Rezeki

Jumaat, 1 Mac 2013

Penunjuk Mengaji

Assalamua'laikum.


Pernah buat sendiri tak?
Guna tali plastik pengikat  kotak ni? Heeeee

Dulu, plastik ni senang je nak cari. Maklumlah kami peniaga. Bila mak beli kertas, atau barang dalam kotak, mesti ikat dengan tali plastik ni.

Bila ayah potong, terus simpan. Nak buat penunjuk masa mengaji. Heeee

Tak tahulah orang negeri lain panggil apa.
Tapi kami biasa panggil "penunjuk'.
Bila nak mengaji, guna plastik ni lah tunjuk kat setiap huruf tu.
Selalu buat banyak-banyak, bagi pada kawan-kawan masa kelas fardhu ain n masa mengaji di rumah.
Heee, suka.

Dulu nak cari batang buluh yang cucuk sate tu macam jarang la sangat boleh jumpa.
Sate cucuk dengan lidi kelapa macam batang penyapu tu je.;p
Jadi, ini lah yang paling senang nak dapat n buat.
Masa mengaji, duk lipat-lipat sambil tunggu giliran tok guru panggil.
Pastu rosak, tukar yang lain pulak.
Kan buat banyak?? ehehe. 
Macam-macam kenangan masa budak-budak comot.;p

Semalam ambik kertas A4, 5rim. Dapat lah 1 kotak, dia ikat guna tali ni.
Terus teringat kenangan dulu-dulu.
:)


muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers