Rezeki

Jumaat, 29 Oktober 2010

syukur


Assalamua'laikum.


Alhamdulillah, segala puji bagiNYA yang telah menghadiahkan hidayah dan limpahan nikmat yang tak putus-putus.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Dalam kehidupan kita, banyak perkara berlaku setiap masa. Hadir tanpa dipinta, tidak pernah dijangka. ALLAHURABBI. DIA sebaik-baik perancang.


Hidup adalah untuk bersyukur. Kenapa? Kerana setiap yang DIA hadirkan adalah anugerah buat kita. Sedar atau tidak, kita semua adalah hamba. Hamba tidak punya apa-apa. Jadi, setiap yang diberikan oleh Tuan, adalah satu anugerah.


Apakah anugerah tersebut? Andainya ingin dihitung oleh manusia, PASTI tak mampu dihitung segala nikmat yang ALLAH telah berikan kepada kita.

Bagaimana untuk terbitkan rasa syukur yang ikhlas dari hati? Kata seorang sahabat, dia pernah mendengar tazkirah daripada seorang Ustazah.

"Biasanya manusia memerlukan bukti, barulah dia percaya. Macam mana caranya nak terbitkan rasa syukur? Cuba senaraikan semua nikmat yang ALLAH dah berikan kepada kita dalam sehari.. Sebelum tidur atau bila-bila masa saja, senaraikan semua nikmat yang ALLAH dah berikan kepada kita. Paling kurang, mesti ada 100 nikmat. Bila dah selalu tengok senarai tu, mesti kita akan malu dengan ALLAH. Kenapa? Sebab nikmat yang ALLAH berikan tak terhitung. Tak setanding dengan apa yang kita dah lakukan. ALLAH sentiasa memberi. Tapi kita?? Hanya tahu meminta.. Sentiasa meminta."


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Ahad, 24 Oktober 2010

kembara iman



"sabar itu, pangkalnya pahit, tapi hujung manis.. manakala marah, pangkalnya manis, tapi hujungnya pahit" - ust.Ismail Kamus, 24/10/2010.


Assalamua'laikum sahabat sekalian.


Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan kembara kita didunia ini. Syukur kepadaNYA atas nikmat yang tak pernah putus. Alhamdulillah.


Setiap hari, setiap masa, pasti ada saja yang mengisi ruang kanvas kehidupan kita. Coretan perjalanan kehidupan di dunia ini, bermacam corak. Sangat unik.


ALLAH sentiasa hadirkan yang terbaik buat kita semua. DIA tak pernah berikan sesuatu yang tak mampu kita atasi. Apa yang penting, tanganilah setiap yang DIA hadirkan dengan sabar, dan redha.


Redha itu, bukan mudah, tapi amat dituntut. Sebagaimana tuntutan untuk bersabar atas setiap perkara.


Walau sepahit mana sekalipun ujian yang ALLAH hadirkan, yakinlah akan hikmah disebaliknya. Tarbiah ALLAH, amat mahal. Tak terhitung nilainya. Penguat hati, iman.. Insya'ALLAH.


Terima kasih ya ALLAH. Atas segalanya.


Fasobrun jamil.. fasobrun jamil.. fasobrun jamil...


Alhamdulillah.


"andai tidak mampu untuk memberikan sesuatu kepada insan lain, janganlah jadi orang yang menyusahkan"


ingatan untuk diri sendiri..=)


sabar itu indah...=)


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Sabtu, 23 Oktober 2010

DIA SENTIASA BERIKAN YANG TERBAIK..=)


Assalamua'laikum.


Alhamdulillah, malam ni, terbongkar sebuah rahsia.. Sangat memberi kesan pada diri..


SEDIH? KECEWA? SUKA? GEMBIRA?


Wallahua'lam..


yang pasti, ada rasa yang mencengkam jiwa.


=)


Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita semua. Ayuh, saling mendoakan sesama kita.


Perancangan ALLAH sentiasa yang terbaik..=)


thank you ALLAH, for everything!


semoga semua orang bergembira.


gembira dengan takdirNYA.


gembira dengan ketentuanNYA.


gembira untuk segalanya....


wassalam



* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Jumaat, 22 Oktober 2010

hadirnya hidayah di dalam diri


Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.


Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah.Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.


Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”.


Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”


Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”.


Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.


Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”


Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”.


Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”


Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .


Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.


Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ lengang.


Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu. Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu. Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.


Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat. Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.


Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.


Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata, "Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .


Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, “Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .


Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, “ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.


Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat, suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, “Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.”


"Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya.


Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak.


Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi. Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat.Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”.


Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat. Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya, di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya.Budak itu tersenyum.


Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel.


“Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.


Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.


Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan. Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.


Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara. Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana “malaikat kecil” itu sedang duduk.


Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya.


Inilah satu peristiwa..
*****************


(Perkongsian dari emel seorang sahabat..semoga bermanfaat dan dapat mengetuk hati kita yang leka.. Hidup hanya sementara... sampaikan walau satu ilmu, mungkin ia bisa membiaskan kesan pada insan lain... wallahua'lam)

Khamis, 21 Oktober 2010

sedetik bersama, mencambahkan rasa bahagia


Assalamua'laikum
Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan kita meneruskan kembara di dunia ini. Mengutip bekalan sebelum melangkah ke destinasi abadi. ALLAHURABBI.

Alhamdulillah, pada 17hb Okt 2010M bersamaan 9 zulkaedah 1431H, kami di Zon Barat telah berpeluang berkumpul di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Bukan untuk melakukan perhimpunan bantah judi, dan bukan juga untuk membuat demonstrasi BERSIH yang juga berlangsung d Masjid Negara sebelum ini. Tapi kami berhimpun dan satu halaqah, menjalin ukhuwwah keranaNYA..


"LIQA' ZON BARAT"
TARIKH: 17 OKT 2010 (AHAD)
MASA : 930 PAGI
TEMPAT: MASJID NEGARA, KL
PESANAN : BAWA POTLUCK/MAKANAN. MAKAN RAMAI2.. =)

Alhamdulillah, walaupun tanpa perancangan yang rapi, tapi komitmen dari setiap ahli untuk menjayakan liqa' kali ini, merealisasikan halaqoh kami..=)

Kak Asiah, Kak Arifah, Kak Tina, Kak Dila, Kak Wani Segambut, Kak Wani Putrajaya, Kak Dayah, Ust. Zamir, Ust. Sar, telahpun memaklumkan ketidakhadiran kepada kami atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. Tak pa, insya'ALLAH, next time, dengan izinNYA,kita jumpa na.

Hampir jam 10.00 pagi, kesemua ahli yang dapat menghadirkan diri telah selamat tiba di perkarangan Masjid Negara. Kak Zula, Syu, Kak Dayah, Kak Sarahah , Kak Liyana, Us.Duta, Us Nizuan dan Us.Mad. Semuanya dari destinasi yang berbeza.

Alhamdulillah.. selamat tiba..

eh,lupa pulak.. Adam Rifqi serta bonda tersayang, Aishahdalila. Hehe, masa mula-mula sampai, Adam baru bangun tidur. bukak2 mata, ramai muslimat duk keliling Adam. Alahai, sian Adam.. Kompius.. "Kat mana pulak ni? Ramai betul muslimat.."...

Lama jugak mujahid junior ni terkebil-kebil tengok acik-acik yang berebut nak dukung Adam.. ..Kesian Adam...

Ok, dah jumpa port yang sesuai, kami mulakan Liqa' yang serba ringkas. Pengerusi majlis pada kali ini ialah Us. Duta. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. =)

Kemudian kami teruskan agenda, iaitu pengisian tazkirah ringkas oleh tetamu jemputan kami, yang diimport khas dari Perlis..

****


Usai perbincangan mengenai SUFI, kami tangguhkan Liqa' kali ini dan mula untuk makan-makan.

Sedang enak kami menjamu selera, ada seorang lelaki berbaju putih dan bertopi datang menghampiri kami...

"Ni dari mana semuanya ya?" - lelaki tersebut.

"Dari merata.. Datang kumpul jumpa kawan-kawan" -kami, geng zon barat.

"ooo... mat, dyorang jumpa kawan-kawan lama" - gtau kawannya melalui walki talki.. (xtau nak eja)=p

"ok, cuma macam nilah. Nanti jangan tinggalkan kesan makanan ye." -lelaki tersebut.

"Baik encik... Jemputlah makan" -kami, geng zon barat, sambil tersenyum tersipu-sipu.

"Takpe, terima kasih"..dan lelaki tersebut berlalu pergi dengan senyuman..hehe

Bila lelaki tersebut melangkah menuruni tangga masjid, kami tersenyum simpul.. hehe, bukan senang nak dapat peluang makan-makan atas Masjid Negara.. Baik betul Pak Guard td.

Dalam pukul 12.15 t/hari, Ust Duta bergegas ke batu caves, ambil Presiden. Hampir waktu Zohor, Presiden selamat tiba di Masjid Negara. Menyembang dengan pihak muslimin sementara menunggu azan Zohor. Alhamdulillah, usai solat Zohor, kami mula berangkat pulang. Oh ye, sempat merakam kenangan sebelum pulang.



"maka nikmat Tuhan-mu yang manakah yang ingin kamu dustakan?"



insya'ALLAH, SUFI nanti kita jumpa lagi..=)

wassalam

coretan dari hati,
sahabat.....


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Rabu, 20 Oktober 2010

pesona cinta.. tazkirah buat hati...


Assalamua'laikum


semoga dalam lindunganNYA sentiasa..=)




Kau siramkan wangian mawar putih

Kepada sebuah kenangan yang layu

Bisakah merubah detik-detik yang berlalu

Dari sekadar impian yang kaku

Jiwa terpaut menyaksi

Seribu pengorbanan dihulur

Cinta kasihan bersemi

Mengagung tak disedari

Diimpi tak pasti

Mengharap tak mendakap

Kesetiaan dijunjung

Rupanya tak ke hujung

Lilin yang menyala membakari dirinya

Buat menerangi insan yang memerlukan

Tanpa disedari diri sendiri sirna

Duka nestapa dibiarkan saja

Begini jadinya bila dihamba pesona cinta

Yang buta tak mengenal sebenar sifatnya

Cinta suci bukan untuk dinodai

Kasih jangan dikhianati

Lamarlah belas simpati

Kesucian cinta

Ikhlas tak diundang

Perliharalah...


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Selasa, 19 Oktober 2010

DIA adalah segala



Dalam diari pejuang,
tiada masalah yang merumitkan..
tiada ujian yang melemahkan...
bahkan,
itu semua dijadikan batu loncatan untuk menjadi lebih hebat,
lebih kuat.
Para pejuang tepu dengan masalah dan ujian..
Cuma sesekali air mata merembes jua,
disaat berdepan dengan belaian Pencipta,
lambang kekerdilan seorang hamba...

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Khamis, 14 Oktober 2010

jom ambik tahu

MENGESAN PENYAKIT BUAH PINGGANG

Langkah pertama penjagaan penyakit buah pinggang yang lebih berkesan ialah dengan mengesan penyakit ini pada peringkat awal-awal lagi. Pengesanan awal adalah penting terutama sekali jika anda seorang penghidap diabetes kerana penyakit ini akan menyebabkan anda berisiko tinggi bagi menghidap penyakit buah pinggang. Beberapa tanda-tanda dan gejala penyakit buah pinggang yang harus diberi perhatian termasuklah berat badan menurun tanpa sebab, rasa loya atau muntah, letih lesu atau sakit belakang.

Tanda-tanda lain termasuk penukaran kekerapan atau corak urinasi, urin yang mengandungi darah atau rasa pedih ketika urinasi, bengkak pada muka, kaki dan abdomen dan kesukaran untuk tidur malam. Malangnya, kesemua tanda dan gejala ini kebiasaannya tidak akan kelihatan sehinggalah buah pinggang anda telah mengalami kerosakan yang teruk.

Ada juga kemungkinan anda langsung tidak akan mengalami sebarang tanda atau simptom tersebut walaupun buah pinggang anda sudah tidak berfungsi lagi. Oleh sebab itu, anda tidak boleh bergantung kepada kesemua tanda dan gejala tersebut untuk mengesan penyakit buah pinggang dan sebaliknya menganggap yang anda tidak mempunyai penyakit tersebut jika anda langsung tidak mengalami sebarang tanda-tanda tersebut.

Cara yang paling tepat untuk mengesan samaada anda mengalami sebarang kerosakan buah pinggang ialah dengan berjumpa doktor anda dan mengambil ujian urin untuk mengesan mikroalbumin dan protein. Kehadiran mikroalbumin (protein dalam jumlah yang kecil) dalam urin menunjukkan bahawa buah pinggang anda telah rosak. Ini terjadi kerana buah pinggang yang rosak tidak dapat menerima balik kebanyakan protein yang telah ditapis, menyebabkan kandungan protein dalam urin semakin meningkat.

Kehadiran protein dalam kuantiti yang banyak dalam urin (makroalbuminuria - satu petanda lewat nefropati diabetes) boleh dikesan dengan satu ujian ringkas dengan mencelup stik pengesan ke dalam urin. Sebaliknya, untuk menentukan kandungan protein dalam urin yang sedikit (mikroalbuminuria) - satu petanda awal kerosakan buah pinggang disebabkan diabetes, memerlukan suatu ujian khas.

Jika ujian menggunakan stik pengesan atau ujian mikroalbuminuria menunjukkan keputusan yang positif, adalah baik jika anda mengikut nasihat doktor dan seterusnya mengambil langkah-langkah yang sewajarnya, seperti tertera di bawah, untuk membantu anda mengelak atau melambatkan penyakit ini daripada menjadi bertambah teruk.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGAWAL

#1. Teruskan mengurus diabetes anda dengan baik
Tahap glukosa darah yang tinggi, tekanan darah yang tinggi dan kandungan lemak dalam darah yang tidak normal merupakan faktor-faktor utana yang menyumbang kepada kerosakan berterusan buah pinggang anda. Itulah sebab betapa pentingnya untuk anda mengurus faktor-faktor ini dengan sebaik-baiknya agar dapat mengawal penyakit buah pinggang anda.

Dalam kata lain, penjagaan diabetes yang baik boleh melambatkan perkembangan penyakit buah pinggang setelah ianya bermula (atau mengelakkannya dari menjadi bertambah teruk terutama sekali apabila ianya dapat dikesan dari awal!).

Berikut terdapat cara-cara untuk menjaga diabetes dengan baik dan lebih berkesan:

Terus memastikan yang anda mencapai tahap sasaran yang disyorkan bagi glukosa darah, tekanan darah dan lipid dengan mengamal pemakanan yang sihat, mengawal pengambilan karbohidrat, melakukan aktiviti fizikal secara kerap dan mengurangkan berat badan yang berlebihan.

Anda juga harus, mengambil ubat-ubat (jika dipreskripsikan) dan sentiasa memantau tahap glukosa darah anda di rumah. Keraplah berjumpa doktor anda bagi mendapatkan rawatan susulan terutama sekali untuk memeriksa tekanan darah dan tahap lipid anda.


Sila rujuk jadual di bawah untuk membantu mencapai sasaran penjagaan diabetes anda dengan baik:

Ujian Darah Tahap yang disyorkan
Glukosa darah
3.8 mmol/L - 6.1 mmol/L (ketika berpuasa)Dan kurang dari 7.8 mmol/L (selepas makan)
HbA1c
Kurang dari 6.5%
Kolesterol LDL
Kurang dari 2.6 mmol/L
Trigliserida
Kurang dari 1.7 mmol/L
Kolesterol HDL
Lebih dari 1.02 mmol/L
Tekanan darah
130/80 mmHg atau kurang

#2. Pemakanan Yang Betu

lMengurus diabetes sahaja adalah tidak mencukupi jika anda sudah menghidap penyakit buah pinggang disebabkan diabetes. Anda juga harus memastikan bahawa buah pinggang anda yang rosak itu tidak akan membahayakan badan anda. Salah satu daripada cara untuk anda menjaga kesihatan diri jika telah menghidap penyakit buah pinggang ialah melalui pengawalan pemakanan (diet).

Apabila buah pinggang anda sudah tidak boleh berfungsi dengan betul, sisa buangan dan bahan-bahan lain akan berkumpul sehingga tahap yang membahayakan badan anda. Kawalan diet adalah penting untuk mengawal penyakit buah pinggang untuk mengelakkan pengumpulan berlebihan bahan-bahan ini (contohnya natrium, kalium, kalsium, fosforus, cecair dan bahan buangan protein) di mana buah pinggang yang sihat akan dapat membersihkan darah untuk manjaga keseimbangan badan.

Anda harus bertanya doktor atau pakar diet anda untuk mendapatkan satu pelan diet, di mana ianya akan berfokus kepada nutrien-nutrien berikut:
Protein diperlukan untuk penyelenggaraan, tumbesaran dan pembaikan tisu-tisu badan. Ia juga dapat membekalkan tenaga dan membantu anda melawan penyakit. Protein boleh diperolehi daripada ikan, telur, daging dan ayam. Apabila protein diuraikan dalan badan (proses metabolisma), ia akan menghasilkan bahan-bahan buangan. Salah satu daripada bahan buangannya dikenali sebagai urea.

Kandungan urea yang tinggi dalam badan akan menyebabkan rasa loya, muntah dan hilang selera makan. Anda mungkin perlu memulakan diet yang rendah protein (tetapi tidak terlalu rendah) untuk memastikan kandungan bahan buangan masih dalam linkungan tahap yang boleh diterima disamping memastikan badan anda mendapat protein yang ia perlukan.

Natrium membantu pengaturan kandungan cecair dan tekanan darah. Sumber yang paling biasa didapati ialah garam makan, walaupun ia memang terkandung dalam kebanyakan makanan. Natrium yang berlebihan akan mengakibatkan peningkatan cecair dalam badan serta tekanan darah yang tinggi. Oleh itu, anda perlu mengurangkan pengambilan natrium contohnya tidak memakan makanan yang masin dan tidak menambah garam kepada makanan anda.

Kalium diperlukan untuk saraf-saraf dan otot-otot termasuk jantung supaya berfungsi dengan normal. Makanan yang kaya dengan kalium termasuklah kentang, sayur-sayuran berdaun hijau dan pisang. Jika kandungan kalium (potassium) menjadi terlalu tinggi, ia akan menyebabkan kelemahan pada otot dan denyutan jantung yang tidak tetap. Justeru itu, anda perlu mengikuti pelan diet yang mempunyai kandungan kalium yang bersesuaian.

Kalsium dan fosforus diperlukan untuk pembentukan tisu tulang. Walaubagaimanapun, kandungan fosforus yang tinggi pada buah pinggang yang sudah gagal berfungsi boleh menyebabkan kalsium larut lesap dari tulang-tulang anda dan menyebabkan tulang menjadi lemah dan rapuh. Inilah sebabnya anda harus menghadkan pengambilan fosforus. Makanan yang mempunyai kandungan fosforus yang tinggi termasuklah susu dan produk tenusu yang lain serta kekacang.

# 3. Mengawal pengambilan cecair

Buah pinggang yang sihat dapat mengelakkan pengumpulan cecair dalam badan anda dengan menyingkirkan cecair berlebihan melalui urin. Itulah sebabnya, apabila buah pinggang anda sudah tidak berfungsi dengan baik, cecair akan terkumpul dalam tisu-tisu badan, saluran darah dan juga paru-paru anda. Ini akan memberi tekanan pada jantung anda, menyebabkan tekanan darah tinggi dan kesukaran untuk bernafas.

Anda juga mungkin akan mengalami tukaran dalam corak dan kekerapan urinasi (satu daripada petanda penyakit buah pinggang). Jadi, anda harus mengikuti nasihat doktor jika anda diperlukan untuk menghadkan pengambilan cecair dan merancang pengambilan cecair harian anda.

# 4. Makan ubat-ubatan anda Doktor anda mungkin akan memberi ubat-ubat yang tertentu sebagai tambahan kepada aturan diet anda. Ubat-ubatan ini akan membantu mengurangkan tekanan darah tinggi anda, meningkatkan kandungan kalsium dalam darah atau membantu keadaan-keadaan lain yang berkaitan dengan penyakit kegagalan buah pinggang. Anda haruslah sentiasa tekun untuk memakan ubat-ubatan anda.

Peringkat akhir kerosakan buah pinggang haruslah dielakkan selagi boleh. Anda boleh mengelakkannya dengan mengawal penyakit diabetes dan penyakit buah pinggang anda secara serentak dan teliti. Dengan mengikuti segala nasihat yang diberikan oleh doktor, anda mempunyai peluang yang baik untuk mengelakkan buah pinggang anda dari menjadi bertambah teruk.

Walaupun anda sudah mengalami peringkat akhir kerosakan buah pinggang dan sedang menjalani rawatan dialisis (rawatan perubatan yang menggunakan mesin dialisis untuk mengeluarkan bahan buangan dan cecair yang berlebihan dalam badan terus daripada darah bagi mereka yang kegagalan buah pinggang), anda masih boleh mengawal penyakit menerusi penjagaan diet, mengawal pengambilan cecair dan mengambil ubat-ubatan yang dipreskripsikan oleh doktor.

Ini adalah kerana proses dialisis masih tidak dapat mengeluarkan kesemua bahan buangan dari badan anda. Walau bagaimanapun, keperluan diet, kawalan pengambilan cecair dan ubat-ubatan mungkin perlu sentiasa diteliti dan diubahsuai. Doktor anda akan dapat menasihati anda berasaskan keadaan semasa anda.

SATU PESANAN

Walaupun menghidap diabetes, anda masih boleh menjalani hidup yang bermakna melalui penjagaan yang betul. Ada lagi berita baik: anda mempunyai kuasa penuh untuk mengelak atau mengawal penyakit buah pinggang disebabkan diabetes anda menjadi lebih teruk. Ambillah langkah positif ini untuk memulakan hidup yang sihat. Janganlah tunggu sehingga ianya menjadi sudah terlambat.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

atiq n atomen


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Rabu, 13 Oktober 2010

Ingat ALLAH hati kan tenang

Tanpa ingatan kepada ALLAH setiap waktu,
iman mula lesu.
ALLAH, ALLAH, ALLAH...
jangan terlalu banyak meminta.
biarlah malu pada ALLAH melebihi segala.



Ku ingin bina keluarga dakwah,
yang menyumbang kepada ummah.
ku ingin jadi mukminah solehah,
pemangkin kepada keluarga sakinah.
yang hatinya terpaut pada ALLAH.
Kebal dengan segala mehnah.


Ingatlah, dengan mengingati ALLAH, hati kan tenang.
Ingat ALLAH, setiap masa, dalam apa jua keadaannya.


Anak soleh solehah,
permata hati ibu dan ayah...

........insya'ALLAH......



* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

kita hanya hamba


Assalamua'laikum.


Semoga sahabat sekalian berada dalam lindunganNYA, aminn.


Alhamdulillah, syukur kepadaNYA kerana masih mengizinkan kembara kita di dunia ini. Masa berlalu, semakin laju. Adakah kita masih lagi di takuk yang lama? Apa perubahan yang telah kita lakukan untuk diri sendiri? Apa perubahan yang telah kita lakukan untuk keluarga? Apa yang telah kita lakukan untuk negara kita? Apa yang telah kita lakukan untuk ummah? Apa yang kita lakukan untuk ISLAM?


ALLAHU RABBI.


=). Laa tahzan.. innallaha ma'as sobirin...=).. Pujuk hati.. Supaya tidak selalu bersedih dengan ketentuanNYA. ALLAHU RABBI.


Ya ALLAH. Ampunkan kami. Kami hambaMU yang lemah. Amat lemah. Takkan mampu kami lakukan sesuatu perkara, andai tiada izin dariMU. Ujian itu penguat iman, insya'ALLAH.


Pagi ni, sempat ziarah beberapa blog sahabat. Alhamdulillah, ALLAH hadirkan sahabat-sahabat yang mampu mengingatkan diri tatkala terleka. Sahabat yang mampu memberi kekuatan tatkala diri ini lemah. Alhamdulillah... DIA beri apa yang kita perlukan. Sentiasa yang terbaik!


Sesekali tersungkur,

terasa perit untuk bangun semula.

Tapi tetap perlu meneruskan langkah,

walau apa jua yang bakal menerjah,

kerna baiah itu telah terlafaz.

bahawa kita memikul amanah,

sebagai khalifah.


Ya ALLAH,

izinkan diri ini, beserta sahabat yang lain,

untuk meneruskan tugas yang tergalas.

Janganlah KAU bolak balikkan hati ini,

setelah diberikan nikmat hidayah.

Kami hanya hamba.

Hamba yang banyak kurangnya.

Ya ALLAH,

pinjamkan kami secebis kekuatan,

agar dapat menemani kehidupan.


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Selasa, 12 Oktober 2010

tiada tandingan


Assalamua'laikum.


Apa khabar sahabat sekalian? Semoga dalam lindunganNYA sentiasa, aminn. Ana, alhamdulillah, sihat seadanya. (^_~)


Mujahidah melukis kekuatan melalui proses kehidupan.

Tetap bersabar saat tertekan,

Terus tersenyum disaat hati menangis..

Diam saat terhina,

Mempesona kerna sikap pemaaf.

Mujahidah bertambah kuat dalam doa dan pengharapan.

Ya, itulah mujahidah.

Dunia bukan segalanya.

Hanya redhaNYA yang dipinta.


Ayuh, sahabat sekalian.. Mujahadah mencari mardhatillah!


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Isnin, 11 Oktober 2010

lakaran diwajah tidak mencerminkan perasaan



Senyuman menguntum dibibirnya.

manis sekali.

Tenang melihat wajahnya.

Sangat mendamaikan.


"saya suka tengok muka awak.. selalu senyum. gembira. Awak tak de masalah kan? Suka dengan cara awak. bahagianya"


Tapi jauh di sudut hatinya, tersimpan berjuta rahsia.

Lakaran diwajahnya langsung tidak mencerminkan hatinya.

Senyuman itu,

Bukan lahir dari hatinya yang tulus.

Sekadar menutup ruang-ruang derita yang kian parah.

tawa itu,

hanyalah untuk mengaburi mata insan lain.


Ah, dia hanya hanya insan biasa.

yang juga punya perasaan.

dia juga insan biasa.

yang ada turun naik imannya.


DIA HANYA INSAN BIASA!



* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

gelombang Keadilan!!



Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Khamis, 7 Oktober 2010

JEMPUTAN KE JAMUAN RAYA NISA' PUTRAJAYA 1431H

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan ruang oleh ALLAH untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. (^_~)

Apa khabar sahabat Nisa' yang dirahmati ALLAH sekalian? Semoga sihat wal afiat dilimpahi rahmat ALLAH, aminn.

Baiklah dikesempatan ini, kami, warga Nisa' Putrajaya ingin menjemput sahabat sekalian ke JAMUAN RAYA NISA' PUTRAJAYA yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:-

TARIKH : 8HB OKTOBER 2010M / 29 SYAWAL 1431H
HARI : JUMAAT
MASA : 8.00 MALAM - 11.00 MALAM
TEMPAT : BLOK C3-T9-U07 PARCEL 15-12B
JALAN P15, PRESEINT 15

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

Semoga ALLAH permudahkan pertemuan kita semua, insya'ALLAH.

(dipetik dari blog Nisa' Putrajaya : http://nisaputrajaya.blogspot.com)

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Rabu, 6 Oktober 2010

kasih kita bukan sementara



Sahabat,
waktu terasa semakin pantas berlalu.
semakin pantas meninggalkan cerita tentang kita.
Tertanya aku, akankah masih ada lagi tawamu.
seperti dulu..
Untuk menghapuskan gusar dihatiku.

Sahabat,
teringat aku,
akan cerita kau dan aku, suatu masa dulu.
Cerita tentang masa yang indah,
saat kita sama berkongsi duka,
saat kita berkongsi ceria.
Semuanya tentang kita.

Sahabat,
mampukah aku berjalan sendirian,
tanpa kau disisiku,
menemani lelah perjuangan ini,
meniti kehidupan yang penuh berliku.

Sahabat,
mungkin hari ini, ataupun esok,
aku akan pergi tanpa sempat kita bertemu lagi.
Dikesempatan ini, ku ingin kau tahu,
diriku mengasihimu melebihi kasihku pada diri sendiri.
Ku ingin lihat bintang itu bersinar kembali,
sepertimana bintang itu menyinari hatiku ini.

Ya ALLAH,
KAU peliharalah sahabatku.
ku tahu, KAU menjaganya jauh lebih baik dari apa yang aku mampu.

Ya ALLAH,
sayangilah sahabatku
kerana aku tak mampu untuk menandingin kasih sayangMU.


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Selasa, 5 Oktober 2010

Bersatu keranaNYA


Ya Allah

Engkau mengetahui bahawa..

hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu

Bertemu untuk mematuhi perintah Mu

Bersatu memikul beban dakwah Mu

Hati-hati ini telah mengikat janji setia..

untuk mendaulat dan menyokong syariatMu

Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini

Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..

akan jalannya yang sebenar

Penuhkanlah piala hati ini..

dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu

Hidup suburkanlah hati-hati ini..

dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan mati

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..

sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..

dan sebaik-baik penolong ya Allah

Perkenankanlah permintaan ini

Amin ya rabbal A'alamin..


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Tunaikan Kewajipan..=)


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers