Rezeki
Ahad, 18 April 2010
Ana Sokong 100%!!!
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut dan bertakwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan. (Al-Baqarah, ayat 233)
Assalamua'laikum.
Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Moga sihat walafiat, insya'ALLAH. Ana, sihat alhamdulillah.
Alhamdulillah, dah berjaya menyiapkan tugasan. (^_~). Pada saat-saat akhir ALLAH bagi petunjuk kepada ana, alhamdulillah. Berjaya juga selesaikan tugasan tu. segala puji hanya kepadaNYA..
Pagi tadi ada talkshow Nisa' yang telah berlangsung di Masjid Usamah Bin Zaid, di Wangsa Maju. Program yang berlangsung lebih kurang 3 jam amat bermanfaat dan memberi kesan kepada kaum Hawa.. (^_~)
"Nilai Setitis Susu Ibu"
Demikianlah tajuk Talkshow Nisa' pada kali ini. Pengisian yang telah dikupas secara ekslusif oleh dua orang penceramah yang tidak asing lagi, iaitu Puan Rita Rahayu (kolumnis majalah Pa& Ma) dan Ustazah Teh Izanuri (Kolumnis majalah Muslimah) amat menarik perhatian kami.
NK DAPATKAN INFO LEBIH LANJUT, SILA LAYARI WWW.SUSUIBU.COM
Sekian, wassalam.
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *