Rezeki

Khamis, 7 Januari 2010

salam tarbiah


Assalamua'laikum dan salam sejahtera buat semua bakal penghuni kubur.


Apa khabar saudara seakidah sekalian? Moga sihat sentiasa hendaknya.. Insya'ALLAH.


Minggu ni ana tak punya banyak masa. Hanya mampu berdoa pada Yang Maha Kuasa supaya diizinkan menunaikan segala amanah yang masih tertunggak.. Ya ALLAH, perkenankanlah.


Semalam dapat mesej dari Adik Syira Chomey, inform pada ana, Adik Azmah dah ada blog.. (^_~). Alhamdulillah, bagus tu dik, menambahkan lagi bilangan daei dialam maya ni.. Moga dapat memberikan manfaat pada insan lain... Tahniah diatas kemunculan adik di alam maya ni.. Sampaikan dakwah, serulah manusia kearah kebaikan, cegahlah kemungkaran. Semoga dirimu mendapat rahmat dariNYA.. aminn..


**************************************


"Jika ada 1000 pejuang, aku adalah dikalangan mereka.. Jika tinggal 100 orang, aku tetap bersama mereka.. jika bersisa 10, akulah diantaranya.. Dan jika ia berseorangan, Dia adalah AKU"- as-syahid imam Hassan Al-Banna...


***********************


Kalau rasa takut nak berdakwah,

kalau rasa takut nak mencegah kemungkaran,

Kalau rasa diri tak mampu nak sumbangkan bakti pada agama,

TOLONG ambik sejadah,

berdoalah pada ALLAH,

agar tidak dikurniakan zuriat seperti kita....


***************************


Seandainya melihat kemungkaran,

cegahlah dengan Tangan,

jika tak mampu,

Cegahlah dengan Perkataan...

JIKA MASIH TAK MAMPU,

cegahlah dengan HATI (benci dengan kemungkaran tersebut)..

dan ketahuilah, ia adalah selemah2 iman...



TAPI, KALAU TENGOK KEMUNGKARAN TANPA TERDETIK APA-APA PERASAAN?????????


nauzubillah..


Ya ALLAH, kau serikanlah hati-hati ini dengan cahaya iman yang mantap... Kurniakanlah kepada kami rasa takut dengan azabMU.. Kau hidupkanlah rasa kecintaan kepada SyurgaMU, Ya ALLAH.. Semoga kami menjadi hambaMUyang bersyukur dan berusaha untuk menegakkan syiarMU hingga ke hujung hayat kami.. Perkenankanlah doa kami Ya ALLAH...



muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers