Rezeki
Jumaat, 31 Julai 2009
cerita je...
wah, best betol la baca blog sahabat-sahabat.. mantap.. hehe..apakan daya, ana tak semantap antum semua.. tak pe, ana akan berusaha, berusaha dan terus berusaha.. hehe... tingkatkan kuasa..super-super-super ring....oppss, silap.. nak jadi PUTERI BULAN lah.. hehe..
hmm, teringat pulak zaman muda-muda dulu(hehe, sekarang kan dah 21, tua sikit), ana ni ganaznya banyak.. masa kecik-kecik dulu, memang aktiviti harian ana, memancing di kolam belakang rumah arwah atuk angkat ana.. biasanya lepas balik sekolah, dalam pukul 4 lebih, lepas asar tu, ana dah mula merayap.. masa tu jalan kaki jer, tak mampu nak beli basikal.. hehe.. paling tidak, dapat la ikan 2, 3 ekor.. masa ana tengah kemaruk memancing tu, umur ana dalam lingkungan 7-10 tahun, memang best sangat.. selalu jugak masuk tali air, dalam parit, sungai cari anak ikan.. musim orang nak tanam padi, ana sibuk jugak masuk sawah.. cari ikan.. hehe.. bestnya.. kelengkapan utama sepanjang program ni, mesti ada joran, bekas plastik atau juga dikenali sebagai serkap jarang (untuk kerja-kerja menangkap ikan), umpan (tak kisah umpan apa pun, roti ke, sarang anai-anai ke, udang kecik ke, terpulang pada selera masing-masing).. hehe
umur 10 tahun, dapat hadiah basikal dari kakak.. wah, best betul.. rasa bangga je dapat naik basikal Lerun dalam kampung masa tu, sebab tak ramai orang yang ada basikal @ motor @ kenderaan masa tu (wah, riak dah ni).. bila dah dapat basikal tu lagilah rancak program ziarah ana.. hari-hari menjenguk sungai dan kolam.. ziarah ikan-ikan.. pacat-pacat kat tepi-tepi sungai beserta lintah-lintah tu, memang dah selalu jadi teman ana.. ada je yang datang bertandang kat badan, mintak derma.. ana pun bermurah hatilah.. bagi jer.. kan yang memberi tu lebih baik dari yang meminta?? betul tak?? hehe...
aktiviti memancing dan menangkap ikan dalam parit/sungai/tali air/sawah ni berlanjutan hingga umur ana 11 tahun je.. sebelum cuti akhir tahun darjah 5, ana dah jadi gadis ayu yang sopan tambah santun dah.. duk kat rumah jer.. hehe.. (alkisahnya sebab mak suruh bagi basikal pada anak saudara yang duk di Wakaf Bharu, sebab dia nak pergi sekolah susah kalau tak ada basikal).. tapi hujung minggu, hari jumaat sabtu atau mana-mana kelapangan, terlepas jugak.. hehe, sambil-sambil bawak anak.. sampai sekarang pun, ana still teruskan program riadah ana tu.. hehe.. bawak anak-anak pulak.. sebelum ni sorang-sorang je.. bila sampai kawasan-kawasan stategik, mulalah ana menurunkan ilmu dan segala kepakaran yang ada... ada 2 orang anak yang betul-betul copy and paste perangai ana dulu... haha, pantang je dengar ana nak balik rumah, mulalah duk menelefon, ajak pergi kolam.. dah sampai rumah, biasanya ana sampai dalam pukul 4 pagi, pukul 7 tu, semua dah berkumpul kat ruang tamu.. yang bestnya, semua keperluan ana dah tersedia.. tudung, stoking, selipar, tuala kecik.. hehe.. tunggu sarung jer.. bertuah betul anak-anak ni.. kalau buat-buat malas, mulalah ada yang lembik tengkuk, merengek-rengek memujuk ana.. haha, best seksa jiwa budak-budak ni.. yang tak tahan, bila si kecik tu, Atiq yang datang pujuk ana.. "Suwa, jom..jomlah.." sambil-sambil tarik tangan.. wah, cair terus.. hehe..mak dah tau sangat dah perangai budak-budak dan Su dia ni.. kalau balik rumah, tak lekat dah.. mesti pergi kolam.. so, as a preparation, memang dah tersedia lah bekalan-bekalan makanan dan sarapan untuk kami semua.. Su dan anak-anak.. hehe.. lepas sarapan dan dhuha, bermulalah aktiviti kami semua... "JALAN-JALAN CARI IKAN".. (^_^).. tiap-tiap kali balik kelantan, memang tak miss dah aktiviti rapat ukhuwwah ni.. best...
............................................................
hmm, ok, sambung cerita lagi.. hehe.. masa umur 10 tahun jugak, ana dapat hadiah tau.. cube teka, apa yang ana dapat? hehe, bukan anak patung, bukan pen, bukan jam, bukan sebarang bentuk hadiah yang biasa diterima oleh "anak dara yang lain".. hehe... ana dapat anak monyet!!! pak ngah yang bagi.. hehe.. ana panggil dia Jali.. chomey je dia.. manja pulak tu. ayah letak dia kat sebelah kandang lembu.. ikat tali dia di pokok mengkudu..
sebelum pergi sekolah, ana akan bagi nasi dan letak pisang dekat-dekat ngan dia.. balik dari sekolah, lepas siap khidmat diri, ana pergi ziarah dia lagi.. tengok air dia cukup ke tak.. hehe.. sayang betul ngan Jali ni.. =P
balik dari memancing, bawak Jali jalan-jalan naik basikal.. eh, jalan-jalan naik basikal?? betul tak ayat ni? hehe.. nanti tak pasal-pasal kena audit karang.. maaf ye.. buat-buat faham jelah ye.. (^_^)
hmm, tapi Jali duk sekejap je dengan ana.. lepas 5 bulan, pak cik ana ambik dia.. bawak balik Wakaf Bharu... waaa, sedihnya.. ana ngamuk-ngamuk jugak masa tu.. pak cik datang bermalam kat rumah ana.. sebelum pergi sekolah, elok je ana tengok dia kat "rumah" dia tu.. balik je dari sekolah, dah tak de.. ana terus panggil ayah... "Ayoh, mano Jali nih? hilei doh ko? tali pong takdok ni?" (translation : Ayah, mana Jali? dah hilang ke? tali dia pun tak de jugak ni)
bayangkan ana menjerit panggil ayah yang duk rehat dalam rumah....hehe.. ayah dengan selambanya hulur duit RM50 kat ana.. "Pok Cik Uji bui takdi, baya hargo Jali" (translation: Pak Cik Uji bagi tad, bayar harga Jali)... waaaa, Jali, kenapa tinggalkan daku??? (hehe, menangis-menangis jugak, duit masuk poket terus ye)...
tapi memang rindu kat Jali.. untuk menghilangkan kerinduan pada Jali, tiap-tiap petang, ana main dengan anak ayam serama ayah yang baru menetas tu.. yang paling best, ana pegang dia sambil naik buai yang ayah buat..(buai kat pokok jambu.. bukan macam orang sekarang, ada buai besi.. ana dulu ikat tali, ada tempat duduk, jadi la buai.. hehe...).. bila dah berayun laju-laju, ana ajar dia terbang.. lalalala, terlepas.. oppss, terbang betul-betul la pulak.. huhu, nasib baik selamat dan masih bernafas.. takut betul.. kalau tak, mesti dah masuk penjara, sebab membunuh dengan sengaja.. hehe.. lepas tu, ana dah tak pegang dia lagi dah.. risau jugak kalau berlaku apa-apa yang tak diingini, ana disabitkan kesalahan pulak.. (^_^)...
hmm, macam dah panjang jer bercerita.. banyak lagi sebenarnya.. tapi, stop lah dulu.. nak hantar barang kat aras 2 jap.. hehe.. nanti kalau ada masa, dan ada yang sudi meluangkan masa untuk membaca coretan ana yang tak seberapa ni, ana akan cuba berkongsi kisah hidup ana.. salam ukhuwwah.. (^_^)
Rabu, 29 Julai 2009
alhamdulillah
apa khabar saudara-saudara seakidah sekalian? harapan dan doa, moga dirahmati ALLAH sentiasa.. Bi iznillah..
alhamdulillah, hari ni, ana berpeluang untuk mencoretkan sepatah dua kata sebagai pengisian dalam blog ana ni.
pagi tadi, sekali lagi ana dikejutkan dengan persoalan yang bisa menggelegakkan isi perut ana... =P... "nak pakai tudung ni ke pergi ofis nanti?"...tanya seorang hamba ALLAH..
"yela, kenapa? ada masalah ke?" jawabku beserta persoalan yang perlu dijawab oleh orang yang bertanya tadi..
dengan selamba, dia meninggalkanku terkebil-kebil tanpa jawapan.. ape hal pulak ni? pelik ke? hehe.. apa-apa je lah..
"kat ofis pun ada orang pakai tudung macam tu, tapi tudung saiz budak sekolah je. bukan besar macam ni."...ish, sempat pulak nak sambung ayat dia.. hehe..
persoalan yang tiba-tiba muncul dalam kotak fikiran....
"APA BEZA TUDUNG YANG ANA PAKAI DENGAN TUDUNG BUDAK SEKOLAH TU??? Tension betol. saiz je yang berbeza, yang lain sama je, kita panggil tudung jugak.. pastu apa beza tudung segi 4 dengan tudung yang berjahit ni?? Padahal sama je, tak perlu susah-susah pakai pin, tak perlu nak betulkan dan bujet-bujet depan cermin supaya tudung tak senget sebelah.. hehe.. tudung dah siap jahit, lagi senang nak pakai..save bujet pulak tu.. kalau tudung segi 4, yang kena pakai pin, paling kurang harga dia RM15, tak campur lagi harga pin... cincai-cincai dalam RM20-RM25..kalau tudung yang jahit tengah ni, murah jer.. semeter baru RM6, kita beli ukuran 1.75 meter, boleh buat niqob sekali..hehe.. RM10.50 dah boleh dapat sehelai tudung... benang tu baru dalam RM0.50. bujet sehelai tudung RM11.00 jer.. murah kan?? kalau nak dibandingkan dengan nilai aurat kita..memang berbaloi la pakai tudung ni..."
apa-apa hal pun, terima kasih kepada yang bertanya tadi.. sebab memberikan satu lagi kekuatan kepada ana untuk terus memakai tudung ni ke ofis.. hehe.. pantang jugak orang larang-larang macam ni. lagilah nak pakai, dan nak buat.. heheheh.. moga ALLAH tetapkan hati ana dalam jalan dakwah ni.. jaga aurat, jaga akhlak, jaga iman , jaga amal.. KITA KENA JAGA ISLAM...
Isnin, 27 Julai 2009
penawar hati..
"sesungguhnya kami telah jadikan apa yang ada dimuka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah diantaranya yang lebih baik amalnya".. ayat 7, al-kahf.
"sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertaqwalah kepada ALLAH agar kamu mendapat rahmat.." ayat 10, al-hujurat.
"maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji ALLAH itu benar, dan mohonlah ampun untuk dosamu dan bertasbihlah sambil memuji Tuhan-mu pada waktu pagi dan petang.." ayat 55, surah al-Mu'min.
"demi masa. sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.." suratul asr.
Jumaat, 24 Julai 2009
....SUBHANALLAH.......
antara amalan dalam Islam itu lebih baik? Jawab Rasulullah, Kamu memberi
makan kepada orang yang memerlukannya dan mengucapkan salam ke atas
sesiapa yang kamu kenal dan yang tidak kenal’
(Riwayat Bukhari Dan Muslim)
assalamua'laikum saudara2 seakidahku..
alhamdulillah, masih dikurniakan nikmat iman dan ISLAM..
...................................................
"Assalamua'laikum akak sayang.. macam mane petang ni? akak datang ambik pukul berapa?"
"w'salam dik sayang.. alamak, macam mana ye.. akak ada hal la.. nenek ajak akak buka puasa dengan dia hari ni.. kesian pulak kat nenek akak tu.."
"oh, takpelah kalau macam tu..hehe..temanla nenek akak tu, bukan selalu boleh jumpa dia, kan?"
"maaf ye dik.."
"takpe..nanti nak tanya K.Hajar ye..confirmkan dengan dia dulu..kalau menyusahkan dia, Syuha pun tak pergilah"
kesiannya..takpe..nanti lain kali kita pergi ye sayang"
"ok, jangan risau..ALLAH tau apa yang terbaik, kan? ok lah, syuha nak tanya kak hajar ni..nanti syuha inform kat akak ye"
.....................................................
"Assalamua'laikum kak hajar sayang.. macam mana petang ni?akak pergi sana lepas buka puasa ke?"
"w'salam dik.. erm, akak tak tau lagi boleh pergi atau tak. macam tak larat je.. sekarang pun ada kerja lagi.. mungkin balik lewat sikit hari ni."
"oh, macam tu ke? oklah, takpe-takpe... saja tanya"
....................................................
"Assalamua'laikum.. kakak-kakak yang disayangi..mungkin hari ni kita tak berpeluang berjemaah di surau sama-sama..insya'ALLAH, nanti kita jumpa dalam halaqoh kedua lain kali ye..jaga diri, jaga iman, jaga amal, jaga ISLAM"
....................................................
sayup-sayup kedengaran..645 petang.. alunan zikrullah dari handphoneku... alahai, tak sempat jawab pulak.. sape call tu..takpelah dulu..nak siapkan kerja kejap..650 petang..siap masak untuk buka puasa...tengok telefon.. misscalled from +6013*******... kenapa kak ikin call ni.. telefon semula lah...
"Assalamua'laikum.. hai akak sayang.. rindu ker? hehe"
"w'salam wbt.. erm, syuha buat apa tu?"
"hehe, tadi duk dapur, maaflah tak dengar tadi"
"oh, patutlah...hehe"
"bising je, akak kat mana tu?"
"erm, sebenarnya akak kat luar ni.. kita pergi surau nak? alang-alang dah keluar, kita berjemaah kat sana teruslah..syuha dah siap masak ye? takpeke? nyusah pulak"
"alhamdulillah.. takpe je.. no hal lah..hehe, tapi sempat ke?akak kat mane sekarang? syuha bersiap kejap ye.. akak tunggu tau"
"ok, bersiaplah.. akak baru keluar rumah ni.."
"ok, nanti dah sampai bagitau ye.. syuha nak inform pada kakak ni"
"ok, sayang.. nanti kita jumpa.."
‘Sesungguhnya amalan yang sangat dicintai Allah selepas melakukan ibadat fardhu oleh hambanya ialah mengembirakan hati saudaranya sesama Islam’ (Riwayat Baihaqi)
.......................................................
"assalamua'laikum..kak ina, wawa confirm buka puasa kat luar ni.. nanti kak ikin ambik kat rumah"
'w'salam..la, jadi keluar pulak? tadi cakap tak jadi."
"hehehe, biasalah.. last minit..wawa dah masak ni.. "
"ok lah, nanti balik pukul berapa?"
"tengoklah dulu.. surau tu biasanya ada majlis..malam ni ada bacaan Yassin rasanya..habis program, wawa balik la..wawa bawak kunci dah"
"beres la.. nanti informlah"
"ok"
........................................................
"assalamua'laikum sayang, akak dah sampai bawah ni"
"w'salam wbt.. ok, kejap ye akak sayang.. syuha nak turun lif ni"
........................................................
"Setiap kebaikan adalah sedekah, dan termasuk kebaikan itu adalah jika engkau menemui saudaramu dengan wajah berseri-seri, dan jika engkau menuangkan air dari timbamu kepada bejana milik saudaramu." (HR. At-Tarmidzi)
"hehe, macam mana boleh terlepas jugak ni?"
"tadi abang akak telefon, suruh bank in duit kat dia.. alang-alang dah keluar ni, akak ajak la syuha sama.. tadi serba salah jugak sebenarnya.. kalau syuha tak call akak semula, memang akak tak bagitau dah.. sebab akak dah agak syuha mesti dah siap masak"
"hehe, memang dah siap masak pun.. tadi telefon kakak, terkejut dia, sebab dah call dua kali cakap tak jadi keluar malam ni.. tapi perancangan ALLAH, kan? hehehe, jadi jugak kita berjemaah malam ni..."
"alhamdulillah, hehe.. inilah yang sahabat muslimin kat kampus selalu cakap, muslimat ni suka buat kerja last minit"
"hehe, biasalah.. yang last minit ni lah selalunya jadi..haha, nanti mesti ada yang gelak.. kelakar jugak ye.. bincang dari pagi sampai petang.. dah confirm tak jadi.. tiba-tiba je call syuha ajak pergi surau ye"
"hehe, biasalah.. nak buat macam mana.. oh ye, tak tanya kak hajar ke?"
"tadi dah bagitau dia. dia cakap dia sakit kepala.. kalau dia larat, lepas berbuka, dia pergi surau jugak"
"oklah, kita tengokla nanti.. nak makan kat mana ni?"
"tak kisah pun makan kat mana"
..........................................................
‘Setiap ucapan salam dari seseorang ke atasnya adalah sedekah, setiap hari setelah naik matahari kamu bertugas mengadili di antara dua hamba Allah yang bertelagah adalah sedekah, memberi pertolongan untuk mengangkat barang keperluan ke atas kenderaan adalah sedekah dan bercakap dengan cakapan cakapan yang baik adalah sedekah dan setiap langkahmu untuk ke tempat sembahyang adalah sedekah, begitu juga kamu membuang duri atau apa-apa yang boleh menyakitkan orang di jalanan adalah sedekah.’ (Riwayat Bukhari dan Muslim)
"dah nak azan la kak.. kita park je kereta kat sini.. dah dekat dengan surau ni"
"ok..eh, syuha..dah azan tu..buka puasa dulu..dalam kereta ni tak ada apa-apa lah.. cuba tengok kat belakang, rasanya ada air mineral.. minum dulu.."
"ok, kejap syuha tengok.. ada ni.. akak minum dulu"
"syuha minum la.. nasib baik ada biskut ni dalam beg, makan dulu.. kita kongsi ye"
"alhamdulillah.. ok, kita solat dulu la ye.. nanti tak sempat berjemaah pulak..lepas maghrib nanti kita makan kat kedai ni"
'ok jugak..jom..."
...........................................................
"ada bacaan yasin ni akak sayang..kita makan lepas isyak la"
"syuha boleh tahan ke? nanti sakit perut pulak"
"insya'ALLAH, boleh je.. hehe..jangan risau"
"nanti lepas isyak, kita makan kat kedai ustz ye"
...........................................................
"alhamdulillah, hehe, memang rezeki la hari ni.. dah ada makan-makan ni.."
"syuha makan ke bubur nasi ni?"
"ni first time makan ni.. takpe-takpe.. syuha cuba..ye"
"kalau tak makan, takpelah..lepas ni kita makan di kedai ustaz ye"
"ok je.. makan yang ni dulu..cuba.. hehe"
"macam mana sayang? ok tak ni?"
"Alhamdulillah, kenyang betul.. ambik sikit je tadi.. hehe, sedap jugak ye makan bubur nasi ni"
"nak makan kat kedai lagi tak?"
"dah tak larat la kak. kenyang.. hehe"
"jom, kita tengok kedai roti kejap.. akak nak beli roti la"
"ok.. boleh jer, jommm...hehe"
........................................................
"alhamdulillah, hebat betul percaturan ALLAH, kan akak sayang.. macam tak percaya je jadi jugak program kita malam ni.. last minit pun jadi..hehe.. kalau kak hajar ada, lagi best.. nikmat berukhuwwah kerana ALLAH"
"betul tu..kita merancang, ALLAH juga merancang, perancangan ALLAH semestinya yang terbaik"
"betul tu akak sayang.. pandainya..hehe"
"oklah, jaga diri ye sayang.. nanti kita jumpa lagi hari jumaat ni"
"baik.. terima kasih ye..."
........................................................
SEKADAR CORETAN.... ANA CUMA NAK BERKONGSI, BETAPA HEBATNYA PERCATURAN ALLAH.. KITA HANYA MERANCANG, ALLAH YANG MENENTUKAN... SETIAP PERKARA ADA HIKMAH.. WALAUPUN DUGAAN DATANG SILIH BERGANTI, TAPI DENGAN BERBEKALKAN KEYAKINAN KEPADA ALLAH SEMATA-MATA, PASTINYA ADA HIKMAH YANG TAK MAMPU KITA TERJEMAH... “… dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya” (QS. At thalaq, 3).
Rabu, 22 Julai 2009
anugerah dari Pencipta Cinta
Jumaat, 17 Julai 2009
NISA' 2009
TALKSHOW
( sempena Isra’ Mikraj )
Bertajuk :
“Isra` Mikraj : Tersingkap Sebuah Rahsia”
Penceramah :
Ustaz Uda Bin Kassim
( Mantan Ketua Bahagian Dakwah & Penerangan Lembaga Zakat Selangor)
Tarikh : 19 Julai 2009 (Ahad)
Jam : 2.00 PTG -5.00 PTG
Tempat : Dewan Seminar, MASJID AS-SYAKIRIN, KLCC
Muslimin dan Muslimat dijemput hadir beramai-ramai. ......
Makanan PERCUMA disediakan!!
Hubungi :
019-205 0319 @ 013-918 1078 @ 013-200 9426
( Unit Pembangunan Insan )
NISA` Wilayah Persekutuan
Penawar kepenatan.. insya'ALLAH
Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya. Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a..w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantunya itu. Baginda s.a.w. berkata:"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. itu. Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali)dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman."Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
pahala-pahala yang berterusan walaupun setelah kematian
Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga perkara :
1. Sedekah (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.
ISRAk MIKRAJ
Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam aku diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya : -
1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
2. Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
4. Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
5. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.
10 Perkara yang sia-sia
Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-
1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.
2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.
3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.
4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.
5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.
6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.
8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak dipedulikan dan tidak dilayani tetamunya itu.
9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya
Selasa, 14 Julai 2009
Khamis, 9 Julai 2009
nasyid... =)
Nawaitu
by Rabbani
oo...Ooooo.. Oh...hoooo
Antara Niat Dan Manis Bicara
Satukan Di Dalam Satu Denyutan
Di Mana Jiwamu Pasti Bahagia
Kembali Bersemi Insani
Lafazlah Setulus Hati Nurani
Bukakan Maksud Tersimpan Di Hati
Biarpun Pedih Menyeksa Naluri
Nawaitu Tuntutan Batin Suci
Usahlah Engkau Selindungkan Bayangmu
Renungi Asal Kejadian Dirimu
Berjalan Tunduk Bukan erti Kau Kalah
Tebarkanlah Serata Jiwa
Usahlah Engkau Persalahkan Kakimu
Andainya Rebah Di Bumi Mu Sendiri
Mungkinkah Ada Kesilapan Semalam
Lafazkanlah Sejujur Hati
Ketulusan Insan sejati
Mencerminkan Budi Pekerti
Kesungguhan Menyingkap Makhfi (Rahsia)
Kebenaran Diri Yang Suci
Hanya Jiwa Yang Tulus Mengerti
Kemanisan Nawaitu Hati
Ketenangan Dalam Mencari
Keredhaan DariMu Tuhan...Ku
Selasa, 7 Julai 2009
jawab tag amanah adik mira...
1. Anda rasa anda hot? hot.fm ke? hehe, xhot sgt pon.. biasa2 jer.. dalam aircond ni, sejuk bangat....
2. Upload gambar kegemaran anda. upload gambar kegemaran? hehe.. gambar tu macam xsesuai sangat nak upload kat sini.. ni akak upload gmbar makanan kegemaran akak... =p
air kelapa muda
3. Kenapa anda suke gambar ini? hehe, sebab suke makan tomyam campur n minum air kelapa muda.. tambah pulak kalu makan yang mek masak.. air kelapa kat belakang rumah.. hehe.. lame xbalik che wal.. =P
4. Bila kali terakhir anda makan piza? piza malaysia makan la beberapa minggu lepas.. kalau pizza hut, dah lame xmkn.. sampai xingat dah bile last time makan...hehehe
5. Lagu terakhir yg anda dengar? lagu dalam blog ana, taubat seorang hamba... sekarang la, masa tengah taip post ni...=P
6. Apa yg anda sedang anda buat selain selesaikan tag ini? ngah tunggu PC siap install program baru...
7. Selain dari nama anda sendiri,anda suka dipanggil dengan nama apa? hehehe, malu pulak nak bagitau.. =P... budak2 kecik selalu panggil nama ana.. hehehe
8. Tag lagi 6 org dgn hati yg terbuka tanpa rasa kekesalan.Sila lakukan kalau tak kena denda mandatori. hmm, soalan ke8 ni ana mungkin xnak jawab kot.. sebab, nanti tension pulak orang yang nak jawab tag ni.. kesian.. lagipun, kalau xsempat terlangsai amanah ni, naya jer... so, hmm, ana xnak la tag sape2.. =P
ok, itu je kot yang mampu ana post untuk jawab tag ni.. hehehe... nak jawapan lain, kite PM ye.. tau je email akak kan? ok, ma'assalamah...
20072009
1) assalamua'laikum.. harap2 analah org ptama yg wish.."selamat Hari Lahir".. SMOGA MDAPAT MARDHATILLAH.. (11:59:39pm
2)mgkin diri ini xpnya hrta stinggi gnung u dhdiahkan,xpnya ilmu sluas lautan u dpsembahkan,xpnya rupa shensem Yusof u ditatap,xpya hati sbersih Muhammad u dbangga.. tp hya ku pnya scebis akhlak y slalu mendoakn agr drimu sntiasa slmt.brkat.rhmat n sihat dsisi ALLAH..slmt ari lahir.smoga pnjg umur n dmurahkan rzeki..(12:00:29am)
3)salam.Slmt mnymbut ulang tahun y k 21..smoga pjg umur n d mrhkan rzki y halal.(^,^) (12:00:42am)
4)selamat hari lahir adeq adaa syg..semoga bhgia dunia n akhirat,pjg umr,mrh rzki,cpt2 kawen:..dan blhjdi kmu benci kpd ssuatu pdhal ia baik bg kmu, dan blh jd kmu suka kpd ssuatu dhal ia buruk bg kmu.Dan(igtlah) ALLAH jualah Yang Mengetahui (semuanya itu),sdg kmu tdk mngetahuinya."(QS2:216) (12:02:05am)
5)assalamua'laikum syg, smga pnjang umur, murah rzeki (12:03:45am)
kak idah htr mesej pagi tadi (9:24:04 am/16 Julai 2009):
salam. slmt hari lahir syg. smg pertambahan usiamu mematangkan lagi langkah ke medan juang.mis u luv u alwayz my sis.. (",)
hari ni, dapat 2 present dah... syukran jazilan kepada insan2 yang telah sudi menghulurkan sesuatu.. tahun ni memang catat sejarah, dan memang kenangan yang terindah untuk diri ana... sebab, TAHUN NI DAH BOLEH DAFTAR NGUNDI!!! hehehe, ana ni tak cukup umur lagi.. tak sabar dah nak daftar mengundi... kalau ikutkan hati, tepat jam 0000 20 julai 2009, nak tercegat depan kaunter pendaftaran dah... =P....
insya'ALLAH, ana mendoakan yang terbaik untuk semua... semoga dalam rahmatNYA sentiasa... RAISE ISLAM...
Isnin, 6 Julai 2009
Sister in islam (SIS) SILA KOMEN!!!!!!
Tidak ada fakta yang menyokong dakwaan bahawa memakai gincu dan berkasut tumit tinggi menyebabkan wanita dirogol, kata Sisters in Islam (SIS).
"Larangan ini dibuat daripada sikap prasangka dan seharusnya berdasarkan kepada penyelidikan dan data.
"MPKB mengeluarkan dasar atau undang-undang kena ada fakta," kata penyelaras program SIS, Norhayati Kaprawi kepada Malaysiakini, mengulas laporan wujud larangan terbaru Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).
Bagaimanapun majlis itu hari ini menafikan mengeluarkan arahan larangan sedemikian seperti laporan media.
Etika berpakaian itu - termasuk bergincu dan berkasut tumit tinggi sehingga mengeluarkan bunyi - hanya sekadar nasihat yang tidak diperkuatkuasakan dalam peraturan di bandar itu, jelas pengarah perhubungan awam MPKB-BRI, Azman Mohd Daham.
Norhayati juga berkata, tanggapan umum mengaitkan jenayah ini dengan etika berpakaian adalah tidak benar.
"Orang yang memakai tudung pun kena rogol," katanya.
"Budak bawah umur pun kena rogol, apa kena-mengena gincu dengan kasut tumit tinggi?
Beliau juga menegaskan, bergincu dan berkasut tumit tinggi dalam kalangan perempuan sudah lumrah.
"Tidak ada isu, kenapa nak kawal pilihan orang perempuan untuk memakai gincu dan kasut tumit tinggi," kata aktivis hak wanita itu.
"Adakah memakai kasut tinggi itu tidak Islamik?"
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pula menganggap saranan kepada pekerja Islam itu satu langkah yang baik.
"Usaha MPKB itu usaha yang baik dan (isu itu) tidak perlu diperbesar-besarkan," kata presidennya Mohd Hilmi Ramli.
"Kalau betul menggunakan gincu lebih dan memakai tumit tinggi menyumbang kepada jenayah rogol dan zina, (amalan itu) wajar diharamkan."
Bagaimanapun, tambah Hilmi, beliau menyifatkan niat MPKB itu tidak menyelesaikan masalah sebenar.
"Ada faktor lain yang menyumbang kepada berlakunya zina dan rogol seperti jalan berdua-duaan tanpa mahram dan berpasangan (di tempat tertutup) boleh berlaku zina dan rogol," katanya.
Menurutnya, pemakaian tudung tidak boleh dipaksa kepada semua orang perempuan.
"Mereka diberi pilihan dan (kerajaan) terus mendidik rakyat tentang pemakaian yang menepati syariah," katanya.
Norhayati juga menggesa kerajaan Kelantan menumpukan perkara-perkara yang lebih serius seperti soal kebersihan, kemiskinan dan memberi khidmat yang cekap kepada rakyat.