Rezeki

Jumaat, 8 Mei 2009

hidup ini...




alhamdulillah, masih dikurniakan nikmat iman dan ISLAM serta diiringi perjuangan fisabilillah... indahnya hidup jika segalanya kerana ALLAH...


sahabat seperjuangan... hidup memang tak selalunya indah... hari-hari yang berlalu tak pernah sama.. ada masa hujan turun membasahi bumi, ada masa matahari memancar dengan megahnya, ada masa mendung, redup dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa...pelbagai situasi dalam waktu dan masa yang berbeza... begitu juga dengan hidup kita.. ada masa, kita gembira, teramat gembira... ada masa, kita sedih, bercampur marah...ada masa kita kecewa, bercampur pilu..pelbagai watak berbeza pendapat..terfikirkah kita.. adakah apa yang kita fikirkan sama dengan hakikat yang sebenarnya? adakah pemahaman kita sama dengan apa yang sepatutnya kita faham?apa yang ana cuba sampaikan dalam post kali ni? izinkan ana meneruskan luahan, moga tercapai mesej yang ana cuba sampaikan......


"kan bagus, kalau dalam hati ada cinta"....ingat lagi dialog ellie suriati dalam salah satu drama lakonannya? berkisar tentang cinta, kasih dan sayang.. seingat ana, sejak ana berkawan dengan televisyen(TV), seringkali rancangan-rancangan berunsur cinta ini mewarnai skrin TV.. drama latin seperti rosalinda, yang bisa memikat hati penonton pelbagai lapisan masyarakat...juga berunsurkan cinta, kasih dan sayang...kalau tonton cerita-cerita sebegini, ana pasti penonton-penonton setia rancangan ini, semuanya boleh menang anugerah pe'NANGIS' terbaik.. yelah, bila tengok babak-babak perpisahan antara romeo dan juliet, penonton yang ter'OVER' sedih..hmmm, kuat betul pengaruh CINTA, KASIH dan SAYANG ni ye...


ana teringat 1 mesej yang pernah ana terima:


"TIDAK AKAN MASUK SYURGA SELAIN PENGASIH..BUKAN PENGASIH ORANG YANG MENGASIHI DIRINYA SAHAJA, TETAPI PENGASIH ITU ADALAH ORANG YANG MENYAYANGI ORANG LAIN SEPERTI MENYAYANGI DIRINYA SENDIRI"




ALLAHUAKBAR!!! betapa besarnya kelebihan CINTA, KASIH dan SAYANG ni... ana pun nak masuk syurga.. maknanya, ana juga perlu mengasihi, menyayangi dan menyintai orang lain sepertimana ana menyayangi, mengasihi dan menyintai diri sendiri...sebab ia salah satu syarat untuk kita masuk syurga...hmm, macam mana nak kasihkan orang, sayangkan orang, cintakan orang??? sekiranya seorang gadis menyayangi seorang teruna, adakah gadis itu perlu menyerahkan segala-galanya kepada teruna tersebut?? sebagai tanda sayang dia pada si teruna? dan sekiranya seorang teruna mengasihi si gadis, adakah dia perlu berjalan sambil memimpin tangan si gadis sebagai tanda dia mengambil berat dan kasihnya pada si gadis?? itukah yang perlu dilakukan?? SEDAR ATAU TIDAK??? sebenarnya CINTA, KASIH DAN SAYANG yang kita tunjukkan sekarang sebenarnya menunjukkan bahawa kita memusuhi orang yang kita sayang!!! kita dah TEMPAH tiket ke neraka, tempat yang paling buruk!!! kita sebenarnya membawa orang yang kita sayang ke lembah kebinasaan!!! SEDAR TAK??? adakah ini yang kita mahukan?? tahukah kamu wahai gadis, puteri pengarang jantung, hiasan terindah di dunia..."SEORANG WANITA YANG MASUK KE NERAKA, AKAN MEMBAWA 4 LELAKI BERSAMANYA..IAITU : 1) AYAH 2)SUAMI 3) ADIK BERADIK LELAKI 4) DATUK..."


ya ALLAH, kesemua itu adalah orang-orang yang kita sayang..kita kasih..dan kita cinta... mana mungkin kita sanggup membiarkan mereka terjerumus ke lembah kebinasaan hanya kerana KITA(seorang wanita yang lemah, yang sentiasa memerlukan perhatian, yang sentiasa perlukan bimbingan..)


WAHAI WANITA SOLEHAH, ana tahu, kita sebenarnya tidak pernah terniat untuk menyusahkan sesiapa..jauh sekali untuk mengheret insan2 kesayangan kita ke neraka jahanam..dan kita masih boleh betulkan semua itu.. insaflahlah duhai teman, kembalilah kepada yang maha kuasa.. DIA maha penerima taubat..masih belum terlambat.. ayuh, kita mulakan langkah, berpimpin tangan menuju jannah...Ana mengasihi, menyayangi dan menyintai kalian.. ana nasihatkan diri ana sendiri, dan ingin dikongsi bersama insan-insan kesayangan ana, jagalah diri, hiasi peribadi, ringankan badan membuat ibadat..ISLAM itu mudah, lagi indah..ISLAM juga penyayang, penuh kasih sayang..


sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang..


"DAN KATAKANLAH KEPADA PARA PEREMPUAN YANG BERIMAN, AGAR MEREKA MENJAGA PANDANGANNYA, DAN MEMELIHARA KEMALUANNYA, DAN JANGANLAH MENAMPAKKAN PERHIASAN(AURATNYA), KECUALI YANG (BIASA)TERLIHAT. DAN HENDAKLAH MEREKA MENUTUPKAN KAIN KERUDUNG KE DADANYA, DAN JANGANLAH MENAMPAKKAN PERHIASANNYA (KECUALI) KEPADA SUAMI MEREKA, ATAU AYAH MEREKA, ATAU AYAH SUAMI MEREKA, ATAU PUTERA2 MEREKA, ATAU PUTERA2 SUAMI MEREKA, ATAU SAUDARA2 LELAKI MEREKA, ATAU PUTERA2 SAUDARA LELAKI MEREKA, ATAU PUTERA2 SAUDARA PEREMPUAN MEREKA, ATAU PARA PEREMPUAN (SESAMA ISLAM) MEREKA ATAU HAMBA SAHAYA YANG MEREKA MILIKI, ATAU PARA PELAYAN LELAKI (TUA) YANG TIDAK MEMPUNYAI KEINGINAN (TERHADAP PEREMPUAN) ATAU ANAK2 YANG BELUM MENGERTI TENTANG AURAT PEREMPUAN. DAN JANGANLAH MEREKA MENGHENTAKKAN KAKINYA AGAR DIKETAHUI PERHIASAN YANG MEREKA SEMBUNYIKAN. DAN BERTAUBATLAH KAMU SEMUA KEPADA ALLAH, WAHAI ORANG2 YANG BERIMAN, AGAR KAMU BERUNTUNG"(AN-NUR, 31)

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers