Rezeki

Rabu, 26 Disember 2012

Perkongsian - Hijrah


Assalamua'laikum.

***

Hijrah ke arah kebaikan merupakan suatu jaminan kejayaan, keharmonian sesebuah masyarakat. Tanpa hijrah, sesebuah masyarakat akan kekal dalam kejahilan, kemunduran dan fikiran sempit. Hijrah ialah suatu rahmat dari Allah buat hambanya untuk memastikan hambanya sentiasa memperbaiki diri dan masyarakat disekelilingnya.

Oleh yang demikian, setiap individu perlu memastikan dirinya sentiasa berhijrah kearah yang lebih baik, serta tidak meninggalkan tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu agar masyarakat disekelilingnya turut berhijrah.

Suasana di Malaysia kini amat memerlukan tuntutan islah dan hijrah. Di Malaysia, kita amat bertuah kerana semakin ramai ikon masyarakat yang berhijrah dan aktif dengan program perkongsian ilmu dan pengalaman, yang mana dapat memberi inspirasi kepada masyarakat berkenaan dengan hijrah dan usaha mereka untuk terus memperbaiki diri. Golongan ikon masyarakat ini, memberi suatu harapan baru kepada usaha dan proses dakwah di Malaysia. Seperti mana di zaman Rasulullah, golongan ikon masyarakat di zaman itu sangat banyak membantu kepada usaha dakwah Rasulullah dalam memperkenalkan islam. Antaranya; Abu Dzar dari penduduk Ghifar, Suhaib A-Rumi dari Rom, Huzaifah Al-Yamani dari Yaman, Umar Al-Khattab dengan kelebihan tersendiri yang dikagumi walaupun di zaman jahiliyahnya, apabila memeluk islam, kehadirannya memberi impak kepada masyarakat jalihilah ketika itu.

- perkongsian dari sahabat

***

Minggu lepas, seorang selebriti tanahair telah dijemput ke ofis ana, bagi berkongsi pengalaman penghijrahan beliau.

Rupa-rupanya, selebriti pun ada kumpulan usrah juga. :). Usrah mereka dinamakan sebagai "usrah fitrah". Menarik bukan?

Fenomena yang berlaku di negara kita kebelakangan ni, ramai selebriti yang telah kembali kepada fitrah. Berhijrah dari kegelapan kepada hidup yang lebih baik, disinari cahaya keimanan. Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah dipilih olehNYA untuk dikurniakan hidayah.

Islam itu mudah. Islam itu indah. Ia sempurna setiap masa, sepanjang zaman.

Ada kata-kata dari Heliza Helmi yang lekat di hati dan memori ingatan ana. Ada kisah yang beliau sampaikan :

"Ada seorang lelaki, yang miskin. Beliau selalu ke masjid. Suatu hari, beliau terfikir untuk menukar karpet masjid tersebut, memandangkan sudah lama tidak ditukar dan perlu diganti. Tapi, beliau tidak mempunyai wang. Maka lelaki tersebut menyuarakan pandangannya kepada Imam Masjid untuk membuat kutipan bagi membeli karpet yang baru.

Imam bersetuju dan menyerahkan tugasan tersebut kepada beliau. Lelaki tadi dengan gigih mengumpul wang daripada orang ramai termasuklah orang-orang berada yang telah menyumbangkan beribu-ribu wang ringgit. Setelah mendapat wang yang cukup, lelaki tersebut telah berjaya menukar karpet di masjid."

Heliza bertanya : berdasarkan cerita tadi, siapa yang paling banyak pahala?

macam-macam jawapan yang diterima daripada audiens. Jawapan Heliza pula : pastinya lelaki yang telah berusaha untuk mencari dana tersebut. Kalaulah lelaki tersebut tidak terfikir untuk menukar karpet masjid tadi, pastinya tak ada ruang untuk orang ramai memberi sumbangan. Tanpa inisiatif dari lelaki tadi, orang takkan bagi derma. :)

Lepas dengar cerita tersebut, ana tersenyum sendirian. Ya, banyak ruang untuk kita membuat kebaikan sebenarnya kan? Kalau kita tak ada ilmu, kita anjurkan kuliah, dan panggil orang yang ada ilmu. Kalau kita tak ada duit, kita suarakan pendapat, mintak pihak surau / masjid yang anjurkan. :). Mungkin orang lain tak nampak nama kita di atas kertas, banner, tak mengapalah. Malaikat ada untuk mencatat. Walau sekecil manapun usaha kita, yakinlah bahawa ALLAH itu maha teliti. :). Buat kebaikan, dapat ganjaran. Buat kejahatan, juga akan mendapat balasan.



wassalam.

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers