Ya ALLAH,
ENGKAU mengetahui bahawa
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMU,
bertemu untuk mematuhi (perintah)MU,
bersatu memikul beban dakwahMU,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMU,
maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya.
kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNYA (yang sebenar).
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMU yang tak kunjung malap.
lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan
dan keindahan tawakkal kepadaMU.
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat tentangMU..
(jika ENGKAU mentaqdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para Syuhada' dalam perjuangan agamaMU.
ENGKAUlah sebaik-baik sandaran dan
sebaik-baik penolong...
Ya ALLAH, perkenankanlah permintaan ini..
"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.."(AnNajm : 43)"