Rezeki

Isnin, 30 Ogos 2010

ISLAM menjana transformasi ummah!


Assalamua'laikum.

Ramadhan yang ke-20, pastinya menjanjikan hari-hari yang semakin baik buat kita. Alhamdulillah, ALLAH masih sudi meminjamkan nikmat umur kepada kita. Terisikah masa yang ada dengan sesuatu yang berguna untuk agama, ummah dan negara?

Baiklah, dikesempatan ini, ana berbesar hati ingin mengajak sahabat-sahabat ke program yang akan diadakan pada malam ini dai Masjid Asy-Syakirin. Boleh rujuk maklumat di bawah:

Program Gerakan Subuh (Kempen Solat Subuh berjemaah)

Tarikh: 31 Ogos 2010 (Selasa)
Masa: seawal jam 3.30 pagi
Tempat: Masjid Asy-Syakirin, KLCC

Aturcara : 3.30 pagi : Qiyamullaill
Bersama Us Zulkarnian Hamzah (Astro Oasis)

5.00 pagi : Jamuan Sahur : Zikir Munajat
Bersama Imam Muda Ashraf

5.52 pagi : Solat Subuh berjemaah

6.15 pagi : Kuliah Subuh ”Keajaiban Solat Subuh Berjemaah”
Bersama Tuan Hj Mohd Azmi Abd Hamid (TERAS)

7.30 pagi : Bacaan Iqrar : Solat Dhuha

8.00 pagi : Bersurai

MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
MARI KITA BINA UMMAH MELALUI SOLAT SUBUH BERJEMAAH

Sekretariat Gerakan Subuh Wilayah Persekutuan disertai oleh : Masjid As-Syakirin, JAWI, Masjid Wilayah, PUM WP, TERAS, Persatuan Imam danPegawai Masjid WP, Dewan Pemuda Masjid Malaysia, JIM WP, JAMI’YAH Dakwah, MUAFAKAT, ABIM, PKPIM, GAMIS. Maklumat Lanjut Hubungi : 013-6714932

******

Kepada sahabat-sahabat yang berkesempatan, jom ke sana.. =). Moga ALLAH memberkati segala usaha..


...MEMBANGUN BERSAMA ISLAM...


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Masih adakah secebis kasihMU untukku?


Assalamua'laikum..

Ramadhan kareem!. =).

Apa khabar sahabat sekalian? Semoga dalam limpahan rahmatNYA sentiasa, aminn. Ana, alhamdulillah, sihat dan ceria sokmo. =)

Hari ni 20 Ramadhan 1431 h bersamaan dengan 30 Ogos 2010m. hmmm, Sekejap je masa berlalu. Dah masuk fasa ke-3 Ramadhan dah ni. =(. Pejam celik pejam celik, dah nak habis dah bulan Ramadhan. Nanti dah pejam tak celik-celik, tak boleh nak bersama Ramadhan lagi..=(

Lagu raya dah pasang kat mana-mana. Pergi Watson, lagu CT. Masuk Seng Heng, lagu Amy. Naik bas pagi tadi, lagu raya jugak. Huh, merata tempat la orang dah pasang lagu raya. Hari-hari lagu raya.. Lagu raya hari-hari...

Ramai orang duk menunggu kedatangan 1 Syawal.. Masing-masing duk bilang hari. Di ofis ni, siap ada countdown lagi haa. Bila angka semakin mengecil jumlahnya, apa perasaan kita ye? Gembira tak bila nak sambut 1 Syawal? Mesti gembira kan.. Kenapa gembira? sebab nak beraya, jumpa kawan, balik kampung, kumpul dengan ahli keluarga, dapat makan ketupat rendang, dapat duit raya, dapat makan minum macam-macam.. Fuhhhh, best kan?

Tapi, bukan ke semua tu kita boleh buat bila-bila masa je? Nak makan ketupat, masakla. Nak jumpa kawan-kawan dan keluarga, call dan set la masa untuk berkumpul ramai-ramai. Gathering. Nak balik kampung jumpa keluarga? Apa masalahnya, ambik cuti, balikla kampung. Nak makan minum macam-macam? Kalau rasa teringin, buka la buku resipi, masak sendiri. Kalau tak pandai masak, start enjin moto/ kereta, pergi je mana-mana restoran, macam-macam makanan ada.. Kenapa perlu tunggu 1 Syawal?

Tapi sekarang ni pelik sikit kan? Selalunya bila hari raya la kita akan sibuk-sibuk nak buat semua tu. Perasan tak, Sedar tak? RAMADHAN HANYA DATANG SEKALI SETIAP TAHUN.. berapa kali? SEKALI JE.. itupun belum tentu lagi samada kita dapat berjumpa dengan Ramadhan yang akan datang. Tapi kita lebih banyak mengejar 1 Syawal. Sebelum 1 Ramadhan, dah sibuk buat list untuk PERSIAPAN RAYA. sebelum 1 Ramadhan, dah sibuk survey tempat yang ada buffet best-best untuk berbuka dengan ahli keluarga. Sebelum 1 Ramadhan dah kalut nak buat itu ini untuk RAYA. dan sebelum 1 Syawal, kita BERTAMBAH KALUT dengan persiapan untuk RAYA. Dahtu, bila masa untuk kita menghidupkan Ramadhan? Bila hujung minggu, sibuk dengan biskut raya. Hmm, Al-Quran tu macam mana? Berapa kali kita sentuh, baca, hayati, faham dalam sehari?

ALLAHU RABBI

Terasa kerdil sekali. Semua ini adalah muhasabah untuk diri. Semoga ada peningkatan sebelum Ramadhan berlalu pergi.

Ayuh, guna masa yang ada sebaik mungkin. Semoga Ramadhan yang masih berbaki beberapa hari saja lagi, mampu kita perhalusi..


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Jumaat, 27 Ogos 2010

... masa yang semakin pantas berlalu...


Assalamua'laikum.


Doa dan harapan, semoga sahabat-sahabat sentiasa dalam limpahan rahmatNYA.


Semoga ALLAH merahmati kita semua. =).




* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Rabu, 25 Ogos 2010

Baikkk punya!


Assalamua'laikum.

Seorang sahabat telah kongsikan satu laman web yang 'best'!

Jom, kita kongsikan bersama. Ana pun tengah bukak website ni. Boleh dengar bacaan dari pelbagai qari. Memang bagus website ni. Apa tunggu lagi, jom sama-sama buka. Semoga bermanfaat..=)

Sila klik pada link ini : http://tanzil.info/

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Dah daftar ke belum??


Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, hingga ke saat ini, ALLAH masih sudi mengurniakan nikmat iman dan ISLAM kepada kita semua. Segala puji bagi ALLAH, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Setiap kali liqa', pastinya soalan ini akan diajukan kepada ahli usrah : dah daftar mengundi ke belum? Dah semak dalam senarai? Dah tahu tempat mana nak mengundi?

(^_^). Oleh itu, ana ingin membantu antum setakat yang termampu. Bagi sesiapa yang ingin menyemak samada telah tersenarai sebagai pengundi berdaftar atau belum, bolehlah klik pada pautan ini.


Semoga bermanfaat untuk semua.. =)

Sekian, Wassalam.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers