Rezeki

Selasa, 7 September 2010

bila DIA mengizinkan...


Najwa tersenyum melihat gelagat rakan sekerja yang selalu mengambil berat tentang dirinya. Kasihnya dia kepada mereka ibarat saudara kandung sendiri. 2 minggu berturut-turut meluangkan hujung minggu di Kelantan, mengundang persoalan kepada mereka.

"Najwa nak balik lagi? Kenapa? Kan baru je balik minggu lepas?"

"Ni kenapa pulak ni? Ada masalah ke sayang?"

"Balik kampung lagi? Ayah sakit ke?"

Soalan bertalu-talu apabila memaklumkan kepada mereka bahawa dia akan kembali ke pangkuan keluarga pada hujung minggu ini. Ya, minggu lepas, secara tak sengaja sebenarnya. Terbeli tiket awal, lepas tu lupa. Dan memang tak merancang, cuma teruja dengan harga tiket yang agak murah, lalu terus menempahnya.. ALLAH nak bagi peluang kepada Najwa untuk kembali ke pangkuan keluarga. Alhamdulillah, semuanya penuh hikmah. Kepulangan gadis itu sememangnya amat dinantikan keluarga. Pulangnya membahagiakan keluarga yang menyambutnya.

Semalam, Khamis, 19 Ogos 2010. Baru saja selesai melipat telekong, Najwa telah menerima SMS dari kakaknya yang kedua. "Ayah masuk wad lagi. Pagi esok Doktor nak hantar ke HKB."

ALLAHU RABBI. Najwa sudah tidak keruan. Perasaannya, hanya ALLAH yang tahu. Kenapa pulak tiba-tiba je nak kena pergi HKB. Cuba mengingati tarikh penting ayahnya.

"Hujung bulan 11 nanti ayah ada temujanji dengan Doktor. Tapi, ni malam-malam macam ni kakak hantar SMS cakap ayah kena hantar ke HKB. Kenapa pulak", Najwa cuba bertenang.

Tangannya pantas mendail nombor kakaknya, Kak Haiza, tapi tidak berjawab. Masih cuba bertenang. Menaip perkataan satu persatu. Sent.

"Ayah sakit tangan. Bengkak. Tempat operate hari tu bengkak. Ada nanah keluar." Ringkas dan padat jawapan yang diterima. Balasan SMS dari Kak Haiza sememangnya membimbangkan Najwa. Ya ALLAH, berikanlah kekuatan kepada kami.

Agak lama dibiarkan SMS itu tak berbalas. Najwa memujuk hati yang sudah gundah. Air matanya mula mengalir di pipi. Teringat sahabat-sahabat kesayangan. Ingin sekali berkongsi rasa dengan mereka, tapi, dibiarkan saja SMS itu dalam peti 'draft'.

"Ya ALLAH, aku tidak mahu mereka bersedih. Tabahkanlah hatiku menghadapi ujian dariMU", hanya kepadaNYA tempat dia meluahkan rasa.

Tidak lama kemudian, telefon berdering. Panggilan dari Kak Solehah. Najwa terus menjawabnya, cuba menyembunyikan tangisannya sebaik mungkin. Kak Solehah bertanyakan khabar Najwa. Dia tahu perasaan adik bongsunya yang seorang ni. Masakan dibiarkan Najwa melayan perasaan seorang diri. Pasti diberikan penjelasan sebaiknya agar adik kesayangannya tidak menangis lagi.

"Wa, jangan risau sangat. Semalam ayah dah pergi klinik. Doc bagi ubat antibiotik. Lepas Maghrib tadi ayah cakap sakit lagi. Sebab tu abang Zahari bawak pergi hospital. Doc di HKK tak boleh nak handle, sebab tu kena bawak ke HKB. Ramai pakar. Jangan risau ya dik.", Kak Solehah cuba memujuk adiknya. Dia tahu, walau tak kedengaran esak tangisan adiknya, tak nampak dipandangan mata, namun hati adiknya dapat diselami. Berdasarkan pengalamannya sendiri.

"Takpelah kalau macam tu. Nanti bagitau ye". Jawapan ringkas dari Najwa di penghujung talian.
Lidahnya kelu. Hatinya, ALLAH saja yang tahu. Saat ini, fikirannya teringatkan adik ukhuwwahnya, Durrah dan Fasihah. Terdetik dihatinya untuk melayangkan SMS kepada mereka, berkongsi kondisi ayah dikampung, tapi, hajatnya dipendamkan.

"Adik-adikku ada amanah masing-masing. Tak boleh ganggu mereka. Adik Durrah sibuk dengan tugasannya. Nak SMS adik Insyirah, hmm, adik kurang sihat. Kakak dan sahabat-sahabat.. Hmm, taknak bebankan mereka lagi malam ni. Takpelah. Insya'ALLAH, ALLAH bagi ujian, DIA ada cara untuk memujukku", Najwa membatu. Membiarkan saja telefon itu sendirian.

MUJAHADAH!!

*****

Esoknya, usai solat subuh, Najwa mendail nombor ibunya. Bertanya kondisi ayah tercinta. Sayu apabila mendengar suara ibu tersayang. Ibunya demam.

Si ibu memahami gelojak perasaan anak kesayangan. "Wa, jangan fikir banyak sangat. Mak memang selalu demam. Orang tua, macam nilah. Dahla, nak letak telefon dah ni".

Ya, ibu Najwa memang selalu mengelak. Dia tahu anak bongsunya boleh menduga perasaannya, itu sebabnya ibu Najwa lebih suka mengelak. Tak nak anak bongsu dia menangis.

Najwa bungkam. Hatinya terasa sayu sekali. Dibiarkan sahaja manik-manik jernih itu mengalir laju dipipinya. Fikirannya melayang-layang. Disaat ini, kalamullah pengubat duka.

"dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang"

***
Najwa melangkah ke Dewan Kuliah dengan jiwa yang kosong. Fikirannya sudah berada di kampung, teringatkan keluarga yang kejauhan. Masa tazkirah, Najwa asyik berfikir tentang ayahnya. Sabar Najwa, sabar. Kak Siti perasaan perubahan watak Najwa yang agak ketara.

"Najwa dah telefon mak ke? Kakak ada cakap pape tak pasal ayah?"

.. Diam...

Sekadar senyum semanis yang mungkin. Najwa membatukan diri, menahan sebak. Bila dah rasa ada kekuatan, Najwa senyum pada Kak Siti dan Kak Sarah. Keduanya memang sangat mengambil berat tentang dirinya. Alhamdulillah, syukur kepadaNYA kerana mengurniakan dua orang kakak yang prihatin. Cukup sudah ahli usrah di tempat kerja, ada ayah, mak, abang long, abang ngah, achik. Sekarang tambah dua orang lagi. Anjang dan kakak.

"Tadi dah telefon mak, katanya dalam pukul 8 lebih, ambulan hantar ke HKB. Najwa called dalam pukul 730 tadi."

"Sabarla ye sayang. Insya'ALLAH banyak hikmah tu. ALLAH tak pernah bagi sesuatu diluar kemampuan kita, kan?", Kak Siti memujuk Najwa.

"Insya'ALLAH kak." ukir senyuman sehabis baik, walaupun saat itu, terasa hambar. ya ALLAH, berikanlah kekuatan kepada kami.

***

Jam menunjukkan angka 11 pagi. Pipi Najwa terasa basah. ALLAH, airmata ini tiba-tiba saja mengalir. Najwa mencari kekuatan. Tiba-tiba nama seseorang yang dikenali muncul di skrin PC.

"Najwa, anything?", Kak Izzah menyapa.

"=). kenapa kak? rasa apa-apa ke?", Najwa masih cuba menyembunyikan rasa hatinya.

"entahla, akak dapat rasa sesuatu. Ada apa-apa ke?"

ya ALLAH, indahnya ukhuwwah yang terjalin keranaMU. Walaupun tak terzahir perasaan ini, tapi ada insan yang dapat merasainya.. Bisik hati kecil Najwa.

"nangis kak", ringkas dan padat jawapan Najwa.

"kenapa Najwa?", Kak Izzah membalasnya.

"ayah masuk wad. lemah sangat rasa", akhirnya Najwa meluahkan apa yang terbuku dihati.

"Adik sayang, ALLAH tidak akan membebani hambaNYA kecuali dengan sesuatu yang mampu ditanggung oleh hambaNYA. Kita harus kuat, kerana kita punya ALLAH yang hebat! Jangan cepat mengalah, Najwa."

Kata-kata Kak Izzah menusuk ke qalbunya. Najwa tahu tentang perkara tersebut, tapi hatinya terasa lemah. Airmata masih mengalir, tetapi sudah tiada esaknya.

"Thanks kak. Akak pun jaga diri."

...Najwa tersenyum...

***

Jam menginjak ke angka 12. Ada tugasan yang perlu disiapkan. Selesai kerja yang diamanahkan, Najwa menemui Kak Siti.

"Mak ayah ni ada yang tu je dik. tak ada gantinya. Baliklah. tengok keadaannya macam mana. Akak dah pernah rasa masa arwah ayah akak sakit dulu. Tiap-tiap minggu akak balik. Naik motor 2 jam pun tak pe. Tak rasa pape. Dalam kepala ni ingat ayah je. Balikla ye", Kak Siti memahami perasaan Najwa, dipujuknya adik kesayangan supaya pulang ke kampung.

Najwa mula mengemas semua barang. Telefon mak dan kakak di kampung.

"Kak Leha, kalau wa nak balik, boleh?".

"Dah cari tiket belum? Balik la, try cari tiket AirAsia, cepat sikit. Kalau tak cukup duit, guna akaun Kak Leha," balas Kak Solehah.

"Alhamdulillah, ok. Nanti wa tengok."..

Najwa berkata sendirian. "Mesti teruk keadaan ayah hinggakan Kak Solehah offer nak sponsor tiket. Hmm, kena cepat ni."

Alhamdulillah, ada 10 lagi tempat duduk yang kosong. Najwa membeli tiket bas. Najwa tersenyum. Setidak-tidaknya, dah ada tiket ditangan. Malam ni naik bas, pagi esok boleh jumpa mek ayah. Alhamdulillah.

*****

Dalam pukul 8 malam, Najwa bertolak dari rumah menuju ke Putrajaya Sentral. Tiket bas yang akan dinaikinya akan bertolak jam 9.25 malam.

"Awal tak pe, jangan lambat. Sempat terawikh di surau nanti", bisik hati Najwa.

Bas bertolak lewat 10 minit dari masa yang ditetapkan. Najwa tidak dapat melelapkan mata disepanjang perjalanan, fikirannya teringatkan keluarga, Mak Ayah. Wajah mereka segar diingatan. "Insya'ALLAH, pagi esok kita jumpa." Senyuman menguntum dibibir Najwa.

Alhamdulillah, Najwa selamat tiba di rumah pada jam 4 pagi. Kakak dan abang ipar sedang bersahur. Ammar Mujahid tergolek atas tilam. Najwa tersenyum.

"Assalamua'laikum, Mujahid, Usu balik ni..", Najwa mengusik anak buahnya, Ammar Mujahid, yang baru berusia 6 bulan. Mata si kecil masih terpejam, tapi jari jemarinya sudah mula menggenggam jari Najwa. Najwa melelapkan mata disamping Mujahid.

"Badan perlu rehat. Masih ada amanah yang belum tertunai".

...bersambung....

Isnin, 6 September 2010

Eid Mubarak

(klik untuk dapatkan paparan yang lebih jelas)

Assalamua'laikum
Alhamdulillah, beberapa hari saja lagi, kita bakal dipertemukan dengan 1 Syawal. Dikesempatan ini, ana ingin memohon kemaafan dari antum, atas segala salah dan silap yang telah ana lakukan, antara sedar mahupun tidak. Adakalanya ada patah kata yang tidak menyenangkan, adakalanya ada gurauan yang berlebihan. Oleh itu, ana mohon agar dapat dimaafkan diri insan yang kerdil ini.
Semoga Ramadhan yang berbaki ini dapat kita manfaatkan sebaiknya. Dapatkah kita bersamanya lagi pada tahun seterusnya? Wallahua'lam.
Kepada yang memandu, berhati-hatilah ketika memandu. Ingatlah, kita bukan keseorangan di jalan raya. Pandulah secara berhemah. Ingatlah orang yang tersayang. Nyawa terlalu mahal nilainya.
Kepada yang menaiki pengangkutan awam, waktu naik bas, boleh pesan pada pemandu supaya berhati-hati. Kalau rasa mampu, bolehla jadi teman bual kepada pemandu, terutamanya jika trip malam. =). Jangan lupa baca doa naik kenderaan ye, sahabat-sahabat.
Semoga selamat tiba ke destinasi. Selamat berhari raya.=)
Insya'ALLAH ana akan kembali ke pangkuan keluarga pada hari Rabu ini. =). Semua adik beradik dah berkumpul di kampung. Ana, masih setia di pejabat.=)
Baiklah, mohon undur diri dulu. Wassalam.
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Jumaat, 3 September 2010

Hijau mendamaikan..=)


Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, masih dikurniakan nikmat iman dan ISLAM. Syukur kepadaNYA atas nikmat yang tak putus-putus.

Hari ni, 24 Ramadhan 1431 bersamaan 3 September 2010 (Jumaat), ana telah mengubah suai blog ana buat kali ke-3. Puas memilih, mencuba.. Dan akhirnya, hijau tetap menjadi pilihan hati. =)

Dua hari membiarkan blog berubah warna, sengaja mengubah citarasa. Tapi, hati terasa janggal. Mata seakan tidak mampu menerima. Hijau tetap jadi pilihan. (^_^).

Jadi, inilah yang hasilnya. HIJAU TETAP MENJADI PILIHAN. Tenang dengan warna hijau.

Sebarang komen, bolehla suarakan.

Selamat menjalani ibadah puasa buat semua. (^_^)

wassalam.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Khamis, 2 September 2010

STATS


Assalamua'laikum. =)

Alhamdulillah, syukur kepadaNYA atas limpahan nikmat dan rahmat yang tak pernah putus. Semoga berkekalan, aminnn.

Hari ni, cuba selongkar dashboard dan segala macam application yang ada dalam blogspot ni. Hik3, semalam baru perasan, posting, comments, settings, design, dan monetize ni ada kawan baru. Nama dia "STATS". Baru ta'ruf sikit-sikit je dengan STATS ni. Nanti ada masa, insya'ALLAH, ana akan ta'ruf lagi. Pada awal perkenalan kami semalam, ana baru tengok sikit-sikit je. Rupanya banyak kelebihan STATS ni. Kita boleh check siapa yang pernah tengok blog kita. Blog siapa yang pernah ziarah blog kita.

Ana baru saja selesai ziarah sahabat baru. Terima kasih kepada Haidee07 dan Cintaumairah yang sudi letak link blog ana dalam blog mereka. 'Speechless'. Blog ni biasa saja. Maafla, kalau lebih banyak merapu. =). Semoga ada sedikit info yang dapat kita kongsikan bersama.. Paling tidak, sekurang-kurangnya biarlah ada senyuman yang akan terukir tatkala antum ziarah blog ana yang serba kekurangan ni. =)

Baiklah, nak sambung buat kerja sikit. Semoga ALLAH merahmati kita semua. =)

Adik Azmah sayang, semoga ALLAH permudahkan urusan ye. Jawab kuiz dengan tenang. You can do it. insya'ALLAH.

Sekian, wassalam.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

Rabu, 1 September 2010

dan nikmat Tuhan yang manakah yang ingin kamu dustakan?


Assalamua'laikum.

Senyum penawar duka, senyum penghibur hati yang lara, senyum untuk semua, senyum membuahkan ceria, senyum melambangkan hati yang gembira, terasa bahagia. (^__^)

Alhamdulillah, sedekah yang tidak memerlukan modal dipagi hari sebegini, membuat hati rasa bahagia. Bukan hanya kepada penerima senyuman, tapi juga yang memberi senyuman. Alhamdulillah, ALLAH masih memberikan nikmat kesihatan kepada kita, dengan berbekalkan nikmat iman dan ISLAM yang berpanjangan. Alhamdulillah, DIA sentiasa memberikan yang terbaik kepada kita.

Sesekali, ALLAH hadirkan ujian, sebagai penguat iman. Seorang adik bertanya : Kak, kenapa tiba-tiba kita rasa sedih?.

Cuba untuk memberikan jawapan yang terbaik. "Dik, manusia dianugerahkan pelbagai nikmat perasaan. Supaya kita sedar bahawa dalam kehidupan, bukanlah semata-mata untuk gembira, bukan semata-mata untuk bersedih. Tapi semuanya digilirkan mengikut ketetapan dariNYA. Kita akan rasa gembira, sedih, duka, kecewa, bahagia. Semuanya datang dariNYA.".

Pernah menjadi topik dengan sahbiah, betapa pemurah dan pengasihnya ALLAH kepada kita semua.

Kalau dimuhasabah, betapa banyak dosa yang kita lakukan setiap masa. Kadang kala, kita rasakan apa yang kita lakukan adalah perkara yang baik, betul dimata kita. Tapi diluar jangkaan kita, ada hati yang terguris, ada jiwa yang menangis. Lidah terlalu banyak berkata-kata, mata terlalu bebas memandang, hati terlalu cepat menghukum, otak terlalu ligat menafsir. Dosa yang ada, terlalu banyak. Tapi, ALLAH masih izinkan kita didalam perjuangan menegakkan agamaNYA. ALLAH masih sudi memberi peluang kepada kita untuk berbakti kepada agamaNYA walaupun kita diselaputi dengan dosa yang menimbun. Sayang dan kasihnya ALLAH kepada kita, DIA masih sudi memimpin kita untuk thabat di jalan dakwah ini.

ALLAHU RABBI.

Semalam berpeluang untuk berjemaah dengan sahabat-sahabat yang istimewa. Mereka adalah insan-insan dari Persatuan Orang Pekak Kuala Lumpur. Turut hadir dalam program Gerakan Subuh yang berlangsung dengan jayanya di Masjid Asy-Syakirin, KLCC. Istimewanya mereka, memang menarik deria penglihatan ana dan sahabiah. Kami tiba agak lewat, lebih kurang pukul 810 malam. Terus mengambil tempat di suatu sudut untuk makan. Dikeliling kami ada pemuda, pemudi, anak-anak kecil, warga emas. Keadaan sunyi je. Kami terus makan. Tiba-tiba sahabiah berkata : "cuba tengok akak tu", sambil memandang ke arah seorang muslimat. Dia sedang berbahasa isyarat. Pada sangkaan kami, mungkin dia datang bersama keluarga. Kemudian, mata terpandang insan lain. 1, 2, 3, ... eh, kelompok pemuda dihujung sana pun sama, tu makcik kat depan pun ye jugak. Subhanallah, segala puji bagi ALLAH. Dalam program kali ni kami dipertemukan dengan insan-insan istimewa ini. Hampir semua yang berada dikeliling kami adalah insan yang mengalami masalah pendengaran dan pertuturan.

Waktu solat, hampir separuh dari jemaah muslimat adalah insan-insan istimewa tersebut. Ana asyik memerhatikan mereka. Ada sekumpulan makcik, ana kira dalam lingkungan umur 50 tahun. Mereka antara peserta program yang agak menonjol. Tangan mereka ligat, berkomunikasi dalam bahasa mereka. Sesekali, salah seorang dari mereka melambai tangan pada muslimat di saff hadapan. Ana agak, muslimat tadi adalah ketua mereka, cikgu barangkali. Muslimat tadi menjadi penterjemah kepada insan-insan istimewa ini. Walaupun mereka mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan (semuanya tidak mampu mendengar dan bercakap/pekak dan bisu), tapi ALLAH beri peluang dan kesempatan kepada mereka untuk bersama kami dalam program Gerakan Subuh pada 30-31 Ogos tersebut. Disaat manusia-manusia lain sedang seronok bersenang-senang dirumah, dipasaraya, di tempat-tempat awam sedangkan mereka punya tubuh badan yang sihat, boleh bersuara, mampu mendengar dengan baik.

Pada subuh, 31 Ogos. Menanti azan subuh di ruang solat muslimat. Tiba-tiba bahu ana disentuh lembut. Seorang muslimat tersenyum pada ana. Dia berbahasa menggunakan gayanya. ALLAH, ana kurang faham. Terasa bersalah kerana gagal memahami bahasanya. Masih cuba memahami, berulang kali muslimat tadi bertanya kepada ana. Kemudian, dia mula menulis sesuatu di tapak tangannya, menggunakan jari. Ana cuba mengeja apa yang dia cuba sampaikan.

"S..U..D..A..H?" - ooo, muslimat ni tanya samada sudah azan atau belum. Ana senyum dan menggelengkan kepala. Dia mengangguk. Alhamdulillah, dapat juga bagi jawapan pada akak ni. Kemudian, hati digeletek rasa ingin tahu. Lantas, ana menggunakan cara yang sama sepertimana dia lakukan tadi, menulis di tapak tangan. =)

"N..A..M..A" - Dia terus menjawab, "N..O..R..A..S..I..M..A..H".. akak ni nama Norasimah, ana tersenyum.. Alhamdulillah, dapat seorang kenalan lagi. =)

"A..S..A..L?".. Akak menjawab, "P..A..H..A..N..G". Kak Nora memandang sekeliling, melihat orang-orang yang sedang bergerak memenuhi saff. Dia pandang ana, senyum, dan tiba-tiba dia mengangkat kedua tangannya, lantas menutup telinganya. Sambil menggeleng-geleng kepada. Ana kurang faham apa yang ingin disampaikan oleh Kak Nora. Kemudian azan berkumandang, kami membatukan diri. Habis sahaja azan, ana menulis, "S..U..N..A..T", dia mengangguk tanda faham. Kami meneruskan solat. Sejak semalam, ana masih dihurung pertanyaan. Macam mana mereka solat ye? Sedangkan mereka tidak pernah mendengar sebarang bunyi pun. Teringat kata-kata seorang sahabiah, : "Biasanya, orang yang pekak adalah bisu. Mungkin mereka sebenarnya boleh bercakap, tapi oleh kerana mereka tidak pernah mendengar sebarang bunyi, lalu mereka tidak tahu macam mana sebenarnya bunyi tersebut".. Terfikir.......

ALLAH mentarbiah kita mengikut cara dan kehendakNYA. Dengan melihat sekeliling, DIA izinkan kita berfikir tentang nikmat dariNYA. Nikmat melihat, nikmat mendengar, nikmat bercakap, nikmat berjalan, nikmat iman dan ISLAM. Nikmat dariNYA yang menjadi pinjaman kita semua. Bila-bila masa sahaja DIA boleh menarik semula pinjaman yang DIA berikan pada kita. Bersyukurlah, kerana DIA masih sudi melanjutkan tempoh peminjaman kepada kita semua. gunakanlah nikmat yang DIA pinjamkan dengan sebaiknya. ALLAH tak pernah bagi sesuatu tanpa sebab, kan?

Dengan pertuturan yang lancar, dengan nikmat pendengaran yang baik, tiada alasan untuk kita mengabaikan tanggungjawab kita sebagai khalifah.

Sekadar coretan dari hati, mohon maaf atas segala kekurangan. Saling berpesanlah kita dengan kebenaran, dan berpesan jua dengan kesabaran.

Wassalam.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers