Rezeki

Khamis, 30 September 2010

ayuh, kita seiringan




ukhuwwah yang terbina
amat tinggi nilainya
tak terhitung dengan nilaian wang dan harta benda
takkan mampu ditandingi dengan apa jua

sahabat,
tidak pernah sedikit pun terlintas dihati ini
untuk membiarkan dirimu melangkah sendirian
langkah kita, biarlah seiringan.
langkah kita, biarlah sentiasa menuju redha Tuhan.

sahabat,
tidak pernah sekalipun terlakar difikiran ini
untuk melupakan dirimu.
Ku tahu, jauh disudut hati kecil itu
masih ada ruang untukku.
ku tahu, di dalam hati kecil itu,
ada kenangan kita yang telah disemai sejak lama dahulu.
Dan ku ingin kau juga tahu,
bahawa dalam hati ini,
masih banyak ruang untuk dirimu.
Kenangan antara kita,
tak pernah sekalipun kubiarkan ia berlalu..
ku ingin kau tahu,
bahawa diri ini, akan sentiasa bersamamu.
walau bagaimana sekalipun keadaanmu.
walau jauh bezanya dengan dirimu yang dulu.

Masa yang berlalu,
walau apapun yang berlaku,
jangan sekalipun biarkan ia terus menjadi tembok batu.
Pemisah antara kau dan aku.

Perkara yang telahpun berlaku,
biarkanlah ia mengalir laju.
Agar bisa kita bina semula,
kehidupan yang serba baru,
dengan azam untuk terus maju,
BERSATU!

SAHABAT,
ayuh bersamaku...
kita buka lembaran baru...

sahabat...
ku sayang kamu.
kerna ALLAH.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

seindah mentari pagi...


Assalamua'laikum.


Salam penghujung Syawal buat semua. Semoga ALLAH limpahkan rahmatNYA keatas kita semua. aminn.


***SENYUM***


Baru saja membaca post di blog ust.Firdaus. Bahagia.. =).


Kami bertemu kerana ALLAH, dengan izinNYA semata. Kami berpisah juga kerana ALLAH, dengan kehendakNYA jua.


Indahnya. Semuanya kerana ALLAH. Bertemu tak jemu, berpisah takkan gelisah. ;)


Ukhuwwah itu persis tasbih. Ada awal tiada hujungnya. Diratib demi redhaNYA semata. Tersimpul erat, bertambah akrab. Walau berjuta mehnah melanda, tetap utuh selagimana iman dan taqwa jadi paksinya, insya'ALLAH.


UKHUWWAH ITU INDAH!


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Selasa, 28 September 2010

dunia adalah jambatan akhirat!



dunia.. oh dunia...

aku rindukan akhirat.

tapi adakah aku telah bersedia?

bersediakah aku?


sesekali berlari

ada masanya menyeret kaki.

tapi untuk berhenti,

tidak sekali.


Ya ALLAH,

janganlah KAU biarkan dahan imanku patah hanya kerana kencangnya mehnah!


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Ukhuwwah itu indah!


Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, ALLAH masih mengizinkan kita semua meneruskan kehidupan di dunia ini. Segala puji bagiNYA yang telah mengaturkan yang terbaik untuk setiap makhluqNYA. Syukur kepadaNYA kerana masih sudi mengurniakan iman dan ISLAM kepada kita semua.

Ya ALLAH, betapa banyak nikmat yang telah KAU berikan kepada kami, dan nikmat yang manakah yang mampu kami dustakan sedangkan hidup dan mati kami hanyalah dengan izinMU. Kami lemah ya ALLAH. Bimbinglah kami menuju jalan yang diredhaiMU. Kami takut akan azabMU ya ALLAH.

***

Sabtu lepas (25 Sept 2010), alhamdulillah, ALLAH izinkan ana dan sahabat-sahabat merealisasikan perancangan kami untuk berkumpul di rumah super senior di Johor. Alhamdulillah, segala puji bagiNYA. Perancangan awalnya, akan bertolak ke sana pada jam 2.00 petang, tapi beberapa peristiwa telah berlaku. Dan dengan izin dan kehendakNYA, kami bertolak pada jam 8.00 malam. Kita merancang, ALLAH juga merancang, dan pastinya perancangan ALLAH sentiasa yang terbaik.

Dari Putrajaya Sentral, ke Bangi dan terus ke Lebuhraya PLUS menuju ke Batu Pahat. Tiba di exit Ayer Hitam, cari sign board ke Batu Pahat. Lepas lampu isyarat ke-3, nampak kedai Jeyhan Kerepek, masuk simpang kiri. Teruskan perjalanan hingga jumpa tempat yang dituju. Dan akhirnya, alhamdulillah, kami selamat tiba di rumah Muallim dan keluarga. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan perjalanan kami. Tiba di sana lebih kurang pukul 11.30 malam. .

Rombongan Zon Barat disambut gembira oleh tuan rumah. Ada sahabat yang dah sampai lebih awal dari kami, iaitu PJ Zon Selatan : ust. Rashdan. Kak Noi hidangkan air Koko Radix yang sedap dan berkhasiat, juga nuget ayam dan ayam goreng yang sungguh enak. . Terima kasih atas layanan yang amat bagus. Sangat berpuas hati. Bagi markah 5 bintang.. (^_^)

Tidak lama kemudian, tibalah rombongan Ust.Firdaus dan keluarga serta sahabat-sahabat alumni Zon Selatan yang lain, iaitu ust. Aziz dan ust. Safuan KB. Alhamdulillah, semakin meriah liqa' kita. Senyuman tak pernah lekang dari wajah tuan rumah. Juga diwajah sahabat-sahabat yang telah lama tidak bersua muka. Alhamdulillah, ALLAH izinkan kita bertemu diteratak Muallim dan muallimah. Semoga semuanya diberkati Ilahi..Aminn.

Jam menginjak ke angka 2 pagi.. Masing-masing masih asyik bertanya khabar, bercerita tentang kenangan lampau.. (ana diam je, tak tau nak sampuk apa..hehe.. tulah, muda sangat.. tak ada geng..)

Lebih kurang jam 3 pagi, kami merehatkan diri. Persiapan untuk agenda seterusnya.

Subuh 26 Sept 2010, Presiden dan ahli zon Utara selamat tiba dari Ipoh, Perak. Ahli bertambah lagi.. . Jam 7.30 pagi, kami bergerak ke Warung Kita..=). Makan pagi telah ditaja oleh Ust.Zamir.. Terima kasih atas segalanya. Sewaktu asyik makan-makan, sembang-sembang.. Bilangan ahli liqa' bertambah lagi dengan kehadiran mantan PJ Zon Timur iaitu ust.Hakim dan Ust. Asmadi. Alhamdulillah.

Kemudian kami kembali ke rumah Muallim bagi meneruskan agenda. Pabila Presiden baru saja memulakan ucapan, sahabat dari UTEM dan UTHM selamat tiba. Ust. Odan, W. Lukman, Kak Ain.... Penuh ruang tamu rumah Muallim!

Sembang-sembang, makan-makan. Jam di dinding menunjukkan pukul 10.30 pagi. Presiden dan rombongan Zon Utara terpaksa undur diri kerana tiket bas ke Perak pada jam 11.00 pagi. Sahabat-sahabat Zon Selatan juga ada yang terlibat dengan program negeri. Maka, berkuranglah bilangan ahli liqa'. Sebelum berpisah, sempat merakamkan kenangan terindah bersama.

Usai solat Zohor, kami dari Zon Barat mohon diri dari Muallim dan Muallimah. Bertemu kerana ALLAH tak jemu, berpisah kerana ALLAH takkan gelisah, insya'ALLAH. Semoga dipermudahkan urusan kita semua untuk pertemuan seterusnya nanti, insya'ALLAH.

Lebih kurang Jam 12.00 malam, alhamdulillah, kami semua selamat tiba ke destinasi masing-masing.

Alhamdulillah, ALLAH izinkan kite bertemu. Walaupun hanya seketika, tetap bersyukur kerana masih lagi berkesempatan untuk bertentang mata. Semoga ukhuwwah terus akrab dan bertambah erat, berpaksikan keimanan dan ketaqwaan kepadaNYA, aminn.

Kepada yang tidak berkesempatan untuk bersama, insya'ALLAH, kita sama-sama luangkan masa untuk bertemu pada November nanti. (^_^). Semoga ALLAH permudahkan urusan kita semua.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Jumaat, 24 September 2010

bukan sedikit...


Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, ALLAH masih mengizinkan pertemuan kita semua. Semoga semuanya dirahmati ALLAH, mendapat redhaNYA.

Doa dan harapan, semoga sahabat sekalian sihat walafiat, aminn.

Perkahwinan.

Bukan sekadar penyatuan dua jiwa, bahkan ia adalah lebih daripada penyatuan dua buah keluarga yang berbeza asuhannya, dua buah keluarga yang jauh caranya.

Disaat lafaz "aku terima nikahnya" ditutur oleh seorang lelaki, dan disahkan oleh para saksi.. Maka segalanya yang berkaitan dengan seorang muslimah adalah menjadi tanggungan si suami.

Disaat itu, terkunci segala rahsia si suami didalam pengetahuan si isteri sahaja. Yang baik atau buruk, perlu dijaga sebaiknya.

Disaat kamu menyatakan kesanggupan untuk menerima pasangan, kamu bukan saja perlu bersedia untuk menerima dia, tapi juga perlu bersedia untuk menerima keluarganya, sahabat-sahabatnya dan semua yang berkaitan dengan dirinya.

Dua insan yang dididik dengan cara yang berbeza, akan disatukan dalam sebuah kehidupan. Dua insan yang berbeza identitinya akan disatukan dalam sebuah keluarga. Dua insan yang berbeza akan berfikir tentang halatuju sebuah keluarga yang bakal dibina. Dua insan yang berbeza.. mengejar satu matlamat. Dua insan yang berbeza... Menuju satu destinasi.

Bukan hanya tahu mencari yang terbaik, TAPI PERLU JADI YANG TERBAIK!

Kalau redha jadi matlamat, carilah jalan yang diredhaiNYA.

Hidup bukan hanya perlu tahu menerima, tapi kenikmatan memberi itu jauh lebih bermakna.

BAITUL MUSLIM = BAITUL DAKWAH = BAITUL JIHAD

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers