Rezeki

Jumaat, 6 Ogos 2010

Jangan berputus asa dari rahmat ALLAH


Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk - An-nahl ayat 125.


Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, ALLAH masih mengizinkan kita semua meneruskan kehidupan di dunia. Berbekalkan nikmat iman dan ISLAM yang berterusan, alhamdulillah, syukur kepadaNYA. Moga tidak dibolak balikkan hati ini setelah diberi hidayah olehNYA, aminn.

Ramai yang suka menghukum, tapi jarang sekali yang cuba membetulkan yang silap. Ramai yang menegur kesilapan tapi jarang yang menunjukkan teladan. Hanya pandai melihat keburukan orang hingga terlupa untuk cermin diri sendiri. Sempurnakah kita sehingga kita selalu saja nampak keburukan orang lain?

ALLAH telah berfirman dalam surah An-Nahl, ayat 125 sepertimana yang tertera di atas. ALLLAH menyuruh kita menegur masyarakat dengan penuh hemah. Walau sebesar mana sekalipun kesilapan yang dilakukan, ALLAH masih memberi peluang kepada kita untuk menebus dosa-dosa tersebut.
Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. - Az-Zumar, ayat 53.

Ayuh saudara Muslim sekalian. Jangan sesekali berputus asa dari rahmat ALLAH. Pohonlah kepadaNYA, akan segala kebaikan, dan mintalah supaya dijauhkan dari segala keburukan. Semoga iman dalam jagaanNYA sentiasa, aminn.



* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers