Rezeki

Isnin, 25 Januari 2010

Riadah Nisa'






Assalamua'laikum dan salam ukhuwwah fillah buat semua.. Apa khabar antum hari ni? Moga sihat badan dan iman.. (^_^)

Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana dengan izinNYA, kita masih bernafas dan dikurniakan nikmat iman dan ISLAM. Alhamdulillah.

Pada 23 Januari 2010 yang lalu, iaitu hari Sabtu, 7 Safar 1431H, Nisa' putrajaya telah mengadakan satu program rehlah. Alhamdulillah, hari yang sungguh indah. Walaupun pada paginya tidak begitu sihat, tapi, berkat ukhuwwah fillah, alhamdulillah, ALLAH izinkan ana bersama-sama dengan sahabiah kesayangan menikmati keindahan alam ciptaan ILAHI di Taman Botani, Putrajaya.. (^_^)



Seronok sangat.. Dah lama tak masuk hutan (bukanlah hutan sangat sebenarnya, tapi ok lah.. ala-ala hutan jugak la..hehe)... Masa kecik-kecik dulu, ana ni memang suka masuk hutan.. Kebetulan tepi rumah ana ada mini hutan, (^_^). Ayah ana bela lembu lebih kurang 30 ekor.. Ada lembu milik ayah, ada jugak yang ayah tolong bela je.. Tapi, memang banyak.. Bila petang-petang, ayah panggil semua lembu masuk kandang, buat unggun api.. Ana ambik peluang cari buah hutan.. Buah sama' kenal tak? Warna merah.. kecik-kecik je buahnya.. Sedap.. Pokok dia agak tinggi, kenalah panjat... Tapi, ana memang dah bawak parang awal-awal lagi.. Tengok mana dahan yang banyak buah, cantas je. (^_^)..Kalau dah banyak sangat buahnya, tebang 1 pokok terus.. Lepas tu heret bawak balik rumah.. Lepas tu, kena tadah telinga la dengar al-Kuliyyah dari bonda tersayang.. Aduhai, nakal ni..


Hmm, dah tak nak cerita zaman kanak-kanak.. Nanti panjang berjela pulak.. Kesian pada antum, kena baca celoteh ana ni.. (^_^)

Baiklah, berbalik kepada aktiviti riadah tadi.. Kami berada di Taman Botani lebih kurang 4 jam.. Ya ALLAH, memang seronok sangat. Insya'ALLAH, lain masa kami akan cuba anjur program sebegini lagi.. Meraikan sahabiah-sahabiah yang tak dapat join kami minggu ni..



Selesai pengembaraan di Taman Botani, kami beransur pulang.. Tapi, sebelum pulang ke rumah, ada satu lagi destinasi.. Hehe, tiba-tiba teringin nak minum air kelapa.. Jadi, destinasi seterusnya ialah Kampung Dato' Abu Bakar Baginda. (^_^).. Jalan Jalan Cari Air Kelapa Muda.. Subhanallah, sedap sangat.. Kalau kat rumah, senang je.. Jalan kaki dalam 50 langkah, ambik buah kelapa pandan kat kebun belakang rumah.. Kalau kat sini, kena cari kedai jauh sikit, keluar duit, duduk tunggu orang siapkan order, lepas tu baru boleh minummm.. hmm, rindunya nak balik Kelantann.hehe..

tengok gelas air yang kami minum.. mula-mula datang kedai ni, terkejut betul.. Gelas besar jag air yang nak minum 3 orang..hehe.. tapi dah 3 kali datang kedai ni, dah tak terkejut dah.. Air kelapa kat sini RM3.50 segelas.. Sedap.. memang pure.. Ana tengok masa dia tuang air kelapa dalam gelas, 3/4 adalah air kelapa, lepas tu baru dia masukkan ais.. memang sedap..

3 gelas air kelapa untuk ketiga-tiga srikandi.. (^_^)..

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers