Rezeki

Rabu, 16 Januari 2013

wajarkah?

Listen
Listen
Listen
Listen
Listen
Listen
Listen



***


Sebagai seorang yang terpelajar, wajarkah? Mungkin nak tegakkan sesuatu, tak nak dimalukan. Mungkin.. Apapun, semoga diberi hidayah olehNya.

Mahu info lanjut? Rasanya di internet; FB , Blog, Twitter memang dah hangat. Cari info sendiri ya. :D Nak rasai kemanisan, kenalah bersusah dahulu. ;)

Taiplah "listen, listen, listen" banyak capaian yang bakal diperoleh. :)

Selasa, 15 Januari 2013

Kongsi-kongsi

Assalamua'laikum.

Tadi, sempat kongsi-kongsi info dengan kakak ofis. Makin banyak yang kita belajar, makin banyak yang kita rasa kita tak tahu. :(

Petikan dari kata-kata kakak tu:


akak ada baca buku cara mendidik anak2 jadi soleh dan solehahsalah satu tips jaga anak ni, stiap kali dia panggil nama kita samada saja panggil atau nk ckp sesuatu benda remeh atau nk tunjuk benda remeh, pernah x kalo kita masak kita stop padam api letak senduk n pergi kat dia n tgk apa yg dia nk buat bukan setakat ckp 'yeaa syg..ok' sambil memasak.. atau kalo kita baca suratkhabar, kita tutup suratkbr n beri perhatian 100 peratus apa dia ckp or nk buat?
kebiasaannya kita menjawab sambil baca surat khabar, sidai kain, tgk tv, masak, n lain2..sbb tu bila besar anak2 xnk dah bercerita n share apa jer ngan kita..sbb waktu kecik bila dia perlukan kita beri perhatian n nak citer mcm2 kat kita, kita ambil lewa..sbb tu bila dia masuk sekolah n remaja dia lagi suka citer kat kwn2 dia..nampak remeh kan bende ni?tpi mmg susah nk buat..
ada sekali tu lepas akak baca benda tu..anak akak panggil nama akak semata2 nk tunjuk ada anak kucing kat tepi sudut umah..akak tgh basuh pinggan waktu tuakak tutup air, basuh tgn benti basuh pinggan n pegi kat dia dduduk sebbelah dia n tyer apa sayang.. dia ckp 'cing'.. tpi mmg npk lain sgt bila kita beri perhatian sungguh2..dia hepy sgt.. selalu akak jwb sambil wat kejer jerr.. mmg susah syuha akak nk try... remeh tpi susah..kdg2 terlupa jugakterbuat balik perangai lama..sbb kita dah biasa byk keje sambil nk melayan dia 



Hmm, bila ada anak seorang, lain gaya hidup kita. Bila bertambah seorang lagi, berubah lagi. Dah tak boleh guna cara lama. Dan bila bertambah beberapa lagi, memang totally different! Kena sesuaikan. Ya, disiplinkan diri. Susahkan? Sebab kita ada banyak keperluan nak dibuat. Ada banyak kerja yang menuntut komitmen. Tapi, nak tak nak, memang kena cuba buat yang terbaik.

Lain orang , lain caranya. Lain anak, lain coraknya.

Apapun, berusahalah. Semoga dipermudahkan.

Sesungguhnya, mujahadah itu sangat indah. :D







Ingat!


"Ramai manusia berilmu tetapi sangat sedikit yang mengamalkan ilmu"

~ Ilmu tanpa amal, ibarat kereta tanpa stereng ~
^_^

Isnin, 14 Januari 2013

Al-Fatihah

Assalamualaikum.

Semalam, jam 9.40 malam, sahabat seperjuangan, sahabat sefikrah, saudara seIslam telah kembali ke rahmatullah.

Semoga Ustazah Suhana Roslan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-fatihah.





Kematian tak pernah mengenal usia. Sampai masanya, pasti kan pergi jua. Dunia hanya tempat persinggahan. Tempat kita mengutip bekal.

Semoga apa yang kita lakukan hari ini, diberkati dan diredhai Nya.




*impikan pengakhiran yang baik, namun amal masih tak seberapa T_T

Khamis, 10 Januari 2013

Masak :D

Assalamua'laikum.

Angin rajin datang lagi. Walaupun hanya sepoi-sepoi bahasa, tapi, ok lah. ;p

Bila ye, hmm, 2 minggu lepas rasanya. Dah lupa sebab dah lama, hehe. Kali ke-2 cuba buat Durian Crepe.

Memang dah ketinggalan. Sebab dah habis musim durian kan? Tak pelah. Nak buat jugak. :D

Agak senang juga buat durian crepe ni. Resepi dari sini : http://izahdaut.blogspot.com/2012/11/resepi-durian-crepe-filling-cream.html


Bahan2:
3 sdt gula halus
3 sdt tepung ubi
*izah campurkan sedikit tepung jagung
1/2 sdt tepung gandum
1/2 sdt butter - dicairkan
4 bj telur - dipukul sikit
95 ml air
1 st vanila esen

Cara2:
1) satukan gula halus, tepung ubi dan tepung gandum dan tepung jagung.
2) masukkan butter yang dicairkan.
3) pukul sedikit telur. campurkan dalam bekas tepung.
4) masukkan air.
5) panaskan non-stik pan.
6) tuang sesenduk. gelek non-stik pan agar bancuhan tepung menyeluruh. adunan tepung agak2 tak terlalu nipis dan tidak tlalu tebal. masak 1 pmukaan saja.

Filling :
Durian secukupnya
Non Dairy Whipping Cream - guna 250ml - putar hingga kental. :)



Mangkuk durian, krim dan durian crepe yang dah siap. :)



Alhamdulillah, menjadi. :) Saiz tak sama, isinya alhamdulillah, zauji puji sambil kenyit mata. ;p zauji cakap pasni dah boleh buat sendiri, jual. Hoho

Ini non dairy whipping crea yang ana guna. Senang saja. Kalau nak pekat-pekat, tak payah campur apa-apa. Kalau nak rasa krim yang halus, lembut, yummy, campur dengan susu. Dah manis, tak payah tambah gula. :)

Alhamdulillah, percubaan kali kedua menjadi. Kali pertama buat, guna dairy whipping cream. Memang cair, cream tak berapa sedap. Bila makan, macam ada yang kurang. ;p Tapi yang ni, memang sedap. Dah sama macam yang selalu kami tempah. :)

Tak pandai, kita boleh belajar. Yang penting, rajin usaha. Insya'ALLAH. :)


muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers