Rezeki

Khamis, 4 Julai 2013

Kun Fayakun

Assalamua'laikum. :D

Alhamdulillah, ALLAh masih beri peluang kepada kita untuk meneruskan kehidupan.

Rezeki, kalau ALLAH nak bagi, macam mana sekalipun pasti dapat. Tapi kalau bukan rezeki kita, macam mana usaha sekalipun, pasti tak dapat.

Semalam zauji keluar jumpa sahabat. Pagi tadi, zauji bercerita. Katanya zaujah sahabat tersebut dah hamil. Baru tahu result pagi semalam. Sahabat dan zaujahnya agak risau. Kerana mereka merancang atas anasihat doktor. Zaujah sahabat tersebut tak sihat. Penyakit berkaitan dengan tulang dan saraf. Oleh itu, doktor sarankan supaya beliau tidak hamil dalam tempoh 2,3 tahun ni. Mereka dah guna macam-macam kaedah merancang ; suntikan, IUD. Tapi ALLAH masih izinkan kehamilan berlaku. Kuasa ALLAH, tiada siapa mampu menghalang, kan?

Kami mendoakan. Semoga zaujahnya sihat dan kuat untuk menempuh tempoh kehamilan kali ini. Siapa tahu, mungkin ALLAH akan bagi kekuatan berganda untuk kehamilan kali ni? Semuanya di tangan DIA.

Kita merancang, ALLAH yang menentukan.



muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers