Rezeki

Isnin, 6 Ogos 2012

RAMADHAN ~ muhasabah ~ syukur

Assalamua'laikum.

Semoga sahabat sekalian dalam dakapan iman sentiasa, hendaknya.

Hari ini, 17 Ramadhan, bersamaan dengan 6 Ogos 2012. Ramadhan berbaki, lebih kurang 12 hari saja lagi.

Cepat sungguh masa berlalu. Kadang-kadang tak terasa. Turun rumah pukul 6.45 pagi, sampai rumah dalam 5.15 petang. Berlari siapkan diri, melayan anak kecil yang hampir seharian ditinggalkan, masak untuk berbuka. Dah lepas berbuka, solat, cuci pinggan mangkuk, tidurkan anak, eh, dah azan Isyak. ALLAH. Baru-baru ni, terkejut bila zauj cakap : hari ni dah 15 Ramadhan. Hah? dah 15 ke? tak sedar langsung.

Masa berlalu, tak tunggu kita. Usia semakin meningkat. Tanggungjawab semakin banyak. Bekalan pula bagaimana? ALLAhu ALLAH.

Semoga ALLAH meredhai setiap hela nafas sepanjang umur yang telah kita lalui. Memberkati setiap rezeki yang kita perolehi.

Ramadhan kali ini, 1433 Hijrah.

Tahun ni, pertama kali berpuasa dengan suami di sisi. Walaupun ini dah masuk tahun kedua berkahwin, tapi, sebelum ni duk asing-asing. =)
Tahun ni, ALLAH kurniakan buah hati, Muhammad Ilham Syakirin.
Tahun ni, sangaaattt terasa singkatnya waktu. (^_~)
Tahun ni, tahun yang cukup banyak penyebab untuk ana mengkoreksi diri.

Semalam, Ilham dah boleh balikkan badan. Dah boleh meniarap. Alhamdulillah. Betapa gembiranya ibu dan ayah, bila melihat perkembangan anak di depan mata. Terpegun melihat gigihnya seorang insan kecil. Mencuba, berusaha sepenuh hati, sedaya upaya. Bila dia letih, betul-betul letih, barulah akan menangis. Tapi, sekejap je. Dah baringkan dia, mulalah nak berusaha untuk meniarap lagi.

Malu pada si kecil. Kita yang dah besar panjang. malah dah tua ni, mudah sangat putus asa. Bila dah penat, mulalah malas nak usaha. Macam-macam alasan kita bagi. T_T. PEringatan buat diri.

Apapun, dalam tempoh yang masih berbaki, semoga ALLAH berikan kekuatan. Dan kurniakan kesihatan yang baik. Bersama memaknakan hari yang mendatang, memanfaatkan hari sedang dilalui. Hidup hanya sekali. Iman itu tidak boleh dijual beli!


Al-Fatihah buat arwah ayah, Omar bin Arsad. 
22 November 1943 - 16 Mac 2012
Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.


Wassalam

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers