Rezeki

Selasa, 28 September 2010

Ukhuwwah itu indah!


Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, ALLAH masih mengizinkan kita semua meneruskan kehidupan di dunia ini. Segala puji bagiNYA yang telah mengaturkan yang terbaik untuk setiap makhluqNYA. Syukur kepadaNYA kerana masih sudi mengurniakan iman dan ISLAM kepada kita semua.

Ya ALLAH, betapa banyak nikmat yang telah KAU berikan kepada kami, dan nikmat yang manakah yang mampu kami dustakan sedangkan hidup dan mati kami hanyalah dengan izinMU. Kami lemah ya ALLAH. Bimbinglah kami menuju jalan yang diredhaiMU. Kami takut akan azabMU ya ALLAH.

***

Sabtu lepas (25 Sept 2010), alhamdulillah, ALLAH izinkan ana dan sahabat-sahabat merealisasikan perancangan kami untuk berkumpul di rumah super senior di Johor. Alhamdulillah, segala puji bagiNYA. Perancangan awalnya, akan bertolak ke sana pada jam 2.00 petang, tapi beberapa peristiwa telah berlaku. Dan dengan izin dan kehendakNYA, kami bertolak pada jam 8.00 malam. Kita merancang, ALLAH juga merancang, dan pastinya perancangan ALLAH sentiasa yang terbaik.

Dari Putrajaya Sentral, ke Bangi dan terus ke Lebuhraya PLUS menuju ke Batu Pahat. Tiba di exit Ayer Hitam, cari sign board ke Batu Pahat. Lepas lampu isyarat ke-3, nampak kedai Jeyhan Kerepek, masuk simpang kiri. Teruskan perjalanan hingga jumpa tempat yang dituju. Dan akhirnya, alhamdulillah, kami selamat tiba di rumah Muallim dan keluarga. Alhamdulillah, ALLAH permudahkan perjalanan kami. Tiba di sana lebih kurang pukul 11.30 malam. .

Rombongan Zon Barat disambut gembira oleh tuan rumah. Ada sahabat yang dah sampai lebih awal dari kami, iaitu PJ Zon Selatan : ust. Rashdan. Kak Noi hidangkan air Koko Radix yang sedap dan berkhasiat, juga nuget ayam dan ayam goreng yang sungguh enak. . Terima kasih atas layanan yang amat bagus. Sangat berpuas hati. Bagi markah 5 bintang.. (^_^)

Tidak lama kemudian, tibalah rombongan Ust.Firdaus dan keluarga serta sahabat-sahabat alumni Zon Selatan yang lain, iaitu ust. Aziz dan ust. Safuan KB. Alhamdulillah, semakin meriah liqa' kita. Senyuman tak pernah lekang dari wajah tuan rumah. Juga diwajah sahabat-sahabat yang telah lama tidak bersua muka. Alhamdulillah, ALLAH izinkan kita bertemu diteratak Muallim dan muallimah. Semoga semuanya diberkati Ilahi..Aminn.

Jam menginjak ke angka 2 pagi.. Masing-masing masih asyik bertanya khabar, bercerita tentang kenangan lampau.. (ana diam je, tak tau nak sampuk apa..hehe.. tulah, muda sangat.. tak ada geng..)

Lebih kurang jam 3 pagi, kami merehatkan diri. Persiapan untuk agenda seterusnya.

Subuh 26 Sept 2010, Presiden dan ahli zon Utara selamat tiba dari Ipoh, Perak. Ahli bertambah lagi.. . Jam 7.30 pagi, kami bergerak ke Warung Kita..=). Makan pagi telah ditaja oleh Ust.Zamir.. Terima kasih atas segalanya. Sewaktu asyik makan-makan, sembang-sembang.. Bilangan ahli liqa' bertambah lagi dengan kehadiran mantan PJ Zon Timur iaitu ust.Hakim dan Ust. Asmadi. Alhamdulillah.

Kemudian kami kembali ke rumah Muallim bagi meneruskan agenda. Pabila Presiden baru saja memulakan ucapan, sahabat dari UTEM dan UTHM selamat tiba. Ust. Odan, W. Lukman, Kak Ain.... Penuh ruang tamu rumah Muallim!

Sembang-sembang, makan-makan. Jam di dinding menunjukkan pukul 10.30 pagi. Presiden dan rombongan Zon Utara terpaksa undur diri kerana tiket bas ke Perak pada jam 11.00 pagi. Sahabat-sahabat Zon Selatan juga ada yang terlibat dengan program negeri. Maka, berkuranglah bilangan ahli liqa'. Sebelum berpisah, sempat merakamkan kenangan terindah bersama.

Usai solat Zohor, kami dari Zon Barat mohon diri dari Muallim dan Muallimah. Bertemu kerana ALLAH tak jemu, berpisah kerana ALLAH takkan gelisah, insya'ALLAH. Semoga dipermudahkan urusan kita semua untuk pertemuan seterusnya nanti, insya'ALLAH.

Lebih kurang Jam 12.00 malam, alhamdulillah, kami semua selamat tiba ke destinasi masing-masing.

Alhamdulillah, ALLAH izinkan kite bertemu. Walaupun hanya seketika, tetap bersyukur kerana masih lagi berkesempatan untuk bertentang mata. Semoga ukhuwwah terus akrab dan bertambah erat, berpaksikan keimanan dan ketaqwaan kepadaNYA, aminn.

Kepada yang tidak berkesempatan untuk bersama, insya'ALLAH, kita sama-sama luangkan masa untuk bertemu pada November nanti. (^_^). Semoga ALLAH permudahkan urusan kita semua.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers