Rezeki

Isnin, 10 Oktober 2011

Nisa' Cycling Day @ Taman Botani, Putrajaya


Assalamua'laikum.

Semoga dalam redha ALLAH sentiasa hendaknya. Apa khabar ya kalian hari ini? Kami, alhamdulillah, sihat walafiat.

Dikesempatan yang ada, ingin ana hebahkan, Nisa' Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Nisa' Putrajaya akan mengadakan program "Nisa' Cycling Day" yang akan berlangsung pada ketetapan berikut:


Tarikh : 16hb Oktober 2011 (Ahad)
Tempat : Taman Botani, Putrajaya.
Masa : 8.00 pagi (berkumpul di Taman Botani, Putrajaya)

Bayaran penyertaan : Rm10 (sewa basikal + makan minum)

Program ini terbuka kepada semua wanita berumur 18 - 40 tahun.

Penyertaan adalah terhad. Apa tunggu lagi? Untuk pendaftaran, hubungi :
1) Sarah 012-9384478
2) Rehan 012-3049868

Jangan lepaskan peluang. Jumpa di sana... (^_~)

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Khamis, 6 Oktober 2011

Hati yang baik itu milik sesiapa yang DIA kehendaki...

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Semoga sihat sejahtera sentiasa hendaknya. Sesekali ditemani demam dan sakit tu, biasalah. Kifarah, insya'ALLAH. Yang penting, sabar. Dengan izinNYA, pasti membuahkan hasil yang sangat tinggi nilainya disisi ALLAH. Fasobrun jamil!

Kami, alhamdulillah sihat walafiat. (^_^).

Semalam jalan-jalan ke KL. Ya, Kuala Lumpur. Bukan Kota London atau Kubang Lebur (di Kelantan). =p

Menunggu ERL, seorang uncle berbangsa Cina sedang duduk di bangku. Beliau pandang saja kami (3 orang muslimat) yang berdiri. Lantas beliau bangun dan mempersilakan kami untuk duduk. Oh, thank you, thank you Uncle. Sangat bersyukur. Memang lenguh juga kaki ni. Nasib baik Uncle bagi tempat. Baiknya beliau. Dalam hati berdoa, semoga beliau diberi hidayah oleh ALLAH yang maha kuasa.


***



Terus saja beratur untuk beli tiket ke Plaza Rakyat. Kemudian kami ke tempat menunggu. Kat sana, agak ramai orang. Tempat duduk penuh. Kemudian ada seorang uncle berbangsa India bagi tempat kepada sahabat ana yang bawa anak kecil ni. Alhamdulillah, masih ada yang baik hati. Terima kasih uncle. Kami berdua masih berdiri, memberi ruang kepada sahabat yang ada anak kecil untuk duduk. Hanya memandang sekeliling. Ramai anak muda yang duduk-duduk di bangku yang tersedia. Ramai juga pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang berdiri lama menunggu ketibaan tren.

 Semoga ALLAH buka pintu hati kita semua. Buka mata zahir untuk melihat keadaan sekeliling.

Mohon undur diri dulu. wassalam.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Selasa, 4 Oktober 2011

ALLAH maha Kuasa atas segala.

Assalamua'laikum.

Semoga sahabat sekalian sihat-sihat saja hendaknya. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat dengan izin ALLAH yang esa.




***

Semalam, tengok berita. Oh, sangat menakutkan dan menyayat hati. Seorang remaja berusia 19 tahun telah didapati mencampak anaknya sendiri yang baru dilahirkan, dari tingkat 2. Bayi tersebut ditemui di dalam longkang. Kalau sesiapa tengok berita semalam, memang boleh tengok kan, betapa keciknya longkang tersebut. ALLAH, sanggup mereka buat macam tu? Orang lain duk berdoa siang malam, mohon supaya dikurniakan anak. Tapi mereka?? Campak anak macam buang sampah. Macam mana lah agaknya keadaan remaja tu sekarang? Moga ALLAH bukakan pintu hati mereka, diberi hidayah.

Jom ikuti kisah tersebut selanjutnya :

GOMBAK: Kesan titisan darah ditemui di atas lantai yang dijejaki polis berjaya menemui wanita dipercayai bertanggungjawab mencampakkan bayi perempuannya yang masih bertali pusat dari tingkat dua sebuah flat di Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru, di sini, semalam.


Ini berikutan laporan penemuan bayi cukup sifat baru dilahirkan itu dalam keadaan tertiarap dalam longkang.

Dalam kejadian jam 7.46 pagi itu, sepasukan anggota polis yang menerima maklumat penduduk mengenai penemuan mayat bayi itu bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan sebelum berjaya mengesan wanita terbabit yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja di sebuah restoran di Bandar Baru Selayang.

Pada mulanya, remaja berusia 19 tahun yang belum berkahwin itu dikatakan enggan mengaku melakukan perbuatan itu, namun polis yang curiga dengan jawapannya terus mendesak terutama selepas menemui kain baru dibasuh yang mempunyai kesan darah, namun suspek memberi alasan itu adalah darah haid.

Bagaimanapun, selepas majikan dan rakan sekerja suspek ke tempat kejadian dan bertanyakan hal sebenar, akhirnya wanita itu yang gagal mengawal perasaan terus menangis sebelum mengaku bertanggungjawab mencampakkan bayi berkenaan dari tingkat dua kediaman itu ke dalam longkang.

http://www.hmetro.com.my/articles/Titisandarahkesansuspek/Article

Moga diberi hidayah, adikku... Doakan mereka.

Al-Fatihah buat si kecil..
 
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Jumaat, 30 September 2011

SAIDATINA AISHAH R.A - bidadari syurga


Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat Nisa' yang dikasihi sekalian? Semoga dalam redha dan kasih sayang ALLAH sentiasa hendaknya. Dikalung kesihatan dan kekuatan serta kesabaran menghadapi perjalanan hidup yang masih ada. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat dengan izin ALLAH. *syukur*

***
Dikesempatan ini, ingin kami hebahkan Talkshow dari Nisa' Wilayah Persekutuan yang akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut :


TARIKH : 9 OKTOBER 2011 (AHAD)

MASA : 9.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

TEMPAT : DEWAN MASJID AS-SYAKIRIN, KLCC

PANEL :

1) USTAZ KAMAL ASHAARI

2 ) USTAZAH NAFISAH TAHIR

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai-ramai bagi sama-sama berhimpun dalam majlis ilmu ini.

Jangan risau tentang bayaran. Semuanya adalah PERCUMA! Makanan juga disediakan.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:

Azi : 013-2009426

Durrah : 019-3424921

Atau boleh juga luang masa untuk klik pada link ini :

Facebook : www.facebook.com//nisa.wilayah

Blog : http://www.nisawp.blogspot.com/

Jadi, apa tunggu lagi? Moh ler kita ke sana. Jumpa lagi ya.

Assalamua'laikum.


sumber : http://nisaputrajaya.blogspot.com/2011/09/keunggulan-bidadari-syurga.html


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Rabu, 28 September 2011

Macam macam adaaa


Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Semoga sihat-sihat hendaknya. Kami, alhamdulillah. Semakin stabil. Sihat dengan izin ALLAH. Segala puji dan puja hanya untukNYA, yang maha berkuasa atas segala. Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Tadi berSMS dengan adik Mas, sengaja mengusik dia. "Bila nak update blog?? Takde progress pon."

Saja. Sengaja. (^_^)

Lepas sembang-sembang, saling berutus SMS, terfikir pula nak taip tentang aktiviti yang best ni.


***

Sejak kecil, ana telah ditakdirkan untuk menjadi seseorang yang sangat suka bercakap. Balik dari Tabika Kemas (ana kurang bernasib baik sebagaimana anak-anak saudara yang telah berjaya ditempatkan di Pusat Asuhan Tunas Islam), ana akan merayap di Pasar.

* info tambahan : keluarga ana memang meniaga sejak ana belum dilahirkan. Mak meniaga di pasar besar Kuala Krai. Oleh kerana Tabika Kemas merupakan tempat terdekat yang ada untuk dihantar, maka dengan sebab itu, ana telah dihantar ke sana.

Mak berniaga sehingga pukul 5 petang. Sambil-sambil tunggu kakak yang nombor 5 habis kelas tambahan. Waktu tu kakak darjah 6. (^_~). Oleh kerana ana habis sekolah awal, maka ana ada masa yang sangat banyak sementara menunggu waktu balik. Jarak rumah dengan pasar/sekolah ialah 18 KM. Jadi, ayah memang ambik kami bila kakak dah habis kelas sahaja. Masa tu keluarga kami agak susah. Kakak-kakak yang lain masih lagi belajar di IPT.

Baiklah, untuk mengisi masa ana yang sangat banyak itu, ana pun mulalah berkawan dengan peniaga-peniaga lain kat atas pasar tu. Makcik-pakcik yang ada, semua kawan ana. Kadang-kadang, ana lah yang jadi radio buruk atas pasar tu. Semua lagu yang ana belajar di tabika, ana akan nyanyikan semula. Oh ya, masih ingat lagu Isabela, nyanyian Amy Search itu? Haa, itu antara lagu yang jadi kegemaran pakcik makcik tu semua. Hehe. (itu masa kecik-kecik dulu. Ana sangatlah tidak solehah.. =p). Lagi satu, lagu Ulat.. Ala, yang kita nyanyi masa kecik-kecik dulu. " dari ulat jadi kepompom. Cukup masa ia pun pecah".. Ingat?

Ok, itu masa kecik, umo 5-6 tahun. Bila dah masuk darjah 1, ana mula pulak aktiviti lain. Dah besar kan? =p. Masuk pulak kumpulan tarian sekolah. Bila ada Majlis Penyampaiab Hadiah Tahunan, kumpulan kami akan buat persembahan. Budak-budak darjah 1, mestilah chomey dan cute, kan? (^_~). Pakai lawa-lawa, lip lap - lip lap.. Adui, tiba-tiba malu..Huhu.

Ok, bila darjah 3, ana mula berkecimpung dalam bidang sukan pula. Darjah 4-6, balapan adalah kegemaran ana. 100 meter, 200 meter, 4x100m, 4x200m.. Itu memang wajib diisi dengan nama ana. Suka. Masa tu tak fikir apa pun lagi. Tak malu pun nak lari keliling padang SK SYP (1) tu. Entahlah, lambat betul matangnya. Kesian kat diri ana ni. Haih.

Tapi, alhamdulillah, bila dah naik sekolah menengah, dah pandai nak malu-malu. Ana memang tak terlibat langsung dengan aktiviti sukan. Eh, ada jugak. Tingkatan 1 dulu ana masuk acara 400 meter perempuan b. Untuk tingkatan 1-3. Itu pertama dan terakhir ana masuk aktiviti sukan yang melibatkan larian waktu sekolah menengah. Bila tingkatan 4 dan 5, ana tolong cikgu. Jadi urusetia. Semua pelajar kelas Sport Science kena jadi urusetia. He, suka.

Ok, masa sekolah menengah dulu, ana ada sebuah buku. Dalam buku tu ana tulis macam-macam jenis sajak, pantun. Ana juga selalu hantar seloka untuk diterbitkan dalam majalah sekolah. Ana sangat suka bercerita, sangat suka menulis. Bila kerja sekolah karangan, ana akan berangan macam-macam. Sampai 3-4 helai, =p. Waktu tingkatan 5, ujian percubaan SPM, ana hantar karangan B.I dalam 3 helai kertas. Teacher Aida suka sangat. Dia baca karangan ana sampai menitis air mata. Huhu, kesian dia. Apa pun, terima kasih atas doa teacher. Dapat merasa A untuk paper B.I. Hehe.

Bila dah masuk IPT, ana mula kurang menulis. Sebab course ana lebih banyak menaip. Ahaks. Almaklumlah, secretary! Sem 1 dan 2, memang ada kelas menaip. Penting kelas ni bagi seorang bakal setiausaha. Kalau menulis pula, tak macam orang lain menulis. =p. Semuanya guna tulisan cacing! Hehe. Mesti pelik bila ana cakap tulisan cacing kan? Ok, untuk tidak memeningkan anda, silalah lihat gambar-gambar di bawah. Ini adalah contoh tulisan yang ana belajar suatu ketika dulu. Bukan main-main, ada ujian speed tau. :p.

(ini adalah cara nak tulis. Setiap contengan / GARIS mewakili huruf-huruf yang tersendiri).

(ini pula bila dah dicantum untuk membentuk perkataan dan ayat)

Ok, mungkin anda semua sudah pening tengok tulisan cacing kat atas kan? Kepada yang bekerja, bolehlah tanya-tanya pada Setiausaha/P.A di pejabat anda. Mereka pasti tahu tentang tulisan ni. (^_~). Kepada yang berada di rumah, boleh cari melalui carian google. Taip saja "SHORTHAND".  Nanti keluar.

******

Tba-tiba cerita tentang course di IPT pula. =p. Maaf ya. Seterusnya, bila dah habis belajar, ana mula terfikir nak menulis semula. Disebabkan zaman semakin moden, maka ana memilih untuk membuat blog. Dalam ni, ana taip je apa yang ana suka. Kadang-kadang tentang ilmu, program, cerita suka duka. Macam-macam ada. (^_~). Ana suka bercerita di sini. Boleh taip apa saja yang ana nak taip. Bila ana rasa nak delete, ana delete je terus. Hehe. Kalau nak beli buku catatan macam zaman sekolah dulu, haih, jenuhla nak menulis. Rasa susah pula nak kena sentiasa ada pen dan buku. Hehe, alasan! =p. Apapun, tak kisahlah nak menulis ke, nak menaip ke. Terpulang. Mana yang senang, buat. Jangan susahkan diri. OK?

Adik Mas, akak doakan adik semoga terbuka hati dan diberi kekuatan untuk menaip sesuatu di blog adik. =)

Mungkin satu patah perkataan yang kita taip/tuturkan, mampu menjadi penjana perubahan kepada orang lain. Wallahua'lam.

Semoga jumpa lagi dilain masa. Maaf andai banyak mengarut dalam coretan kali ni. Wassalam. (^_^)

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers