Alhamdulillah, ALLAH masih pinjamkan nyawa. Moga diberkati setiap masa sepanjang usia.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w. serta sahabat dan keluarga baginda.
Al-fatihah buat yang telah tiada, terutama ayah yang tercinta, pak Ngah yang telah turut serta. Hmm, lebih kurang 3 bulan selepas pemergian ayah, Pak Ngah (abang ayah, 1 ayah 1 mak) turut mengikut jejak langkah ayah. Asbab : sakit jantung. Sebulan sebelumnya, sepupu (anak Pak Ngah), juga menyahut seruan ilahi.
ALLAHu ALLAH.
Tahun ni, sejak Mac hingga Mei, kami kehilangan 3 orang ahli keluarga yang sangat dekat dihati. Bermula dengan ayah, diikuti sepupu dan kemudian Pak Ngah.
Kalau dah sampai masanya, takkan awal mahupun lewat walau sesaat. Al-Fatihah buat mereka. Semoga ditempatkan bersama orang -orang yang beriman.
KEMATIAN ITU MENJADI PERINGATAN KEPADA YANG MASIH HIDUP
Semua orang tak tahu bila ajal akan tiba. Semuanya telah ditetapkan oleh ALLAH, namun dirahsiakan dari kita semua.
Bersediakah kita menghadapinya? Bekal yang ada, bagaimana?
Saling berpesanlah kita ke arah kebaikan. Jangan mensia-siakan usia yang masih bersisa. Jangan megah meskipun angka sudah mencecah ratusan. Kerana belum tentu perjalanan sepanjang usia itu dirahmati dan diredhaiNYA.
Tutup aurat dengan sempurna. Maruah terpelihara, ALLAH pun suka. (^_~).
Ayuh, cari redha ALLAH.
wassalam
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *