Rezeki

Selasa, 30 Jun 2009

tudung kecik, tudung besar

"kenapa pakai tudung ni masuk ofis? nanti tak ada orang marah ke?"

"kenapa nak marah? kan sama je tudung mana2 pun... yang paling penting ikut syarak, tutup aurat... ada masalah ke pakai tudung besar?"

"yela, nanti orang cakap awak ni orang P..."
pelik pulak kalau orang kaitkan ukuran tudung dengan politik... kenapa masalah ni boleh berlaku?? mana silapnya?? organisasi selain P.. tak pakai tudung besar ke? tak boleh tutup aurat ke? ish pelik betul....

"la, apa kaitan politik dengan tudung? tudung besar ke, tudung kecik ke, sama je.. ukuran je yang berbeza... selagi kita ni bergelar seorang wanita ISLAM, kita memang wajib tutup aurat... ".....dan hendaklah mereka menutupkan kerudung ke dadanya...."(sebahagian ayat 31, surah annur..)... ha, kan dah terang dalam al-quran, kena tutup sampai dada..itu paling kurang... lagi besar, lagi bagus... sebab nanti kita akan rasa lebih selesa bila dah tutup betul2.. kalau pakai yang cukup2 makan je, nanti kalau angin kuat, nampakla yang terlindung... kan naya je... so, better pakai tudung saiz besar dari yang sepatutnya.. insya'ALLAH, selamat... ISLAM kan indah.. ia memudahkan... ALLAH tak pernah bagi sesuatu diluar kemampuan hamba2NYA.. kalau tutup aurat tu membebankan, mesti dah ramai orang syahid sebab tutup aurat,kan? tapi setakat ni, rasanya ana tak pernah dengar lagi orang meninggal sebab pakai tudung, sebab pakai baju lengan panjang... hehehe...

antum tak kesian ke kat kaum lelaki? kalau antum pakai seksi2, ketat2, sendat2, terbelah sana sini, hmm, merana kaum lelaki tu.. Emosi mereka satu je.. kalau tergugat emosi tu, habislah... rasional yang 9 pun hilang kawalan... sebab tu masing2 kena main peranan... jaga pandangan... jaga aurat.. jaga hati.. jaga iman...
tuntutan dalam surah An-Nur, ayat 30-31, memang dah terang dan nyata... so, harap semua ambik tindakan serta merta.. =)..


ana sayangkan antum.. jaga diri, jaga iman, jaga akhlak... kita kena jaga ISLAM tau...
jom, kita jadi golongan yang saling berpesan-pesan dengan kebenaran, dan berpesan-pesan dengan kesabaran..

Selasa, 16 Jun 2009

UJIAN DARINYA....

hidup ini tak pernah menjanjikan kesenangan... sentiasa dihimpit dengan kesulitan dan cabaran dalam keadaan yang tak pernah kita duga..
kadang-kadang, ujian dari ALLAH tu tak datang dalam bentuk kesusahan, tapi dihadirkan dalam bentuk kesenangan.. yang bisa menghanyutkan kita, tanpa kita sedari...untuk topik kali ini, ana lebih suka mengaitkan dengan soal hati.
hati makhluk ciptaan ALLAH yang bergelar manusia, dianugerahkan ALLAH dengan berbagai perasaan yang sukar dimengerti..
"KASIH,SAYANG, CINTA"...
antara perasaan yang selalu merosakkan akidah dalam diam.. tanpa sedar, merosakkan diri...manusia kadang kala leka mengikut kata hati, menurut kehendak nafsu, hingga menggadaikan maruah diri, iman dan kewarasan aqal.. manusia seringkali lemas dalam lautan perasaan, akibat tidak dipandu dengan iman dan ketaqwaan kepadanNYA.. tapi apa yang merobek kewarasan fikiran, kenapa ia juga berlaku pada makhluk yang selayaknya diangkat sebagai orang yang mampu memimpin jemaah?kenapa begitu sukar untuk melawan kehendak hati? memang betul, nafsu tak boleh dilawan, juga tak boleh dilayan, tapi dididik perlu, diasuh mesti... hmmm, sukar untuk kita tafsirkan perasaan kurniaan ALLAH ni.. terlalu sukar... hati kecil seringkali menangis, kerana terjebak dengan semua ni...tak pernah ana jangkakan, bilamana sesuatu yang kita lakukan telah disalah erti, hingga mendatangkan fitnah kepada diri sendiri... bukan tak pernah mengelak, bahkan dah tak mampu rasanya menanggung semua ni..mujurlah diri ini masih diberi kekuatan dengan ayat2 dari Qalamullah: ALLAH tidak akan menguji hambaNYA kecuali dengan sesuatu yang sesuai dengan kemampuan diri hambaNYA...
Ya ALLAH, berikanlah kekuatan kepada kami untuk terus menghadapi semua ujian ini.. letakkan kami ditempat yang selayaknya disisimu ya ALLAH...

"SESUNGGUHNYA KAMI TELAH JADIKAN APA YANG ADA DI MUKA BUMI INI SEBAGAI PERHIASAN BAGINYA, KERANA KAMI HENDAK MENGUJI MEREKA, SIAPAKAH DIANTARANYA YANG LEBIH BAIK AMALNYA" - AL-KAHFI,AYAT 7....

Jumaat, 12 Jun 2009

bicara hati....


pertanyaan dari seorang insan yang baru kukenal...

"akak nak tanya adik akak yang berjiwa besar ni...."

"apa sumbangan adik pada ISLAM setakat ni?"

hmm, pertanyaan yang ringkas dan padat... mampu membuat ana termenung, berfikir... melayangkan fikiran, bertebar di awangan......hmmm, apa sebenarnya sumbanganku selama ini???

hidup sebagai seorang da'ei, adakah cukup untuk manjadikan ana sebagai seseorang yang memberi sumbangan kepada ISLAM? berjuang dalam saff siasah, adakah cukup untuk melabelkan ana sebagai orang yang memberi sumbangan kepada ISLAM?


tadi, ana berkesempatan untuk berbual panjang dengan seorang saudara baru di ofis ana.. pada asalnya, kami hanya bercerita tentang pengalaman yang dilalui beliau pada awal beliau memeluk ISLAM.. sememangnya banyak dugaan yang beliau hadapi termasuklah tentangan dari keluarganya, padahal umur beliau waktu memeluk ISLAM sudah menjangkau 24 tahun..umur yang boleh dikatakan matang untuk seorang anak adam membuat pilihan sendiri..

kemudian kami mula memanjangkan ruang lingkup bicara..Bila beliau mula menyatakan betapa dia merasa kecewa dengan sistem yang ada dinegara kita.. katanya, kebanyakan "pihak-pihak berwajib' yang bertanggungjawab menguruskan saudar-saudara baru ini hanya bertindak sekejap.. dan kemudian mula lepas tangan, membiarkan saudara-saudara baru yang BARU mengenal ISLAM ini menguruskan kehidupan sendiri.. kurang memberi bimbingan kepada orang yang sepatutnya menerima bimbingan dari "orang-orang lama dalam ISLAM" ni....memang betul ada kelas bimbingan, tapi adakah cukup sekadar menghadiri kelas semata-mata?? saudara-saudara baru ini mengharapkan sokongan dari masyarakat ISLAM... itulah luahan dari saudara ana tadi...ana terkesima.. ini bukan pertama kali ana mendengar luahan sebegini dari saudara baru, tapi sudah acapkali ana mendengar luahan yang hampir sama...walau dalam situasi dan ruang waktu yang berbeza... sebelum ni, saudara ana di kelantan, pernah meluahkan perasaan kecewa dan sedihnya pada ana... akibat dari perbuatan sesetengah manusia-manusia ISLAM ini...yang selalu menganggap diri sudah sempurna, amal dah lengkap, iman dah subur... ya ALLAH, betapa kejamnya makhluk ciptaanMU ini, sanggup menzalimi saudaranya sendiri...

duhai saudara seakidahku, kita berpaksi pada agama yang satu.. kenapa kita mudah menilai orang lain, sedangkan kita tahu, iman ni ibarat air pantai, ada masa pasang, ada masa ia surut...ada masa kita kuat, ada masanya kita lemah terkulai.. walau siapa pun kita...SEDAR ATAU TIDAK???

siapa kita untuk menidakkan hak saudara-saudara baru dalam ISLAM ni? siapa kita untuk terus menghukum mereka atas kesilapan yang mereka lakukan semasa masih belum menerima hidayah dariNYA? bagi ana, mereka yang mendapat hidayah dari ALLAH ni sebenarnya lebih mulia dari kita, yang hanya mewarisi agama ISLAM dari ibu bapa dan kuturunan kita.. sedangkan mereka diberikan hidayah terus dari ALLAH... mereka insan-insan terpilih.. ana sememangnya amat menghormati saudara baru ini, kerana mereka ibarat kain putih, bersih, suci... bagaikan bayi yang baru dilahirkan dari rahim seorang ibu.. sedangkan kita?? dah tercalit berjuta dosa, sejak mula akil baligh, kita dah mula menanggung sendiri semua dosa yangkita lakukan.. cubalah kira, secara zahirnya, berapa banyak dosa yang dah kita buat selama hayat ni? kalau nak dibandingkan saudara-saudara baru seislam kita yang baru sahaja dilahirkan tu?layakkah kita nak menghukum dia?

ya ALLAH, berikanlah kami taufiq wal hidayat...janganlah KAU bolak balikkan hati ini setelah KAU berikan hidayahMU kepada kami...

saudara seislam sekalian, ana cuma mampu berharap dan berpesan kepada diri ana, bahawa kita sepatutnya tidak lupa akan tanggungjawab kita terhadap sesama muslim.. saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran... bukan mudah untuk melakukan sesuatu kebaikan... memang ana tak nafikan, tapi, sekurang-kurangnya, cubalah mendorong diri untuk melakukan kebaikan.. pasangkan niat dalam hati.. suburkan semangat dakwah, agar hati tak kaku dan layu dari melakukan kebaikan..cubalah bantu saudara-saudara baru, setakat yang termampu.. mereka tak mengharapkan bantuan kewangan yang berjuta-juta, tapi, mereka mengharapkan sokongan dari kita.. itu sahaja.. cukuplah kalau kehadiran mereka dalam masyarakat disambut baik... antara kata-kata dari golongan saudara baru yang amat terkesan di hati ana..."janganlah fikir bahawa kami peluk ISLAM semata-mata kerana PERKAHWINAN, walaupun mungkin dalam nada bergurau tapi, bagi kami, ia adalah sesuatu yang sensitif.. kami pun ada perasaan.. kami cuma mengharapkan penerimaan dan sokongan dari Muslim yang lain"... jadi saudara-saudara semua, ingatlah, jangan terlalu cepat menghukum orang lain, dan jangan lancar menuturkan kata-kata kerana sepatah kata mampu membuatkan insan lain terluka... tuturkanlah kata-kata yang mampu memberikan ketenangan dan santapan rohani yang mampu menggembirakan orang lain... semoga kita semua ditetapkan iman..dan ditempatkan di tempat yang selayaknya di sisi ALLAH s.w.t...

RAISE ISLAM........

Rabu, 10 Jun 2009

bila Al-Quran mula bersuara....


Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku


Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....


(dipetik dari email seorang sahabat untuk perkongsian bersama)

Isnin, 8 Jun 2009

.. sekadar perkongsian....






Alhamdulillah, masih dikurniakan nikmat iman dan ISLAM.. dan masih ditetapkan kaki dan hati dalam perjuangan fisabilillah ini… alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada yang maha Esa kerana masih memberi kesempatan ini kepada diri hamba yang hina…

Pada tarikh 060609, ana telah berjaya menghadirkan diri ke Muktamar ke55, yang telah diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam… Alhamdulillah, walaupun pada awalnya, perancangan asal untuk bermalam di sana tidak dapat direalitikan dan terpaksa membatalkan perjalanan ke sana atas sebab-sebab tertentu, tapi, pada saat-saat akhir, ALLAH telah membuka ruang, peluang dan jalan untuk kami melangkah juga ke Shah Alam, walaupun hanya untuk sehari… Alhamdulillah..

Pertama kali melangkah kaki ke Stadium Malawati, memang pengalaman yang amat bermakna. Tambahan pula, kedatangan kali ini bukanlah hanya untuk cuci mata semata-mata, tetapi juga untuk menghadiri muktamar… Rekabentuk stadium yang ada iras dengan bangunan PICC, sememangnya akan sentiasa dalam ingatan… bila tengok bangunan ala-ala kepala Cobra di Putrajaya, pastinya kenangan menghadiri Muktamar ke 55 ini berlegar-legar di ruang ingatan…

Ana tak berminat untuk menceritakan apa yang berlaku di sana, kerana ana rasakan, ramai blogger yang telah menceritakan secara terperinci apa yang telah berlaku sepanjang Muktamar tersebut…

Tapi, apa yang lebih menarik minat ana untuk bercerita kali ini ialah, tentang pengalaman ana dalam perjalanan dari Stadium ke Stesen KTM Batu Tiga...

Keluar dari Stadium, ana telefon pak cik teksi yang hantar kami ke Stadium tadi.. “Maaf ye nak, Pak Cik dalam perjalanan balik kampung ni, tak dapat nak ambik kamu”… “Oh, takpelah pak cik.. hati-hati memandu… Assalamualaikum”… “Hmm, macam mana ni kak? Kita nak balik dengan apa? Macam susah je dapat teksi kat sini… Tadi lupa pulak nak mintak numb telefon teksi lain”… hehehe.. sabar je lah dengan diri sendiri…
“Takpe-takpe.. tunggu kejap lagi.. mesti ada teksi yang datang hantar orang ke Stadium ni. Akak nak pitam dah ni.. Kita duduk jap, boleh tak?”… alahai, kesiannya kakak sorang ni… Walaupun tau tak tahan panas, tapi semangat mujahadah seorang mujahidah memang tak boleh dinafi... Hebat…

“Hmm, akak duduk kat sini dulu ye.. Kat depan tu ada petugas unit amal, tak kira dah ni, walau apapun, dah nekad berani mati dah, nak gi tanya dia macam mana nak dapatkan teksi.. mana tau kalau-kalau dia ada numb teksi…” hehehe… kononnya berani sangat nak gi tanya sorang-sorang. Sampai dekat petugas tu, ana pusing semula… ish, tak leh jadi ni.. mana boleh muslimat jumpa muslimin sorang-sorang macam ni, walaupun tempat terbuka, tak elok… “Hmm, akak, meh la sini kejap… Kita tanya sama-sama. Malu la nak tanya sorang-sorang.. Hehehe…”

“Assalamualaikum.. Maaf ye, kami nak tanya, ada tak numb telefon teksi? Kalau tak ada, kami nak tahu, senang tak nak dapatkan teksi kat sini?”.. “Maaf ye, kami tak ada numb telefon teksi.. Tapi ada juga teksi yang masuk kat kawasan stadium ni.. Enti tunggu dulu, kalau ada teksi, ana panggil..””ok. terima kasih ye”…
Beberapa lama selepas tu, petugas unit amal tadi panggil kami.. “Rasanya better kalau enti tunggu teksi kat bus stop depan tu.. lagi senang dapat teksi.. tapi kena berjalan sikit la..”..ok, takpe.. terima kasih ye… berjalan sikit, tamrin ni…” baru beberapa belas langkah dari tempat kejadian, nampak sebuah teksi. Ada seorang penumpang barat baru saja keluar dari teksi tersebut.. ”hah, ada teksi.. cepat-cepat… nanti terlepas pulak.. nak balik jauh lagi ni…” “Pak Cik, tolong tahan teksi tu..” ana mintak tolong dari petugas unit amal yang jaga lalulintas.. “Wait.. Wait.. you have customer..” Wah, bagusnya orang barat ni.. tolong tahan teksi untuk kami…”Thank you mam””No problem”jawabnya ringkas… “Pak Cik, nak pergi stesen KTM Shah Alam..” “nak gi Stesen KTM Shah Alam ke Batu Tiga? Stesen Batu Tiga lagi dekat. “ok, tak kisahla pak cik.. “ bagus betul American tadi, sepatutnya kena bayar RM3, tapi dia bagi RM10.. orang kita susah nak jumpa macam tu, tapi, sayang, dia American..”kata Pak Cik teksi..
“Tak pe Pak Cik. Kita boleh doakan dia supaya sama-sama rasa nikmat ISLAM.. moga ALLAH beri hidayah pada dia untuk jadi sebahagian dari kita” “Ye nak.. Sebelum ni, pernah jugak ada orang Inggeris yang naik teksi pak cik ni.. Dia tanya pak cik tentang ISLAM.. Nasib baiklah pak cik boleh jawab apa yang dia tanya.” “Hmm, sebenarnya, antara perkara yang saya kagum dengan orang Inggeris ni, mereka suka bertanya.. They curious for knowledge.. bagi mereka, ilmu amat bermakna, dan penting. Sebab tu mereka lebih bersikap terbuka, dan pandai ambik peluang. Bukan setakat orang Inggeris je, bahkan penganut-penganut agama lain. Dengan sikap macam tu lah, ALLAH buka pintu hati untuk kenal ISLAM.” “Betul tu.. Ramai dah orang agama lain yang masuk ISLAM, tapi yang ISLAM sendiri, nak cari yang lain.. Hai, dunia sekarang. Tapi, agama lain pun kena tengok juga cara hidup. Kalau dah selalu dengan arak, betina, judi, susah jugak nak berubah, kan?”…… hmm, pak cik, hidayah tu milik ALLAH, kalau ALLAH nak bagi, tak ada siapa boleh haling, walau seteruk mana pun kehidupan dia…. Tapi kata-kata terakhir ni hanya dalam hati kecilku saja.. tak terzahir, kerana fikiranku masih memikirkan tentang kebenaran kata-kata pak cik tadi…

Ramai penganut agama lain yang berpusu-pusu menyerah diri kepada agama ALLAH, tapi, orang ISLAM yang dah dilahirkan dengan fitrah ISLAM??? Adakah cukup Islam sebagai adat? Atau ISLAM pada nama sahaja? Rabiatul Adawiyah, nickname : RUBY… Nur Batrisya, nickname : Betty.. astaghfirullahala’zim.. nama yang begitu indah, tapi, mendapat gelaran sebegitu.. layakkah??? Ana pernah juga terbaca di pintu tandas sebuah masjid, ada insan yang telah mencatatkan sesuatu di pintu tandas tersebut.. walaupun perkara tu kurang elok, tapi ana tertarik dengan apa yang disampaikan… : “Melayu tak semestinya ISLAM dan ISLAM tak semestinya melayu”.

Memang sekarang, perkara tu dah jadi reality, melihat melayu yang dah tak ada rupa melayu.. budaya meniru-niru bangsa lain, menjadikan melayu makin hanyut… Tindik hidung, kelopak mata, kening, pusat… hmm, kalau boleh, seluruh badan nak ditindik.. Ya ALLAH, seksanya… tak sanggup rasanya tengok makhluk-makhluk Allah ni menyeksa diri.. Bila berjalan di pasaraya atau tempat-tempat awam, hati menangis melihat keadaan sekeliling. Sedih dengan apa yang berlaku sekarang.. Kalau ada sesiapa yang pernah berkata, “ kalau berjalan di Bandar Kuala Lumpur dan tempat lain sekarang, kita pulak yang jadi tourist..” ana pulak nak cakap “ kalau berjalan di Malaysia sekarang, kita je Melayu”… hmmm
kata-kata hang tuah masih berlegar di merata-rata : takkan melayu hilang didunia.. tapi sejauh mana kita dapat pertahankan semua tu? Kita sendiri dah hilang identity… dunia memang dah akhir zaman.. masyarakat dah tak tentu arah, hilang pedoman.. kemana perginya nilai ISLAM yang sepatutya diserap dalam sistem sekarang? Sepatutnya ISLAM disemai dalam adat, menobatkan ISLAM sebagai cara hidup yang syumul, adat yang sedia ada pula, ditapis dan diperincikan supaya menepati kehendak syariat... barulah kita boleh guna peribahasa "biar mati anak, jangan mati adat" sebab kita memang nak pertahankan ISLAM yang dah memang sebati dalam diri masyarakat kita... tapi, jangan pula lupa, tanggungjawab mendidik kemudian menegur, dan perbaiki... sebelum pulaukan apa yang silap.... tapi, kenapa sampai sekarang kita tak mampu nak realitikan semua ni? Siapa yang patut dipersalahkan?

Tapi ingatlah saudara-saudaraku sekalian………..Sampai bila nak harapkan orang lain? Sampai bila nak salahkan orang? Bila kita sendiri nak memulakan langkah? Hmm, di sinilah perjuangan bermula.. Amanah sebagai khalifah, sebagai daei… menyampaikan dan mengajak masyarakat menegakkan kema’rufan, tinggalkan kemungkaran…Kita perlu bangkit, tegakkan daulah.. pimpin ummah... ayuh, bangkitlah... kita jadi golongan yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran....













muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers