Assalamua'laikum.
Alhamdulillah, ALLAH masih panjangkan usia. Masih izinkan kita semua meneruskan kehidupan. Alhamdulillah.
Hidup, memang fitrahnya berliku. Kalau jalan lurus je, tak ada cabaran, tak bestlah, kan?:D
Hidup, kadang kala di atas, ada masanya di bawah. Perlu sedar, bahawa kita makhluk ciptaanNya yang penuh dengan kekurangan. Segala yang kita ada hanyalah pinjaman dari Tuhan sekalian alam. Ada masa DIA bagi baanyaakkk. Sampai masa, DIA ambil semula. Nak marah? Layak ke? Sedangkan kita hanya meminjam. ~ sedar diri~
4 Disember 2012.
Tahun 2012 bakal berakhir lebih kurang 27 hari saja lagi. Hidup kita? Mungkin berakhir bila-bila masa sahaja. Mungkin sekejap lagi, mungkin malam nanti, mungkin esok, minggu depan atau bila-bila saja. Bersedialah sebaik mungkin.
2012
Ayah, Pak Ngah, Abang Din kembali ke rahmatullah. Mereka bertiga merupakan insan yang istimewa buat kami. Ayah dan Pak Ngah selalu saja mengusik kalau berjumpa. Dialog yang tak pernah terlepas :"Agak-agak sapo yang pergi dulu agaknyo?" Huhu. Ayah dan PaK Ngah ni adik beradik satu mak satu ayah. Mereka berdua memang rapat. Pak Su, Pak Cu, Mak Cik Dah, Mak Teh pula adik beradik yang lain bapa. Lepas Atuk meninggal, nenek kawin lain.
Ayah selalu cakap : Kita semua ni tunggu masa je nak jumpa ALLAH. Sampai masa, memang pergi jugak. Sedia ke tak sedia, tak ada masa nak tangguh-tangguh. Nak buat baik atau jahat, terpulanglah. Kalau rasa sempat taubat, buatlah.
Kalau larang ayah makan apa-apa yang sepatutnya ayah pantang, hehe, ayah bagi ayat sakti lah: "alah, nk makan ni masa hidup jah. Nanti dah mati, tak leh makan doh." huhu. Terus terkedu.;p
Dulu masa kecik-kecik, ayah memang manjakan ana. Sangat manja kot. Huhu. Setiap kali ada sukan tahunan kat sekolah, mesti dapat tikar baru.;p. Bukan guna pun, tapi tulah, mengada nak beli tikar. Kononnya nak duduk atas padang senang. :D.
Masa sukan tahunan di sekolah, ana memang suka masuk apa-apa acara. Masa darjah 1-3, memang masuk pasukan persembahan padang. Hehe. Kan ada persembahan pembukaan tu. Pegang pompom (buat dengan tali), pastu duk menari, tepuk-tepuk tangan guna tempurung kelapa. Huhu. Pompom tu kena buat sendiri. Ayah dan kakak la yang sibuk buatkan. :p. Yang tempurung kelapa tu, pagi-pagi nak pergi berlatih, memang selalu kena pergi ambik yang baru kat kedai orang jual santan. Huhu, selalu tertinggal kat rumah. Jarak rumah dengan sekolah 18 KM. Memang taka da maknanya nak patah balik semata-mata nak ambik tempurung tu. So, ayah la yang pergi cari kat kedai, kikis-kikis sabut yang ada, buat pula dengan kertas pasir nak suruh licin, cantik. Pastu hantar ke sekolah. Semata-mata sebab anak bongsu yang manja ni nak guna. Huhu.
Masa sekolah rendah, selalu la jugak dapat hadiah masa penyampaian hadiah akhir tahun. Ayah la yang selalu datang temankan. Sengih-sengih bila naik pentas. Cari ayah (sempat lagi).
Bila naik sekolah menengah, ayah la jugak yang selalu datang jumpa cikgu. Cikgu pun dah kenal dah ayah Syuhada nih. Selalu hantar barang tertinggal la apa.;p. Lagipun mertua kakak yang nombor 2 meniaga kat kantin sekolah. Ayah selalu la jugak hantar barang kat depa. Kamikan peniaga brang runcit. Depa selalu la beli barang dari kami.
Haih, rindunya kat ayah. Agak-agakla kan, macam mana bila Ilham dah besar nanti. Sape yang nak pergi ambik Ilham. Sape yang akan ke majlis kat sekolah Ilham. Hehe. Tak sabar nak lalui semua tu. ;p. (anak baru umur 7 bulan setengah, ibunya dah fikir pasal sekolah.haih. ) Ilham sekarang duk rajin meneman sepupunya mengaji. Suka betul dia tengok buku Iqra' tu. Kalaulah ada Iqra' yang macam dulu-dulu, jenis plastik tu. HUhu. Ada lagi ke sekarang agaknya? Sekarang ada jenis kain, 'soft book' nama omputehnya. Tapi, tak terbeli lagi.;p. Banyak betul nak beli. Kena tengok bajet.Huhu.
Eh, entah apa dah jadi. Cerita berlanjutan dari satu bab kepada satu bab yang lain. Ehemm, cukuplah dulu kot. Kalau bagi peluang cerita, memang banyak la. Next entry, kot. :D.
Entahla ada apa kat atas tu. Kalau ada yang boleh ambik jadikan teladan. Yang tak boleh, jadikan sempadan. :D
Wassalam.