Rezeki

Selasa, 30 Oktober 2012

Ilham dan Makanan :)

Assalamua'laikum.

Ibu masih terawang-awang di udara.;p. Mahu menaip, tapi, ideanya asyik lari. Datang bertandang sekejap, terus berlari kencang.

Belek-belek buku masakan untuk Ilham. :). Mehla kita kongsi sama-sama. :)

Alhamdulillahm sekarang Ilham dah mula makan. Masa umur Ilham lebih kurang 4 bulan, ibu dah mula kumpulkan maklumat/input tentang 'first solid food' untuk Ilham.

Iyalah, setiap orang mahukan yang terbaik untuk anak mereka, kan? Lebih-lebih lagi kalau boleh bagi orang-orang tersayang merasa air tangan sendiri. Bahagia!

Sebagaimana dimaklumkan sebelum ni, makanan pertama yang diperkenalkan kepada Ilham, ialah Bubur Nasi kosong. :). Sehari sekali masak. Blend nasi tu lebih kurang 2 sudu, sedikit air. Siap, suapkan Ilham. Alhamdulillah, Ilham nak makan. Hehe. Lama-lama, Ilham begitu berminat dengan bubur tersebut. Nampak je kami bawak mangkuk comel warna biru tu, terus pandang macam nak ngap.;p

Ibu suka! Sambil suap, cakap pada Ilham : "Ilham, ni baru bubur kosong.. Kalaulah Ilham tahu betapa sedapnya makanan yang lain..Hehe";p

Semoga apa yang kami berikan kepada anak kami, menyihatkan badan Ilham, membantu Ilham membesar sebagai hambaNya yang bertaqwa. :)

Lupa pulak bila tarikhnya, kami cuba bagi puree lobak merah / carot. Tak tahu kenapa, Ilham asyik buang angin je. ;p. Pelawas kot. Bila tepuk-tepuk perot dia, tak de bunyi macam kembung. Dia pun happy je, macam biasa. Cuma buang angin lebih dari kebiasaan. :p

Teringin nak bagi puree epal. Dah beli, sekali rasa, masam la pula. So, tak jadi lah nak bagi.

Masa mula-mula nak ajar ayah Ilham bagi makan pada anaknya, kami gunakan nestum cerelac. Kesian pulak kat ayah Ilham nak masak bubur semua. Makan sendiri pun tak sempat, inikan pula nak basuh beras, masak sampai jadi bubur. Kang terlupa tutup api, hangit pulak. ;D . (Kami guna periuk biasa, masak atas dapur je :) )

Bila ibu ada kat rumah, senang la nak bagi makan bubur. Kalau Ilham duk dengan ayah, makan Nestum. :D. Kadang-kadang ayah suapkan juga roti. huhu

Kadang-kadang, blend jugak carot dengan bubur tu, bagi Ilham makan. :). Ok sikit, tak kerap sangat buang angin macam masa makan puree carot.

Semalam, bagi puree epal. Hehe. Manis yang ada masam sikit. Tak la terasa sangat masamnya. Muka Ilham nampak lain sikit mulanya. Tak pernah rasa, kan. Lepas suapan kedua, terus duduk depan. Hehe. Comel! Tak bagi banyak pon, nak bagi rasa je dulu. Biasanya epal di pasar malam lebih manis. Hmm, kena p cari nampaknya ni. Nak bagi Ilham rasa lagi. :)

Selalu bersemangat nak pergi cari buah-buah untuk Ilham, tap semangat tinggal semangat je. ;p. Adeh, kalut sebab sekarang musim hujan. Nak pergi tempat lain, susah sikit.

Ada ubi kentang kat rumah. Hmm, boleh ke bagi makan ni? Takut angin je. Kembung perut nanti. Sebab ibunya memang tak berapa boleh makan sangat ubi kentang ni. Sakit urat. Uhuk. Tapi, macam best je kan, Ilham? Kita cubalah ya. :)

***



Berdasarkan apa yang ditulis dalam buku "Nutritionists' Choice Cookbook" ni, turutan pemakanan awal bagi bayi bermula dengan makanan berasaskan bijirin (bubur nasi kemudian diikuti bijirin lain), disusuli buah-buahan dan sayuran, akhir sekali, daging.

Untuk bayi berusia 6-8 bulan, buah-buahan yang sesuai ialah epal, pisang, pear dan prun.

Kalau sayur pulak, kacang hijau, labu, keledek, tomato, lobak merah, kacang pis.

Tekstur makanan (cara sedia) : makanan perlu cair. Dalam bentuk puree, dikisar, lenyek.

Haa, ini panduan pengenalan makanan untuk bayi. :D. Apapun, terpulanglah pada kita semua.

Kalau yang bekerja, kadang-kadang tak mampu nak buat bubur. Bolehla bagi anak-anak makan mana-mana yang termampu. :). Ada yang simpan puri dalam peti ais. Ana sendiri belum cuba lagi. Selalu baca cara penyediaan. Tapi entahla, tak terbuat. Huhu. Selalu balik rumah, letak periuk makanan Ilham atas dapur, tunggu sejuk, blend, dalam pukul 8, Ilham boleh makan. :D. Kalau tak berapa nak rajin, memang makan nestum la Ilham. Ni nak balik cuti, berkira-kira lagi, macam mana nak sediakan makanan untuk Ilham masa kat kampung nanti. Semoga ALLAH permudahkan. Haih, nak beli blender philips yang kecik comel tu! Sapa nak sponsor pulak ni? ;p. Hehe

Ok lah. Semoga ada manfaatnya. :)

wassalam

Isnin, 29 Oktober 2012

Eid Adha; Catatan Kami

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Masih dalam mood raya? :)

Semoga sihat-sihat semuanya ya. Jangan lupa kawal makan, banyak makan daging, nanti kena darah tinggi pula. :). Sup gear box pun kurangkan ya. Banyak lemak, minyak, kolestrol. Huhu.

Kami, sepertimana yang telah dimaklumkan sebelum ini, kami beraya di sini. Hari Khamis, ke Mydin, beli barang untuk masak. Orang tak ramai sangat. Jalan dah terasa lengang sedikit.

Pagi Jumaat, alhamdulillah, Eid Adha tiba. Sibuk menyiapkan diri untuk ke surau. Budak tecik tu bangun lambat! Hehe. Pukul 7.30 masih tidur dengan lena. Bergolek-golek atas tilam, sambung lagi tidur atas bantal ibu. Uhuk, Ilham. Kamu sangat comel! Hehe.

Lebih kurang jam 8.15 pagi, kami bergerak ke Surau. Saff muslimin, dalam 4 line. Saff muslimat, 1 line penuh dan beberapa orang di line kedua. Alhamdulillah. ALLAh bagi peluang untuk turut berhimpun di dalam rumahNya. Doa, doa, doa. Moga bakal menjadi tetamu ke tanah suci suatu hari nanti.

Selesai mendengar khutbah, kami beransur pulang. Zauji tukar pakaian lain sebelum ke tempat penyembelihan korban. Tak sabar! Tapi, nampaknya tak ada rezeki nak tengok live tahun ni. Sebab, bila sampai ke destinasi, kami terpaksa pulang semula ke rumah. Ada beg yang tertinggal di petak parking. Dalam tu ada bantal Ilham dan wallet Zauji. 40 minit duk ulang alik atas jalan saja. :). Sampai di surau, orang dah siap lapah kulit lembu. Ana dan Ilham, tolong tengok orang buat kerja dari atas surau saja, sementara menunggu kaum muslimin siap potong daging. Lebih kurang jam 2.30 petang, selepas semua muslimin balik dari solat Jumaat, jamuan diadakan. Ada sup tulang, kerabu perut. Sedap! :). Seronok makan ramai-ramai. Teringat kat kampung lama. :).

Ilham, suka sangat la duk dalam surau tu. Luas. Boleh merangkak dengan gembira. Tak jatuh pun. :)

Lebih kurang jam 3 petang, kami balik. Rutin macam biasa. Tak rasa macam raya dah. :p. Tengok tempat parking kat depan blok lain, kosong. :)

Hari kedua raya, kami ke Puchong. Ada jualan gudang peralatan kanak-kanak/bayi jenama My Dear. Pusing-pusing, tak jumpa tempat yang dicari. GPS zauji pun tak boleh nak membantu. Setelah lebih kurang 1 jam lebih, akhirnya sampai juga. Tak ramai sangat orang masa tu. Boleh memilih dengan suka hati.;p Rambang mata dibuatnya. :). Dapat beli safety gate yang dicari dengan harga yang murah. Alhamdulillah. Terima kasih. Hajat di hati nak pergi lagi. Looking for another Safety Gate. :). Jimat lebih kurang Rm50 untuk setiap safety gate.

Raya ketiga. Hanya berada di rumah. Menghabiskan cuti-cuti terakhir bersama keluarga. :). Alhamdulillah.

Hari ni, dah mula bekerja. Macam biasa. Perasaan? Macam biasa juga. Hehe. Cuma, tak sabar nak balik kampung 10 hb nanti. :). Rindunya nak tengok wajah-wajah kesayangan. Hampir 17 tahun duk tengok muka mereka. Habis SPM, mula melangkah keluar dari rumah. Jauh, dan semakin jauh. Nasib baik dalam semenanjung lagi. Hehe. Pernah juga terfikir masa dapat penempatan kerja dulu. Betapa melonjaknya perasaan ni nak merasa berada di Sabah Sarawak! :p. Tapi, nasib baik la tak jadi pergi. Mesti rindu bukan main kat kampung halaman, lebih dari sekarang. :D

***

Sepanjang hayat kita, banyak yang telah kita korbankan. Masa, wang, tenaga. Namun, tak semuanya dikorbankan untuk perkara yang sepatutnya. Banyak terkorban untuk perkara sia-sia. Lebih sedih, kalau ada yang telah mengorbankan maruah, diri kerana tertipu dengan keseronokan dunia yang palsu ni.

Ibu Bapa. Pengorbanan mereka tak dapat kita balas. Tak pernah mereka minta balasan dari kita. Semuanya lahir dari hati yang tulus suci.



Rabu, 24 Oktober 2012

Mood : Masak-Masak :)

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, syukur padaNya, masih izinkan kita meneruskan kehidupan. Semoga perjalanan hidup kita semua dipermudahkan, :)

Hari ni, sekadarnya sahaja. :). Ramai yang dah mula bercuti. Kami, seperti mana raya I'dul fitri yang lalu, masih setia disini. Bertabah demi cuti yang lebih baik. Hehe. Tentang raya, memang kalau boleh nak balik duk berhimpun ramai-ramai. Tapi, disebabkan cuti yang tak berapa nak ada. Simpan 2 hari untuk kes-kes kecemasan. Dan lagi 3 hari, kami guna untuk balik kampung 10-18 November nanti.

Balik jarang-jarang, kenalah merancang cuti dengan penuh hemah. :). Kebetulan di Kelantan, memang cuti panjang juga minggu tu. 2 hari cuti hari keputeraan, 1 hari cuti Deepavali, 1 hari cuti Awal Muharram. Makanya hanya sehari sahaja orang bekerja. Wahh, menarik! Hehe. Maka, tak salah rasanya balik pada minggu tersebut. Semua ada kat rumah. :). Dibahagikan kepada dua, maka, rumah Kuala Krai dapat 4 hari, rumah Kota Bharu dapat 4 hari. Ok lah tu kan? ;) Biar dua-dua keluarga puas hati main dengan Ilham yang sedang membesar dengan jayanya tu.;p.

~ suka sangat boleh berdiri macam ni. Kena perhati betul-betul. Kalau tak, boleh dengar orang tu menangis sekuat hati, sebab jatuh. Huhu. Bila dah berdiri, mulalah dia lupa yang dia tak pandai lagi. Tapi sibuk nak lepaskan tangan. ;p~


Sekarang, Ilham dah tahu jalan nak pergi dapur, nak masuk bilik. Makanya, kerja kami sekarang, mengutip Ilham. Hehe. Tengah kumpul duit nak beli 'safety gate' ni. Bahaya kalau tengah masak, dia tiba-tiba ada kat pintu masuk dapur. Huhu. Ke Acik Isma nak sponsor?? ;p. Hehe.

Okeh, tajuk di atas tu masak-masak. Termelalut pulak ibu Ilham nih.

Menu hari ni : Ayam masak kicap. ;p

Walaupun ada orang yang akan cakap tak menarik langsung sebab lauk biasa, bukan resepi nasi arab ke apa, tapi, tetap jugak nak letak kat sini. Hehe.. Sebab, rasa macam sangat senang nak buat ayam masak kicap ni. Tambahan pula, rasa sangat bahagia bila tahu masak lauk ni, sebelum ni tak pernah terfikir boleh pandai masak lauk gini..hehe

Moh, tengok resepi. Tapi kan, tak tahu kuantiti, sebab selalu agak-agak je. ;)
Kalau nak masak nanti, pandai-pandai lah sukat ikut citarasa masing-masing ye. :) . Ini guna ikut yang ana guna semalam ye.

Bahan-bahan:
~ 4 biji Bawang putih
~ 1 biji Bawang besar
~ 1 biji cili merah
~ 2 inci Halia
~ 1 biji Tomato
~ 3 sudu kicap masin
~ 3 sudu Kicap manis
~ 4 sudu Sos Tomato
~  1/2 cawan Air
~ 1/2 Ayam

1) Tumiskan bawang putih, bawang besar, cili merah, halia yang telah dihiris nipis. Bawang besar tu kalau guna 1 biji, bahagikan kepada 2. Tumis separuh je.

2) Bila dah naik bau, masukkan ayam yang dah dipotong kecil. Sampai ayam dah nampak putih (masak), masukkan kicap masin, kicap manis, sos tomato. Gaul rata. Masukkan sedikit air (kami suka makan kuah banyak, jadi air tu banyak. Kalau tak nak kuah sangat, tak masukkan air pun tak pa).

3) Bila dah nampak macam nak mendidih, masukkan baki bawang besar tadi. dan hirisan tomato. Gaul lagi.

4) Agak-agak dah masak, dah mendidih lama, boleh tutup api. Dan sedia untuk dihidangkan. :)

nota : kuantiti kicap masin, kicap manis n sos tomato tu agak-agak je. Sebab masa masak, ana tak guna pun sudu nak menyukat. Terus tuang dari botol..hehe..

Resepi ni sangat mudah, sebab tak payah duk kalut nak letak serbuk perasa, garam ke apa. Sebab dah cukup dengan kicap, dan sos tu semua. :)

Alhamdulillah. Bahagia bila masak sendiri, dan boleh tengok keluarga makan air tangan kita sama-sama. :).

Masa masak ni, Ilham duk kalut nak berdukung. Huhu. So, ayah Ilham yang tolong siapkan bahan. Ibu Ilham campak-campak je dalam kuali. ;p. Bila semua orang dah masuk dapur, pastinya meriah la. Dengan suara Ilham yang sibuk nak tengok apa yang ayah dia buat, lepas tu bila bagi ayah dia dukung, sibuk pulak nak pegang ibu, sebab tak puas hati nak tengok apa ibu masak. Hehe. Ibu masak lauk banyak, tapi, Ilham makan nasi kosong je. ;p

Ok, nak berhenti dah. Kepada yang sudi mencuba, silalah cuba dengan jayanya. Nak masak ni senang je. Kalau tahu bahan-bahan dia, tak perlu nak ikut step sangat. Agak-agak je kuantiti, pastu masukkan dalam kuali, siap. ;p.

Wassalam

~ rindu Ilham masa kecik-kecik dulu..hehe.. ;p ~




Selasa, 23 Oktober 2012

Doa untuk Mereka

Assalamua'laikum


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan meneruskan kehidupan. :)

Semoga setiap hela nafas kita diredhaiNya.

***

Hari ni, ALLAH bagi peluang bertemu dengan sahabat.
Seorang ibu muda yang baru sahaja kematian suami.

Setelah 3 tahun menanti anugerah dari ALLAH, lahirlah seorang putera yang sangat comel.
Baru 2 minggu lahir ke dunia, suami sahabat tadi meninggal dunia.

ALLAHu ALLAH.

Pertama kali bertemu dengan sahabat tadi selepas 6 bulan.
Senyuman sentiasa mekar menghiasi wajahnya.
Masih seperti dulu.
Namun, di dalam hatinya, hanya ALLAH yang maha Mengetahui.

Semoga ALLAH terus memberi kekuatan dan kesabaran kepada beliau.
Dalam membesarkan anak sendirian, menjalani kehidupan seharian.

Terkenangkan anak buah di kampung.
10 tahun berlalu, tanpa lelaki bergelar bapa di sisi.
Teringat kenangan yang meruntun hati:
"Suwa, abe ami kena buat karangan. Tajuk dia "Bapa Saya". Macam mana nak tulis ye? Abe Ami tak tahu nak tulis apa pasal abah."
Air mata terus bergenang. Lidah kelu.
Waktu tu, usia anak buah 9 tahun.
Bila anak buah balik dari sekolah keesokan harinya,
dia terus cerita.
"Abe Ami tulis abah abe Ami kerja Askar. Jepun tembak. Sebab tu abah dah tak ada"
Air mata mengalir lagi.

Anak sahabat tadi, baru masuk 2 bulan.
Kecil, comel.
Bila tengok wajah anak sahabat tadi,
teringatkan anak-anak buah yang berempat tu.
Nasib mereka sama.

Terus berdoa.
Semoga mereka semua dilimpahi rahmat yang Esa.

Nasib kita, belum pasti bagaimana akhirnya...

***

Al-fatihah buat allahyarham Kamarul Azlan bin Ahamed Kamal.
Dan tak lupa, ayah tersayang, Omar bin Arsad.
Moga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Aminn

Isnin, 22 Oktober 2012

Berbahagialah Dengan Bahagian Masing-masing

Assalamua'laikum. :)

Moga dalam dakapan iman semuanya.

Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan kita semua meneruskan perjalanan. Rentak dan irama yang sentiasa berlainan, menambahkan keindahan dalam gubahan kehidupan.

Kadang-kadang, menarikan jemari di atas keyboard, tanpa hala tuju. Kadang-kadang cari barang, kadang-kadang cari bahan. Selain siapkan tugasan dan kerja seharian.

Buka, baca, ambil iktibar.

Selalu juga terasa nak menyelit dalam ruangan komen, tapi kerapkali membiarkan saja. "Silent Reader"

Banyak blog yang selalu jadi pilihan. Tentang kesihatan, anak-anak, keluarga, agama, kerja. Semuanya menarik perhatian. :).

Yang mana elok, dijadikan panduan. Yang tak elok, kita tapis, jadikan sempadan. Bukankah pilihan itu di tangan kita? ALLAh kurniakan akal, moga digunakan sebaik-baiknya.

Setiap orang, ada bahagian masing-masing.
Ada yang kelihatan sangat gembira, siapa tahu dalam hati mereka penuh nestapa?
Ada yang nampak derita, tapi mereka sebenarnya bahagia.
Ada yang tak punya wang, tapi mereka sentiasa gembira.
Ada yang tak cukup anggota, tapi ALLAH kurniakan kelebihan yang tak ada pada orang yang sempurna sifatnya.
Bila kita tengok orang lain tak buat sama macam kita, terus dicemuh.
Bila orang lain lebih dari kita, terus dicemburui.
Bila orang lain kurang dari kita, terus dihina.

Mengapa ya?

Sedangkan ALLAH telah aturkan yang terbaik buat semua.
Setiap makhluk itu PASTI ada lebih dan kurangnya.
Jangan kita merasa bangga dengan apa yang ALLAH berikan pada kita, kerana sekelip mata ALLAH boleh tarik semuanya.
Jangan kita merasa lemah dengan apa yang ALLAH aturkan, kerana DIA boleh bagi apa-apa pada bila-bila masa sahaja. :)

ALLAH tahu apa yang kita perlukan.
Jika ada yang kita minta, tapi ALLAH tak bagi, jangan pula kita merasa bosan meminta dari ALLAH.
Ada kalanya apa yang kita mahukan, tak semestinya diperlukan.
Bersyukurlah dengan apa yang ALLAH berikan pada kita.
Mungkin pada awalnya kita tak nampak kebaikan/kegunaan pemberian ALLAH tu. Tapi pada masa yang lain, kita akan bersyukur dengan apa yang ALLAH aturkan pada kita. ALLAH HANYA BERIKAN YANG TERBAIK!

Alhamdulillah



Wassalam

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers