Rezeki

Jumaat, 13 Julai 2012

saat, minit, jam, hari, minggu, bulan, tahun

Assalamua'laikum.

Alhamdulillah, seinfiniti syukur dipanjatkan kepadaNYA, atas kurniaan nikmat umur, kesihatan, keluarga, kerja, dan segalanya. Alhamdulillah. Terima kasih ya ALLAH.

Setiap masa yang berlalu, tak dapat diundur kembali. Anak semakin hari semakin bijak menyesuaikan dirinya. Walaupun ibu dah tak ada di sisi, beliau sentiasa 'behave'. Alhamdulillah. Ilham soleh, kan? (^_~). Ibu pergi kerja kejap je. Nanti petang, ibu balik jaga Ilham pula. (mode memejuk hati sendiri) =)



Percaturan ALLAH sentiasa yang terbaik. DIA takkan ambil sesuatu kecuali menggantikan dengan yang lain. Walaupun tak sama seperti dulu, namun mampu mengubati kita semua.

Pemergian ayah pada 16 Mac yang lalu, agak menyedihkan sebenarnya.. Ana tak pernah jumpa nenek dan datuk, kerana keempat-empat mereka meninggal sebelum ana lahir lagi. Selalu doa, semoga anak nanti sempat merasa ada datuk nenek. Tapi, ALLAH dah takdirkan ayah pergi dulu sebelum sempat melihat cucu yang dilahirkan anak bongsunya. ALLAH maha mengetahui.

Sebulan selepas pemergian ayah, 16 April 2012, Muhammad Ilham Syakirin bin Muhamad Rashdan selamat dilahirkan. ALLAHu ALLAH. ALLAH maha mengetahui. Dia hadirkan si kecil, ketika kami masih merasai pemergian ayah. Tiada lagi suara ayah, diganti dengan celoteh si kecil. Tiada lagi batuk-batuk tok ayah, yang ada suara tangisan si kecil. Tiada lagi susuk tubuh yang selalu dipeluk ketika sakit ditengah malam suatu ketika dahulu, anak kecil itu kini menjadi pengganti. Dulu, berjaga malam sebab memicit betis ayah yang selalu lenguh, sekarang duk layan anak yang dah pandai ajak orang main.

ALLAHu ALLAH.

Dulu, terfikir, macam mana agaknya bila ayah dan mek dah tiada. Macam mana nak menghadapi hari-hari mendatang? Bolehkah menahan air mata, tatkala melihat orang lain memeluk, mencium ibu bapa mereka.

Sekarang, sudah melaluinya sendiri. Hanya ALLAH yang tahu bagaimana perasaan ini. Hampir 24 tahun ALLAH pinjamkan ayah, kini, DIA ambil semula. Kenangan demi kenangan, tambahan pula, ana sememangnya 'anak ayah', makin bertambah sarat kerinduan pada ayah. Masa berpantang dulu, selalu mimpikan ayah. Teringat kenangan dengan ayah, sejak kecil. Ayah memang manjakan anak bongsu yang seorang ni. Sampai sekarang, anak bongsu ni belum puas bermanja dengan ayah. Sangat merindui seorang ayah. Bila tengok bapa mertua, air mata selalu menitis. Bila tengok drama dalam TV, air mata mengalir laju. Rindu ayah.

ALLAHu ALLAH.

Semoga ALLAH tempatkan ayah bersama orang -orang yang beriman dan beramal soleh.

Yang masih punya ayah dan ibu, gunakan kesempatan yang ada. Semoga sepanjang hayat mereka di dunia ini, tiada rasa kecewa atau sedih dengan perilaku kita.

wassalam



* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers