Rezeki

Rabu, 24 Oktober 2012

Mood : Masak-Masak :)

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, syukur padaNya, masih izinkan kita meneruskan kehidupan. Semoga perjalanan hidup kita semua dipermudahkan, :)

Hari ni, sekadarnya sahaja. :). Ramai yang dah mula bercuti. Kami, seperti mana raya I'dul fitri yang lalu, masih setia disini. Bertabah demi cuti yang lebih baik. Hehe. Tentang raya, memang kalau boleh nak balik duk berhimpun ramai-ramai. Tapi, disebabkan cuti yang tak berapa nak ada. Simpan 2 hari untuk kes-kes kecemasan. Dan lagi 3 hari, kami guna untuk balik kampung 10-18 November nanti.

Balik jarang-jarang, kenalah merancang cuti dengan penuh hemah. :). Kebetulan di Kelantan, memang cuti panjang juga minggu tu. 2 hari cuti hari keputeraan, 1 hari cuti Deepavali, 1 hari cuti Awal Muharram. Makanya hanya sehari sahaja orang bekerja. Wahh, menarik! Hehe. Maka, tak salah rasanya balik pada minggu tersebut. Semua ada kat rumah. :). Dibahagikan kepada dua, maka, rumah Kuala Krai dapat 4 hari, rumah Kota Bharu dapat 4 hari. Ok lah tu kan? ;) Biar dua-dua keluarga puas hati main dengan Ilham yang sedang membesar dengan jayanya tu.;p.

~ suka sangat boleh berdiri macam ni. Kena perhati betul-betul. Kalau tak, boleh dengar orang tu menangis sekuat hati, sebab jatuh. Huhu. Bila dah berdiri, mulalah dia lupa yang dia tak pandai lagi. Tapi sibuk nak lepaskan tangan. ;p~


Sekarang, Ilham dah tahu jalan nak pergi dapur, nak masuk bilik. Makanya, kerja kami sekarang, mengutip Ilham. Hehe. Tengah kumpul duit nak beli 'safety gate' ni. Bahaya kalau tengah masak, dia tiba-tiba ada kat pintu masuk dapur. Huhu. Ke Acik Isma nak sponsor?? ;p. Hehe.

Okeh, tajuk di atas tu masak-masak. Termelalut pulak ibu Ilham nih.

Menu hari ni : Ayam masak kicap. ;p

Walaupun ada orang yang akan cakap tak menarik langsung sebab lauk biasa, bukan resepi nasi arab ke apa, tapi, tetap jugak nak letak kat sini. Hehe.. Sebab, rasa macam sangat senang nak buat ayam masak kicap ni. Tambahan pula, rasa sangat bahagia bila tahu masak lauk ni, sebelum ni tak pernah terfikir boleh pandai masak lauk gini..hehe

Moh, tengok resepi. Tapi kan, tak tahu kuantiti, sebab selalu agak-agak je. ;)
Kalau nak masak nanti, pandai-pandai lah sukat ikut citarasa masing-masing ye. :) . Ini guna ikut yang ana guna semalam ye.

Bahan-bahan:
~ 4 biji Bawang putih
~ 1 biji Bawang besar
~ 1 biji cili merah
~ 2 inci Halia
~ 1 biji Tomato
~ 3 sudu kicap masin
~ 3 sudu Kicap manis
~ 4 sudu Sos Tomato
~  1/2 cawan Air
~ 1/2 Ayam

1) Tumiskan bawang putih, bawang besar, cili merah, halia yang telah dihiris nipis. Bawang besar tu kalau guna 1 biji, bahagikan kepada 2. Tumis separuh je.

2) Bila dah naik bau, masukkan ayam yang dah dipotong kecil. Sampai ayam dah nampak putih (masak), masukkan kicap masin, kicap manis, sos tomato. Gaul rata. Masukkan sedikit air (kami suka makan kuah banyak, jadi air tu banyak. Kalau tak nak kuah sangat, tak masukkan air pun tak pa).

3) Bila dah nampak macam nak mendidih, masukkan baki bawang besar tadi. dan hirisan tomato. Gaul lagi.

4) Agak-agak dah masak, dah mendidih lama, boleh tutup api. Dan sedia untuk dihidangkan. :)

nota : kuantiti kicap masin, kicap manis n sos tomato tu agak-agak je. Sebab masa masak, ana tak guna pun sudu nak menyukat. Terus tuang dari botol..hehe..

Resepi ni sangat mudah, sebab tak payah duk kalut nak letak serbuk perasa, garam ke apa. Sebab dah cukup dengan kicap, dan sos tu semua. :)

Alhamdulillah. Bahagia bila masak sendiri, dan boleh tengok keluarga makan air tangan kita sama-sama. :).

Masa masak ni, Ilham duk kalut nak berdukung. Huhu. So, ayah Ilham yang tolong siapkan bahan. Ibu Ilham campak-campak je dalam kuali. ;p. Bila semua orang dah masuk dapur, pastinya meriah la. Dengan suara Ilham yang sibuk nak tengok apa yang ayah dia buat, lepas tu bila bagi ayah dia dukung, sibuk pulak nak pegang ibu, sebab tak puas hati nak tengok apa ibu masak. Hehe. Ibu masak lauk banyak, tapi, Ilham makan nasi kosong je. ;p

Ok, nak berhenti dah. Kepada yang sudi mencuba, silalah cuba dengan jayanya. Nak masak ni senang je. Kalau tahu bahan-bahan dia, tak perlu nak ikut step sangat. Agak-agak je kuantiti, pastu masukkan dalam kuali, siap. ;p.

Wassalam

~ rindu Ilham masa kecik-kecik dulu..hehe.. ;p ~




muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers