Rezeki

Khamis, 14 Januari 2010

rinduuuuuuuu

dikala ini, hati sedang berkata-kata..
bukanlah pujangga untuk si dia, tapi
bait-bait indah untuk kedua orang tua...

dikala ini, jari jemari menaip mengikut rentak minda,
satu persatu perkataan datang menerpa..

Insan-insan ini adalah mereka yang banyak berjasa..
bukan padaku sahaja, juga kepada semua saudara..
Aku kini, bukan lagi anak kecil yang suka meminta-minta,
tapi hidupku kini, untuk membalas jasa mereka...

Hari demi hari yang berlalu,
kurenung masa silamku..
Apakah aku telah tunaikan amanahku sebagai seorang anak dengan sebaiknya?
Apakah aku telah menggembirakan kedua orang tuaku?
****************

Ya ALLAH, izinkan aku menjadi anak solehah..
Yang sentiasa menyenangkan hati kedua ibu bapaku.
Ya ALLAH, izinkan aku menunaikan kewajipanku kepada kedua orang tuaku,
ku ingin lihat senyuman dan kegembiraan diwajah mereka..
Seandainya Kau takdirkan aku pergi sebelum sempat aku menunaikan tanggungjawabku dengan sebaiknya,
Kau kurniakanlah kepada mereka ketenangan. ketabahan dan biarlah mereka meredhai pemergianku...
Kau kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sewaktu aku masih kecil Ya ALLAH.
Kau panjangkanlah usia mereka ya ALLAH.. aku belum puas bercinta dengan mereka...

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers