Rezeki

Jumaat, 12 Jun 2009

bicara hati....


pertanyaan dari seorang insan yang baru kukenal...

"akak nak tanya adik akak yang berjiwa besar ni...."

"apa sumbangan adik pada ISLAM setakat ni?"

hmm, pertanyaan yang ringkas dan padat... mampu membuat ana termenung, berfikir... melayangkan fikiran, bertebar di awangan......hmmm, apa sebenarnya sumbanganku selama ini???

hidup sebagai seorang da'ei, adakah cukup untuk manjadikan ana sebagai seseorang yang memberi sumbangan kepada ISLAM? berjuang dalam saff siasah, adakah cukup untuk melabelkan ana sebagai orang yang memberi sumbangan kepada ISLAM?


tadi, ana berkesempatan untuk berbual panjang dengan seorang saudara baru di ofis ana.. pada asalnya, kami hanya bercerita tentang pengalaman yang dilalui beliau pada awal beliau memeluk ISLAM.. sememangnya banyak dugaan yang beliau hadapi termasuklah tentangan dari keluarganya, padahal umur beliau waktu memeluk ISLAM sudah menjangkau 24 tahun..umur yang boleh dikatakan matang untuk seorang anak adam membuat pilihan sendiri..

kemudian kami mula memanjangkan ruang lingkup bicara..Bila beliau mula menyatakan betapa dia merasa kecewa dengan sistem yang ada dinegara kita.. katanya, kebanyakan "pihak-pihak berwajib' yang bertanggungjawab menguruskan saudar-saudara baru ini hanya bertindak sekejap.. dan kemudian mula lepas tangan, membiarkan saudara-saudara baru yang BARU mengenal ISLAM ini menguruskan kehidupan sendiri.. kurang memberi bimbingan kepada orang yang sepatutnya menerima bimbingan dari "orang-orang lama dalam ISLAM" ni....memang betul ada kelas bimbingan, tapi adakah cukup sekadar menghadiri kelas semata-mata?? saudara-saudara baru ini mengharapkan sokongan dari masyarakat ISLAM... itulah luahan dari saudara ana tadi...ana terkesima.. ini bukan pertama kali ana mendengar luahan sebegini dari saudara baru, tapi sudah acapkali ana mendengar luahan yang hampir sama...walau dalam situasi dan ruang waktu yang berbeza... sebelum ni, saudara ana di kelantan, pernah meluahkan perasaan kecewa dan sedihnya pada ana... akibat dari perbuatan sesetengah manusia-manusia ISLAM ini...yang selalu menganggap diri sudah sempurna, amal dah lengkap, iman dah subur... ya ALLAH, betapa kejamnya makhluk ciptaanMU ini, sanggup menzalimi saudaranya sendiri...

duhai saudara seakidahku, kita berpaksi pada agama yang satu.. kenapa kita mudah menilai orang lain, sedangkan kita tahu, iman ni ibarat air pantai, ada masa pasang, ada masa ia surut...ada masa kita kuat, ada masanya kita lemah terkulai.. walau siapa pun kita...SEDAR ATAU TIDAK???

siapa kita untuk menidakkan hak saudara-saudara baru dalam ISLAM ni? siapa kita untuk terus menghukum mereka atas kesilapan yang mereka lakukan semasa masih belum menerima hidayah dariNYA? bagi ana, mereka yang mendapat hidayah dari ALLAH ni sebenarnya lebih mulia dari kita, yang hanya mewarisi agama ISLAM dari ibu bapa dan kuturunan kita.. sedangkan mereka diberikan hidayah terus dari ALLAH... mereka insan-insan terpilih.. ana sememangnya amat menghormati saudara baru ini, kerana mereka ibarat kain putih, bersih, suci... bagaikan bayi yang baru dilahirkan dari rahim seorang ibu.. sedangkan kita?? dah tercalit berjuta dosa, sejak mula akil baligh, kita dah mula menanggung sendiri semua dosa yangkita lakukan.. cubalah kira, secara zahirnya, berapa banyak dosa yang dah kita buat selama hayat ni? kalau nak dibandingkan saudara-saudara baru seislam kita yang baru sahaja dilahirkan tu?layakkah kita nak menghukum dia?

ya ALLAH, berikanlah kami taufiq wal hidayat...janganlah KAU bolak balikkan hati ini setelah KAU berikan hidayahMU kepada kami...

saudara seislam sekalian, ana cuma mampu berharap dan berpesan kepada diri ana, bahawa kita sepatutnya tidak lupa akan tanggungjawab kita terhadap sesama muslim.. saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran... bukan mudah untuk melakukan sesuatu kebaikan... memang ana tak nafikan, tapi, sekurang-kurangnya, cubalah mendorong diri untuk melakukan kebaikan.. pasangkan niat dalam hati.. suburkan semangat dakwah, agar hati tak kaku dan layu dari melakukan kebaikan..cubalah bantu saudara-saudara baru, setakat yang termampu.. mereka tak mengharapkan bantuan kewangan yang berjuta-juta, tapi, mereka mengharapkan sokongan dari kita.. itu sahaja.. cukuplah kalau kehadiran mereka dalam masyarakat disambut baik... antara kata-kata dari golongan saudara baru yang amat terkesan di hati ana..."janganlah fikir bahawa kami peluk ISLAM semata-mata kerana PERKAHWINAN, walaupun mungkin dalam nada bergurau tapi, bagi kami, ia adalah sesuatu yang sensitif.. kami pun ada perasaan.. kami cuma mengharapkan penerimaan dan sokongan dari Muslim yang lain"... jadi saudara-saudara semua, ingatlah, jangan terlalu cepat menghukum orang lain, dan jangan lancar menuturkan kata-kata kerana sepatah kata mampu membuatkan insan lain terluka... tuturkanlah kata-kata yang mampu memberikan ketenangan dan santapan rohani yang mampu menggembirakan orang lain... semoga kita semua ditetapkan iman..dan ditempatkan di tempat yang selayaknya di sisi ALLAH s.w.t...

RAISE ISLAM........

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers