Rezeki

Isnin, 13 Februari 2012

Dengan nama tuhanku

Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Semoga dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Kami, alhamdulillah, sihat dengan izinNYA.



Lama tak berceloteh, hanya memaparkan jemputan ke program sahaja. (^_^). Maaf ya. Masa sangat-sangat cemburu dengan kita. Ada masa lapang, tapi tidak berpeluang melayari internet. Dah buka internet, idea pula hilang. Puas diselongkar, tak jumpa-jumpa. :p

Hari ini, berpeluang menemukan masa dan idea. Alhamdulillah. (^_~).

Minggu lepas, kita menyambut ulang tahun kelahiran junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w. Diseluruh pelusuk negara, pelbagai acara dan akriviti dijalankan/dianjurkan bagi menunjukkan dan menyemarakkan cinta dan rindu kepada junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.

ALLAHUMMA SOLLI A'LA SAYYIDINA MUHAMMAD

Rindu. Ya, rindunya kita pada susuk tubuh yang tak pernah kita lihat itu. Cinta. Ya, sangat cinta pada susuk tubuh yang menjadi kekasih ALLAH itu. Namun apa yang kita rasa masih belum cukup untuk menandingi kasih dan cinta Baginda terhadap kita, yang masih mengingati kita walaupun telah berada di saat-saat akhir hayat baginda. Namun, sama-sam akita berdoa, agar usaha yang sedikit untuk mencintai dan menyemarakkan rindu kita terhadap Baginda, akan mendekatkan kita kepada kasih sayangNYA. Mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak.

***

Akhir kalam, ana ingin mengajak sahabat-sahabat sekalian untuk bersama-sama berkunjung ke Ekspo Buku Islam yang akan berlangsung sebagaimana berikut:

TARIKH : 24 FEB - 4 MAC 2012

MASA : 10.00 PAGI - 9.00 MALAM

TEMPAT : DEWAN CEMPAKA SARI, PRESINT 3, PUTRAJAYA (Berhadapan dengan Masjid Besi)
 
Terdapat 100 gerai yang akan disediakan sepanjang program tersebut. Pastinya banyak koleksi buku yang dapat kita cari di sana nanti. Jadi, sama-sama kumpul duit sementara menanti tibanya waktu yang dijanjikan. (^_~). Jangan beli saja tau, kena baca. Barulah dapat faedahnya!
 
Sehingga bertemu lagi dilain masa. Wassalam
 
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers