Rezeki

Isnin, 2 Ogos 2010

Hujung minggu (31 Julai - 1 Ogos)


Assalamua'laikum. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan, mengutip bekalan menuju negeri Abadi.

Alhamdulillah, ALLAH aturkan perjalanan yang sungguh indah untuk kita nikmati.

Pada hujung minggu yang lalu, 31 Julai dan 1 Ogos 2010, adalah masa untuk bersama sahabat kesayangan. =)

31 Julai

Jam 9 pagi ana dan Kak Ikin bergerak ke Surau Annuuur, Bangi. Ada meeting. Berpeluang bertentang mata dengan sahabat-sahabat dari BTR dan Puchong. =). Alhamdulillah. Meeting tamat pada waktu Zohor.

Jam 2 petang bertolak ke Kajang, konvoi. Ada jemputan walimah sahabat Nisa' BTR. Tahniah kepada pengantin. Sedap betul lauk pauknya.. =). Bertemu sahabat-sahabat Nisa' WP dan Nisa' Selangor.. Kak Shida dan Kak Wani. =). Dapat jumpa Kak Shida lagi, makan semeja.. =)

Selesai makan, bergambar dengan pengantin, salam-salam... Kami teruskan perjalanan. Mulanya nak balik P terus. Tapi hati duk teringat kat adik bucuk di UKM..=). Sembang dengan Kak Ikin, pastu Kak Ikin tanya, nak pergi UKM tak? Hati berbunga.. Nak, nak. Tapi jap, nak telefon adik dulu.

Aik, adik akak yang chomey terkejut dengar suara akak ye? hehe, cover2.. Ok dik, jap agi akak nak gi UKM ni. Sekarang kat Kajang lagi. =).. Bagitau Kak Ikin, Adik ada kat Kolej. Boleh singgah. Ok, kami teruskan perjalanan. ALLAH nak ajar jalan di Kajang pada kami. Hampir ke Semenyih, kemudian pusing-pusing lagi. Ish, sesat dalam Kajang! hehe, 2,3 kali pusing. Sampai Adik Azmah sayang dah risau. Mesej, telefon. Maaf dik, kami kat Kajang lagi. Sesat.=). Dah lama-lama tu, alhamdulillah, jumpa jalan yang betul. =).. Kak Ikin, nak beli apa untuk Adik Azmah ni? Alahai, dah sesat-sesat, tak sempat beli pape untuk adik. Aiskrim pun tak bawak. Next time, insya'ALLAH ye dik. Aiskrim Vanila ye? =)

Pertama kali bertentang mata, =), ALLAH hadirkan kemesraan pada kami. "Semoga ALLAH merahmati pertemuan ini", aminn.. Seronok dapat peluang tengok adik depan mata. Dah beberapa kali merancang, tapi perancangan ALLAH memang hebat. DIA aturkan pertemuan yang lebih baik. =). Lepas jumpa dengan Adik Chomey tu, kami meneruskan perjalanan. Hajat nak solat Asar di Masjid UKM, ikut jalan tu.. Alahai, dah sampai pintu keluar dah. Mana pintu masjid ni? Silap jalan lagi, terlepas sudaaa. Perjalanan diteruskan. Solat di Surau An-Nuur, kemudian beli barang di pasar malam.=). Kak Farhana nak masak laksa penang. Balik dari Bangi, silap jalan lagi..=).

Malamnya, kami siap-siap barang untuk masak laksa. Kak Farhana jadi Chef. Kami, tolong sedia barang je. =).

1 Ogos 2010

Paginya ke Bangi. Lepas tu cari tiket bas nak balik raya, Kemudian semuanya berkampung di rumah ana, makan-makan. Petangnya, kami ke Mydin, cari barang dapur.=). Malam, terputus bekalan air. Maghrib dan Isya' di Surau Mizan. =). Syukur kepadaNYA atas percaturan ini, dapat peluang bermesra dengan Kak Umi.. Kak Umi belanja aiskrim dan Kek sempana sambutan hari lahir yang lalu.=).Sedap... Thanks my dear. Love u so much! Hampir jam 10 malam, kami balik rumah. Alhamdulillah, dah ada air. Menikmati keenakan aiskrim bersama..=). So sweet.

*************

Alhamdulillah, percaturanNYA sentiasa yang terbaik. Biasanya apa yang tak dirancang, itulah yang terjadi, dan bermakna sekali.

Adakalanya kita akan mengeluh jikalau apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan. Tapi, kalau kita punya kesedaran, bahawa kita hanya mampu merancang dan Perancangan ALLAH adalah sentiada yang terbaik, kita akan sentiasa bersyukur dengan setiap ketentuanNYA. Yakinlah, ALLAH sentiasa berikan yang terbaik untuk kita. NIKMATILAH!


*****************


kepada Sahabat kesayangan, Kak Idah yang sentiasa dalam ingatan,


SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN.


Semoga ALLAH permudahkan segala urusan, meredhai setiap saat yang berlalu dan bakal dilalui.


Sayang Kak Idah sokmo! (^_~)


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers