Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia. Alhamdulillah
Semalam, 16 Januari, Ilham genap 9 bulan. Ya, dah 9 bulan. Kejap je rasanya. Alhamdulillah, membesar dengan sihat. Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik hendaknya.
9 bulan.
- Ilham ada 7 batang gigi.
- Merangkak dengan sangat laju, adakalanya macam nak terbang bila nak terkam kaki orang yang lalu depan dia. :p
- Berdiri sendiri tanpa sokongan, dalam 15 saat paling lama.
- Suka pusing-pusing dalam rumah, berulang kali tanpa jemu.
- Bila penat, baring sekejap, lepas tu sambung balik.
- Kalau nak orang pandang dia, suka buat bunyi, kadang-kadang duk panggil mama, abbah. Huhu, bukan ibu dan ayah.;p
- Kalau tengok orang makan, suka duduk dekat-dekat. Duduk atas riba sambil pegang tangan kita. Comel!
- Suka makan roti, bihun, nasi + ayam, makan sup.
- Dah kurang makan nestum, mungkin sebab tangok makanan orang dewasa lagi sedap! ;p
- Kurang minum susu, kecuali masa tidur. Kalau dia tak tidur, minum susu dalam 2 oz sahaja, lebih suka minum air masak. Tapi kalau tidur, bagi susu, 4 oz boleh habis sekelip mata. Hoho
- Dah bagi kerjasama kalau nak potong kuku. Dah tak perlu tunggu dia tidur. Letak atas riba, dia akan relakan je kita potong kuku dia. Dia yang excited tengok orang potong kuku dia. :)
- Bila tengok ibu atau ayah pegang telefon, Ilham akan mula menarik perhatian. Cakap bahasa dia, dengan sangat kuat. Hehe. Bila bagi telefon, letak tepi telinga atau buat loudspeaker, terus senyap. Nak dengar suara orang sebelah sana je. Kadang-kadang buat muka pelik (maybe fikir, macam mana suara ni boleh ada dalam telefon.;p)
- Sukaaa sangat masuk dapur. Tengok ibu masak. Kadang-kadang, dia main kat tepi-tepi, tak kacau pun. :)
- Tidur malam, suka datang berhimpit. Nak rasa ada orang kat sebelah dia. :)
- Semalam, dah pandai main 'sorok-sorok'. Hehe, ibu dengan ayah menyorok (bukan main lagi, macam anak dah besar sangat.;p), Ilham cari..
- Terharu bila dia dah pandai tonjolkan perasaan dia. Bila bangun pagi, dia senyum-senyum. Lepas tu datang dekat, peluk dengan penuh manja. Alahai anak, so sweet! Kalau tak dapat barang yang dia nak, haa, terus pandang tempat lain.;p. (ikut perangai sape entah.;p)
Alhamdulillah, alhamdulillah. Semoga Ilham terus membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh wa musleh. :)
Doakan ya.
Wassalam