuh, kita tak punya banyak masa.

untuk terus berpeluk tubuh, berpangku tangan.


Sahabat,

Kita punya amanah.

Jangan mudah mengalah,

jangan cepat terasa lelah.

Perjuangan dan perjalanan kita masih panjang.

Selagimana ALLAH belum mengizinkan kematian,

selagi itulah amanah terpikul di pundak!


Jangan terleka dengan dunia yang fana,

nun di sana, AKHIRAT abadi sedang menanti!!


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Sabtu, 8 Januari 2011

Hidup hanya sementara



Assalamua'laikum sahabat yang dirahmati ALLAH sekalian.

Apa khabar hari ini? Bagaimana dengan iman dan amal, sihatkah mereka?

Alhamdulillah, ALLAH masih sudi meminjamkan nikmat usia dan sihat kepada kita semua. ALhamdulillah, syukur atas segala limpah kurnia dariNYA.

Kehidupan di dunia hanyalah sebuah pengembaraan yang singkat. Dunia hanyalah tempat persinggahan sebelum kita sampai ke destinasi abadi iaitu akhirat. Sepanjang tempoh kembara di dunia ini, kita perlu lakukan yang terbaik. Kutip sebanyak mana bekalan yang termampu. Kerana hanya bekalan-bekalan inilah yang dapat kita bawa ke akhirat sana. Jika kita mengejar dunia, maka, dunia lah yang akan kita dapat. Tapi jika kita mengejar akhirat, insya'ALLAH, dunia juga akan bersama kita.

Dalam setiap perkara, kita dituntut supaya bersederhana. Kasih perlu berpada, benci juga perlu berpada. Jangan terlalu kasih dan jangan juga terlalu membenci. Kerana kita tak tahu, apa yang bakal terjadi di masa akan datang.

Boleh jadi, orang yang terlalu kita sayangi akan menjadi orang yang paling kita benci, dan mungkin juga orang yang paling kita benci akan menjadi orang yang paling kita sayangi.

Sekiranya ALLAH menghadirkan hidayah dalam diri kita, rebutlah ia sebaiknya. Jangan bertangguh untuk berubah, bimbang sekiranya ia tidak berlaku buat kali kedua. Jika pernah terlintas untuk menjadi lebih baik, berusahalah untuk melaksanakannya. Itu adalah salah satu tanda bahawa ALLAH masih menyayangi kita. DIA hadirkan hidayah, mengetuk pintu hati kita, untuk lebih rapat denganNYA. DIA maha kaya. kaya dengan kasih sayang, kaya dengan kemaafan, kaya dengan pengampunan, kaya dengan segala-galanya. Tiada satu pun yang dapat menandingi DIA. ALLAHU RABBI..

Jangan takut untuk berubah. Jangan malu untuk menangis, merayu kepadaNYA. Kita, hanyalah seorang hamba. Hamba kepada ALLAH, PENCIPTA YANG HAQ!

Ayuh, kejar dunia untuk akhirat.. Lillahi ta'ala.

Wallahua'lam... Wassalam.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers