Rezeki

Isnin, 8 Julai 2013

Mata berkaca, Rindu Padanya

Assalamua'laikum.

Semoga sahabat sekalian sihat walafiat hendaknya.

Insya'ALLAH, Ramadhan bakal tiba 2 hari saja lagi. :D

Sekejap je masa berlalu. Dah bulan Ramadhan. Bulan masihi pun dah masuk Julai.

Tadi sempat bersembang dengan kakak ofis. Katanya teringat pada arwah mak. Ana terus teringat pada ayah. :) Iya, bulan Ramadhan ni, lebih teringat lah pada ayah. Dulu, naik moto dengan ayah pergi solat terawikh di surau. Petang-petang, kalau ayah free, ayah bawak ke bazar Ramadhan beli lauk atau kuih. Bila dah masuk poli, pertama kali berjauhan dari keluarga. Tiap-tiap hari ayah telefon, tanya makan apa untuk berbuka. Risau sangat takut anak bongsu ni tak cukup makan. Heeeeheeeeee. Bila tanya mak masak apa, ayah mulalah nak mengusik. Cakap masak ketam lah, masak udang besar, colek perut. Huh, memang tak boleh tahan, terus mengalir air mata. Heeee, sedih la konon sebab tak dapat makan best-best macam dekat rumah. :p Ayah pun terus pujuk, tapi tiap-tiap hari pun kena usik. :( pujuk, usik, pujuk, usik. Hehe. Anak manja, menangis je yang dia tahu.

Haih, rindunya pada ayah. Semoga ayah tenang di sana. Sayang ayah selalu.

Al-fatihah untuk ayah, Omar b. Arsad.


muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers