Rezeki

Jumaat, 13 September 2013

Jumaat

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Semoga sihat-sihat sentiasa. :D

Alhamdulillah, ALLAH masih izinkan kita meneruskan kehidupan. Alhamdulillah.

Hari ni hari Jumaat. Penghulu segala hari.

Sebelum balik ofis tengahari tadi, nampak budak-budak lelaki jalan kaki, mungkin nak ke masjid untuk solat Jumaat.

Tersenyum sendiri. Teringat pada ayah. :D

Ayah, kalau nak pergi solat Jumaat, memang awal sangat!

Pukul 12 dah siap, dan suruh anak saudara ana yang 2,3 orang tu bersiap cepat jugak. Paling lewat ayah pergi masjid, pukul 12.30.;p

Katanya, biar kita tunggu orang, jangan orang tunggu kita.

^_^

Bila pukul 12 dah kena bersiap, adalah anak saudara yang mengamuk.

Haa, berani buat perangai depan ayah? Memang kena marah la jawabnya.;p

Ayah selalunya makan selepas balik dari masjid.

Takut mengantuk. :D

Anak saudara pulak, sebelum pergi masjid tu lah sibuk nak makan. Hoho.. Memang sajaaaa cari pasal dengan ayah. Awal-awal tak nak makan, asyik dengan game, tv. Dah disuruh bersiap ke masjid, baru ingat nak makan. :D Budak-budak.

Tapi tulah, melentur buluh biarlah dari rebungnya, ye tak?

Kalau dah jadi rebung, baru nak lenturkan, memang tak menjadi lah..

Ayah, memang dari  dulu. Prinsipnya : biar kita tunggu orang, jangan orang tunggu kita.

Alhamdulillah, prinsip tu melekat juga pada ana. Tapi, kadang-kadang tak jadi juga.;p Ada hal tak dapat elakkan, memang terpaksa biar orang menunggu. Huhu.. Rasa bersalah sangat..

Banyak teladan yang ayah tinggalkan untuk kami amalkan.

Semoga ilmu berguna itu bermanfaat kepada kami dan memberi pahala berterusan kepada ayah. Insya'ALLAH..

Jom, jadi hambaNYA yang bertaqwa. Setiap hari bertambah iman dan amal. Sama-sama kita usahakan.



Ma'as salamah.

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers