Rezeki

Selasa, 30 November 2010

ALLAH adalah segala


Assalamua'laikum.

Semoga dalam jagaanNYA sentiasa... =)


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Isnin, 29 November 2010

bila ALLAH mengizinkan


Assalamua'laikum.


Apa khabar sahabat sekalian? Semoga dalam lindunganNYA sentiasa, aminn.




* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Jumaat, 26 November 2010

ibu, kebahagiaanmu keutamaanku



Ibu,
kebahagiaanmu adalah keutamaanku.
tak pernah terdetik sedikit pun di hati ini...
untuk melukakan dirimu..

saat melihat titisan jernih itu membasahi pipi,
ingin saja kupeluk dirimu.
biar tenang jiwamu,
dan jiwaku jua.




Ibu,
Janganlah bersedih lagi,
anakmu kini sudah menjadi seorang isteri,
kepada suami yang sanggup mengorban diri
demi agama yang kita anuti.

Ibu,
anakmu kini semakin berdikari,
melangkah dengan lebih tabah,
dengan adanya suami disisi.

Ibu,
doakan kami.
doakan kami.
doakan kami.
Agar tetap dalam perjalanan ini.
di jalan yang DIA redhai.

Ku ingin membawamu ke syurga.
Walaupun amalku sedikit cuma,
tapi anganku tetap ada.
Moga Jannah itu menjadi destinasi abadi kita,
bersama.......

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Selasa, 23 November 2010

Segala puji hanya untukNYA


Assalamua'laikum.


Alhamdulillah, syukur kepadaNYA atas limpahan nikmat dah rahmat yang tak putus-putus.


Alhamdulillah, pada 12 Zulhijjah 1431H bersamaan 19 Nov 2010 yang lalu, ana telahpun bertukar status, dari pangkat CIK kepada PUAN.. (^_~).


Alhamdulillah, segala puji bagiNYA atas segala nikmat dan rahmat. DIA memberikan yang terbaik untuk kita, sentiasa, insya'ALLAH.


Majlis akad nikah telah berlangsung pada jam 10.30 pagi, alhamdulillah, berjalan lancar.


Terima kasih diucapkan kepada semua sahabat, yang dikenali mahupun yang tidak dikenali, atas doa yang tidak putus-putus. Terima kasih atas sokongan dan kehadiran ke majlis tersebut.


Adik Syirah sayang dan suami, terima kasih atas kehadiran ke majlis akak yang serba sederhana. Terima kasih juga atas doa dan tanda kenangan. Insya'ALLAH akan dimanfaatkan sebaiknya. Juga kepada Kak Isma dan sahabiah yang datang dari Perak, jauh perjalanan, luas pemandangan ya. Insya'ALLAH, jika ALLAH izinkan, PASTI DIA akan aturkan pertemuan yang lebih baik. 3 tahun tidak bertemu, setelah pertemuan kali pertama di kampus pada 2008 yang lalu, pastinya masa yang ada begitu terbatas untuk kita. Tidak lupa kepada Jan dan Angah serta Adik Ha. Terima kasih ya. Sangat-sangat menghargai bantuan dari kalian. Besar ertinya. Berjaga hingga pagi untuk siapakan barang-barang. Terima kasih. Sangat bermakna. Kepada sahabat lama, Farhana dan Hanis, kalian penyelamat di saat getir. =). Terima kasih.


Dikesempatan ini, ana dan suami, ingin memohon maaf kepada sahabat sekalian diatas segala salah dan silap serta kekurangan sepanjang majlis berlangsung.


Doakan kami ya. Semoga Bait Muslim yang dibina mendapat redhaNYA.


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Khamis, 18 November 2010

SELAMAT BERHARI RAYA


Assalamua'laikum.


Salam pengorbanan buat semua. Semoga dalam perhatianNYA sentiasa... (^_~)


Dikesempatan yang ada, ana ingin mengucapkan selamat berhari raya buat semua. Semuga setiap pengorbanan yang dilakukan diterimaNYA.


"Berkorban atau terkorban" keduanya punya nilaian yang berbeza dan sangat tinggi nilainya..


Fikir-fikirkan...


wassalam


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers