Rezeki

Selasa, 30 November 2010

ALLAH adalah segala


Assalamua'laikum.

Semoga dalam jagaanNYA sentiasa... =)


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Isnin, 29 November 2010

bila ALLAH mengizinkan


Assalamua'laikum.


Apa khabar sahabat sekalian? Semoga dalam lindunganNYA sentiasa, aminn.




* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Jumaat, 26 November 2010

ibu, kebahagiaanmu keutamaanku



Ibu,
kebahagiaanmu adalah keutamaanku.
tak pernah terdetik sedikit pun di hati ini...
untuk melukakan dirimu..

saat melihat titisan jernih itu membasahi pipi,
ingin saja kupeluk dirimu.
biar tenang jiwamu,
dan jiwaku jua.




Ibu,
Janganlah bersedih lagi,
anakmu kini sudah menjadi seorang isteri,
kepada suami yang sanggup mengorban diri
demi agama yang kita anuti.

Ibu,
anakmu kini semakin berdikari,
melangkah dengan lebih tabah,
dengan adanya suami disisi.

Ibu,
doakan kami.
doakan kami.
doakan kami.
Agar tetap dalam perjalanan ini.
di jalan yang DIA redhai.

Ku ingin membawamu ke syurga.
Walaupun amalku sedikit cuma,
tapi anganku tetap ada.
Moga Jannah itu menjadi destinasi abadi kita,
bersama.......

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Selasa, 23 November 2010

Segala puji hanya untukNYA


Assalamua'laikum.


Alhamdulillah, syukur kepadaNYA atas limpahan nikmat dah rahmat yang tak putus-putus.


Alhamdulillah, pada 12 Zulhijjah 1431H bersamaan 19 Nov 2010 yang lalu, ana telahpun bertukar status, dari pangkat CIK kepada PUAN.. (^_~).


Alhamdulillah, segala puji bagiNYA atas segala nikmat dan rahmat. DIA memberikan yang terbaik untuk kita, sentiasa, insya'ALLAH.


Majlis akad nikah telah berlangsung pada jam 10.30 pagi, alhamdulillah, berjalan lancar.


Terima kasih diucapkan kepada semua sahabat, yang dikenali mahupun yang tidak dikenali, atas doa yang tidak putus-putus. Terima kasih atas sokongan dan kehadiran ke majlis tersebut.


Adik Syirah sayang dan suami, terima kasih atas kehadiran ke majlis akak yang serba sederhana. Terima kasih juga atas doa dan tanda kenangan. Insya'ALLAH akan dimanfaatkan sebaiknya. Juga kepada Kak Isma dan sahabiah yang datang dari Perak, jauh perjalanan, luas pemandangan ya. Insya'ALLAH, jika ALLAH izinkan, PASTI DIA akan aturkan pertemuan yang lebih baik. 3 tahun tidak bertemu, setelah pertemuan kali pertama di kampus pada 2008 yang lalu, pastinya masa yang ada begitu terbatas untuk kita. Tidak lupa kepada Jan dan Angah serta Adik Ha. Terima kasih ya. Sangat-sangat menghargai bantuan dari kalian. Besar ertinya. Berjaga hingga pagi untuk siapakan barang-barang. Terima kasih. Sangat bermakna. Kepada sahabat lama, Farhana dan Hanis, kalian penyelamat di saat getir. =). Terima kasih.


Dikesempatan ini, ana dan suami, ingin memohon maaf kepada sahabat sekalian diatas segala salah dan silap serta kekurangan sepanjang majlis berlangsung.


Doakan kami ya. Semoga Bait Muslim yang dibina mendapat redhaNYA.


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Khamis, 18 November 2010

SELAMAT BERHARI RAYA


Assalamua'laikum.


Salam pengorbanan buat semua. Semoga dalam perhatianNYA sentiasa... (^_~)


Dikesempatan yang ada, ana ingin mengucapkan selamat berhari raya buat semua. Semuga setiap pengorbanan yang dilakukan diterimaNYA.


"Berkorban atau terkorban" keduanya punya nilaian yang berbeza dan sangat tinggi nilainya..


Fikir-fikirkan...


wassalam


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Sabtu, 13 November 2010

TALK SHOW NISA' WILAYAH KEMBALI LAGI!!


Assalamua'laikum dan salam sejahtera.


Alhamdulillah, setelah beberapa ketika menyepi, Unit Pembangunan Insan Nisa' Wilayah Persekutuan kini mempersembahkan Nilai Setitis Susu Ibu - Siri 2.


Ya, peluang baik kepada semua wanita terutama bakal ibu dan para ibu... Tajuk yang diketengahkan pada kali ini ialah : "GUIDE TO MAXIMIZE YOUR MILK".


Banyak info menarik yang akan dikongsikan oleh Puan Rita Rahayu Omar. Beliau adalah seorang Pakar Laktasi, Kolumnis Majalah Pa & Ma dan CEO Nurturing Concepts Sdn Bhd. Bagi yang selalu meninjau laman web penyusuan susu ibu, pastinya pernah melewati laman web susuibu.com serta Mom Litlle Ones. Kedua-dua laman web tersebut juga adalah milik Puan Rita.


Jadi, apa tunggu lagi? Ayuh, kita tambah ilmu dan kongsikan bersama insan-insan disekeliling kita. Jom ke Talk Show Nisa' Wilayah. Jangan lupa ajak kawan-kawan ya. (^_~)


Wassalam.


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Khamis, 11 November 2010

DIA janjikan yang terbaik buat kita.


Assalamua'laikum.

apa khabar sahabat sekalian? Semoga sihat wal afiat sentiasa hendaknya.

Begitu pantas masa berlalu..Pejam celik, pejam celik..hari ni dah bertarikh 11 November 2010... bermakna hanya tinggal sebulan lebih saja lagi sebelum kita melangkah ke tahun 2011..


ALLAHUAKBAR..

Perjalanan semakin singkat, masa semakin pantas, kita... adakah masih ditakuk yang sama? kita, adakah masih diri yang dulu? sahabat-sahabat, masihkah ada disisi?

datang dan perginya sesuatu perkara dalam hidup kita, adalah dengan izinNYA semata... Andai ALLAH mentakdirkan pertemuan, bersedialah untuk menghadapi sebuah perpisahan. Kerana pertemuan dan perpisahan tidak dapat dipisahkan.

hidup hanya sementara... Ayuh, kumpul bekalan menuju perjalanan ke negeri abadi... Kita tak tahu, bila ajal akan datang menjemput...

peringatan untuk diri...


wassalam



- “Dan bersegeralah kamu (berlumbalah) dalam kebaikan” (Al-Maidah : 48). -


*STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Rabu, 10 November 2010

kembali bersama

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat sekalian? Moga dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa hendaknya, insya'ALLAH. Ana, alhamdulillah, sihat seadanya.

Pelbagai peristiwa berlaku silih berganti. Pelbagai rasa bercampur semua. Alhamdulillah, macam-macam ada..(^_^).

Sekarang, ana telahpun berkampung di Kuala Krai, Kelantan. Menanti tibanya hari raya bersama keluarga. (^_~). 2 minggu bercuti di kampung, cuti yang terpaksa diambil secara tiba-tiba atas sebab yang tak disangka-sangka.. Boss pun macam dah merajuk. Sebab hantar mesej pukul 6 petang, hari Khamis lepas, beberapa jam sebelum meninggalkan pejabat dan rumah...
Apa nak jadilah dengan ana ni ye?? hmmmm
.............................

Baiklah, ana sebenarnya nak ajak sabahat sekalian untuk bersama ana dalam satu program ilmiah. Bila? Dimana? Siapa yang akan ada nanti? Haaa, banyak persoalan ya? ok, jom, kita tengok sama-sama maklumat tentang program tersebut.. Boleh kunjungi laman sesawang Nisa' Bandar Tun Razak untuk maklumat lanjut, ya..

http://usharewecare.blogspot.com/2010/11/jom-join-nisa-jalinan-kasih-rabbani-10.html

Sekian, wassalam

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers