Rezeki

Khamis, 14 Februari 2013

Buat Bakal Ibu

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, masih berpeluang meneruskan kembara kehidupan. Moga setiap hela nafas kita diredhaiNYA.

Semalam, sembang-sembang dengan seorang ibu muda. Beliau bakal melahirkan anak kedua pada bulan 6 nanti. Anak pertama dilahirkan dengan kaedah pembedahan (C-Zer). Beliau sangat berharap agar dapat melahirkan dengan cara normal pada kelahiran kali ini.



Buat wanita yang akan melalui pengalaman kali pertama sebagai seorang ibu, banyak perkara yang perlu diulangkaji. Antaranya:
1- kaedah bersalin (normal / pembedahan)
2- Penyusuan bayi

Ramai yang pada mulanya dijangka dapat bersalin secara normal, tapi, pada saat melahirkan, ada yang tidak pandai meneran, sehingga menyebabkan bayi lemas. Ada yang dah sakit berhari-hari tapi jalan tak terbuka. Ada yang tak sakit-sakit meskipun dah terlebih tarikh jangkaan sehingga 2 minggu. Macam-macam boleh berlaku. Kita tak tahu, dan memang kita tak minta untuk dibedah. Tapi, kita tetap perlu ada persediaan. Apa yang perlu dilakukan sekiranya kita terpaksa menjalani pembedahan? Apa yang diperlukan setelah pembedahan? Macam mana nak jaga luka pembedahan? Persiapan mental dan fizikal sangat perlu.




Bagi penyusuan pula. Akan ada banyak ujian dan halangan. Buat yang pertama kali menjadi ibu. Menyusukan bayi bukan semudah "bersalin-terus boleh menyusu-anak kenyang-selesai". Meyusukan bayi juga ada tekniknya. Macam mana pelekapan yang betul? Bagaimana posisi yang membantu anak belajar menyusu selepas dilahirkan? Adakah setiap ibu boleh memberikan susu yang banyak kepada bayi sejurus setelah melahirkan? Adakah bayi akan kenyang setelah penyusuan kali pertama? Apa yang dinamakan kolostrum? Berapa banyakkan kuantiti susu yang bayi minum dalam hari-hari pertama kelahiran? Adakah nipple ibu memberi kesan terhadap penyusuan anak? Apakah yang dimaksudkan dengan 'nipple confusion'? Bagaimana meneruskan penyusuan setelah ibu kembali bekerja? Macam mana cara menyimpan susu ibu yang betul? Apakah yang dimaksudkan dengan EBM?

Banyakkk, sangat banyak yang perlu diketahui. Nak jadi seorang ibu, banyak yang perlu diketahui. Banyak yang perlu kita belajar. Ramai yang tidak dapat meneruskan penyusuan kerana campur tangan orang-orang yang lebih berpengalaman di sekeliling  (bagi minum guna botol sejak hari kedua kelahiran/suka cakap susu ibu muda tersebut tak cukup untuk anak/anak tak kenyang minum susu ibu) Banyak faktor yang boleh mengurangkan penghasilan susu ibu. Stress, kurangnya 'demand & supply', mind-set bahawa susu badan tak cukup. Malah, besar kemungkinan ada masalah dengan nipple yang menyebabkan anak tidak dapat dapat minum direct dari ibu tersebut. Maka, ibu terpaksa menjadi 'exclusive pumping mom'. Setiap orang akan ada masalah tersendiri. Bagaimana kita nak hadapi masalah tersebut?
ILMU + AZAM + KESABARAN

Sangat penting!



Sekali lagi, kepada bakal ibu, tak usah beria mencari info tentang tanda-tanda kelahiran, sedangkan ilmu penyusuan masih belum mencukupi. Pesanan buat ana juga. Semoga sebelum kelahiran bakal anak-anak yang seterusnya (bi iznillah), dapat menceduk sebanyak yang mungkin ilmu-info penting yang sepatutnya lebih diutamakan. :)

Jangan lupa. Anak yang soleh, dididik sejak sebelum dilahirkan. Pengisian rohani oleh ibu dan ayah, mampu mencorak peribadi anak yang belum lahir. :). Jadilah hambaNYA yang bertaqwa, semoga ALLAH membalasnya dengan kelahiran anak-anak yang soleh solehah. AMinn..


muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers