Rezeki

Khamis, 27 September 2012

Nisa' Putrajaya : Usrah



sumber : http://nisaputrajaya.blogspot.com

ASSALAMUA'LAIKUM


Dengan sukacitanya kami ingin menjemput
SEMUA AHLI NISA'
dan
sesiapa yang ingin menjadi ahli,
berumur 14-40 tahun,
untuk bersama-sama dengan kami
dalam Halaqoh Mahabbah a.k.a USRAH Nisa' Putrajaya.

Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama berada dalam halaqoh mahabbah.
Rapatkan ukhuwah, kongsi ilmu, dalami Islam.

Semoga ALLAH permudahkan urusan pertemuan kita semua.
(^_~)

Jumpa nanti, ya.

wassalam


* NISA' - PENGHUBUNG GENERASI MUDA *

Rabu, 26 September 2012

Indahnya Sebuah Kenangan

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Semoga sihat-sihat aja hendaknya. (^_^)

Alhamdulillah, masih diizin bernafas, masih dikurnia nikmat, masih diberi peluang meneruskan kehidupan. Alhamdulillah.

Kebelakangan ni, hujan. Pagi, petang, malam. Kadangkala pagi, kadangkala petang, kadangkala malam. Hujan, moga turunmu bersama rahmat dari Tuhan.

Tadi, sembang lama dengan kawan. Tentang kehidupan. Tentang pengalaman silam.

Masa kecil, masing-masing ada kenangan yang membahagiakan, betul tak?
Kenangan mandi kolam.
Kenangan terjun dalam parit.
Kenangan makan ABC harga 50sen.
Kenangan makan keropok keping dengan sos cair.
Kenangan minum air Milo free bila van milo datang sekolah.
Kenangan main kejar-kejar dengan kawan sampai jatuh dalam longkang.
Keanangan naik motor ramai-ramai.
Kenangan minum air kelapa kat tepi jalan, sambil bertenggek atas divider ramai-ramai.
Kenangan lari dari polis, sebab bawak motor tak ada lesen.
Kenangan kena rotan dengan Ustaz sebab tak ingat hafal karangan bahasa Arab.
Kenangan kena denda dengan cikgu sebab tak siap kerja rumah.
Kenangan kena beratur panjang-panjang kat belakang masa perhimpunan sebab datang lambat.
Kenangan kena ketuk jari sebab kuku panjang, lupa nak potong.
Kenangan kena baling dengan duster kain sebab duduk belakang sekali buat bising.
Kenangan kejar-kejar keliling bangunan sekolah sebab orang bagi gelaran yang bukan-bukan. Huhh. BURUNG GARUDA!!



Ok, banyak sangat kenangan. Banyak sampai tak tertulis.

Walaupun rasa macam sangat banyak. Dan adakalanya rasa macam "kenapalah masa budak-budak dulu banyak sangat buat hal?" ;p. Tapi kan, rasa sangat bahagia. Sebab  kita ada banyak sangat kenangan. :). Hehe. Bila ingat semula, gelak sorang-sorang. Macam-macam. Kalau jumpa geng sekolah dulu, lagilah ketawa sakan. Semua nak bercerita. Pastu nak menyakat. Mengata. Hehe.

Kenangan oh kenangan. Indahnya kenangan.

Bila teringat, seakan ingin kembali semula. Merasai semula apa yang pernah kita rasai dulu. Tangkap ikan ramai-ramai bila musim tengkujuh. Main hujan. Berlari dalam sawah. Bila orang sibuk nak membajak, kita sibuk nak tangkap ikan. Bila tengok ikan melompat-lompat, kita pon terloncat-loncat. (^_^)

Semoga diberi peluang untuk membawa anakanda merasai pengalaman yang sama sebagaimana ibunya dulu. Membesar sebagai anak kampung! Rinduu..

Selasa, 25 September 2012

Sudah Suratan

Assalamua'laikum.

Semoga dalam kalungan kasih sayang ALLAH sentiasa hendaknya.

Alhamdulillah, hari ini ALLAH izinkan kita meneruskan kehidupan. Bila noktahnya, hanya ALLAH yang maha mengetahui.

Pagi tadi, baru saja melangkah masuk ke pejabat, dimaklumkan oleh kakak ofis. Ayah kepada kakak yang agak rapat dengan ana telah meninggal Maghrib semalam.

Sewaktu baru kembali bekerja selepas cuti raya tempohari, dapat tahu bahawa suami kakak ofis yang lain, juga telah meninggal.

Innalillahi wainna ilaihiroji'un. Sesungguhnya dari Dia kita datang dan kepadaNya kita dikembalikan.

Sungguh, mati itu pasti!

Tak mengira usia, walau muda mahupun tua. Sakit atau sihat. Bila-bila masa saja kematian itu mampu menjengah. Andai sudah suratan.

Yang masih diberi peluang untuk terus bernafas, haruslah bersiap sedia. Mengutip sebanyak mana bekalan yang kita mampu. Moga ia mampu menjadi tiket untuk kita ke Syurga-Nya.

Al-fatihah untuk suami kawan ofis : Allahyarham Kamarul Azlan bin Ahamed Kamal dan Ayah kakak ofis : Allahyarham Awang.

Semoga mereka berdua ditempatkan bersama orang -orang yang beriman. Aminn


~ Al-fatihah juga buat ayah; Omar bin Arsad. Moga Ayah tenang di sana. Kami merindui ayah. Pastinya, ALLAH lebih menyayangi ayah ~

Selasa, 18 September 2012

Ilham; Gigi Pertama

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia. Moga setiap hela nafas kita diredhaiNya.

Hari ni, saja meletakkan tajuk santai. :). Cerita pasal Ilham. Budak kecil yang comel itu. Heeeee

Alhamdulillah, minggu lepas, Ilham telah mula belajar cara-cara nak mengangkat badan dengan lebih cepat, bersiap sedia untuk belajar merangkak. Ilham juga dah banyak tahu tentang sakit. ;p. Betapa sakitnya bila muka tersembam atas lantai yang hanya beralaskan tikar. Betapa sakitnya bila tergolek jatuh dari bantal bila nak balikkan badan. :). Ilham sedang belajar. Hidung merah, dahi merah. Proses pembelajaran sedang berlangsung. :)


~ berhenti rehat seketika sewaktu dalam perjalanan dari Putrajaya - Kuantan - Terengganu - Kelantan ~


Pada petang Sabtu, Ilham gigit jari ibu. Membiarkan saja beliau melakukan apa saja yang dia mahu. :). Ibu main-main jari pada gusi Ilham. Eh, terasa sesuatu yang bergaris. dan keras. Mulanya menyangkakan ia biasa saja. Tapi, tiba-tiba rasa teruja nak buat sekali lagi. Dan, sahlah. Itu gigi pertama Ilham. :). Ilham dah ada gigi. Alhamdulillah. Cepat juga nampaknya. Sehari sebelum usianya 5 bulan. (^_~). Tanggal 15 September 2012.

16 September 2012, Ilham berusia 5 bulan. Segala puji bagiNYa. Semoga Ilham membesar sebagai hambaNYa yang bertaqwa. Jadi anak soleh ya sayang.

~ Hari ni dah mula kerja. Baru dapat mesej dari zauji. Katanya Ilham susah nak tidur. Hmm, rindulah tu. 3 hari duk tengok muka ibu ayah, main bola sama-sama. Hari ni ibu tak ada depan mata. Mulalah mencari. (^_~) Sabar ya Ilham sayang. Pukul 5 nanti ibu pulang, main-main dengan Ilham. ~

~ Ilham suka perhatikan orang. Bersama Abu Amir dan Abang Amir Solihin masa ziarah raya tempohari ~


wassalam

Jumaat, 14 September 2012

Alhamdulillah.. Syukur padaNya

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Apa khabar sahabat yang dikasihi ALLAH sekalian?
Moga sihat badan, sihat iman.

Pagi Jumaat penuh barokah. Semoga segala urusan dipermudahkan, segala perancangan dirahmati, segalanya diberkati dan diredhai Ilahi.

Alhamdulillah. Ucapan tanda kesyukuran. Itu zahirnya, dan lazimnya. Bila mendapat sesuatu yang kita hajati, bila ALLAH beri sesuatu yang membawa kegembiraan, kebaikan pada kita.



Alhamdulillah. Zauji dan anak sudah pulih. Demam mereka sudah kebah. Rutin harian kembali seperti biasa. Zauji sihat, anak sihat. Ibu gembira, ibu bahagia, ibu suka. (^_~)

Terima kasih atas doa dari kalian. Semoga ALLAH limpahkan kebaikan berganda. Terima kasih atas sokongan. Moga ALLAH tetap jaga hati kita semua.
Terima kasih atas perhatian. Moga kita tetap terpelihara dan saling menjaga.

Ilham, badanmu sedikit susut. Tapi tetap ceria, tetap gembira. Rasanya dalam masa terdekat ni, Ilham akan boleh angkat badan cepat dan lama berbanding sebelum ni. Nanti bolehla merangkak pula. (^_^).

Lazimnya, setiap kali nak belajar benda baru, anak-anak akan demam. Susutkan badan. Iya, Ilham sekarang sedang belajar mengangkat badan, bersedia untuk merangkak. (^_~). Sekarang, lepas demam, Ilham makin suka angkat badan, kuatkan paha, lengan. Lepas ni, ibu kena siap sedia untuk mengejar Ilham lah nampaknya. Hehe. (^_~).

Haih, Acik ISma, kapan dapat bertemu? ;p. Ilham dah lama tunggu ni..hehe. Kami tahu, acik selalu datang jenguk blog ibu. ;p

Baiklah, undur diri dulu.

Setiap yang ALLAH hadirkan, pastinya diiringi hikmah yang tak mampu kita fikirkan. Namun adakalanya, kita tetap ingin mengeluh meskipun tahu ALLAH takkan membebani hambaNYA diluar batas kemampuannya.

ALLAH, hati ini terlalu rapuh. Janganlah Kau biarkan kami menentukan nasib kami sendiri walau sesaat pun.



Jaga diri, iman, ISLAM. :)

Wassalam

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers