Rezeki

Isnin, 30 Januari 2012

Kembali ke Kota Konstantinopel Malaysia. (^_~)

Assalamua'laikum.

Apa khabar sahabat sekalian? Semoga sihat sentiasa hendaknya. Kami, alhamdulillah, sihat walafiat dengan izinNYA.

Kepada adik Syirah a.k.a ummu Solihin, selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-22 dik. Tahun ni, ALLAH izinkan kita bersama lagi. Dengan amanah yang makin bertambah. Semoga dipermudahkan segala urusan, diredhai ALLAH dalam setiap perkara. (^_^)



Lebih kurang seminggu berada di kampung. Bergilir-gilir antara rumah di Kuala Krai dan Kota Bharu. Tenggelam dalam kesibukan menunaikan tanggungjawab kepada ibu bapa dan keluarga, sementara masih ada masa yang berbaki. Penat tapi hati gembira. Dapat melihat sendiri keadaan ayah, yang selalu jatuh tersungkur secara tiba-tiba. Selalu juga menitis air jernih di pipi, bila ayah tiba-tiba tersungkur depan mata. Hanya doa mampu dititipkan. Abah di Kota Bharu juga kurang sihat. Hanya mampu baring dan duduk sahaja. Bila bertentang mata, terus terukir senyuman di wajah abah. Cekalnya hati mereka.

Seminggu di pangkuan keluarga, seakan berlalu dalam sekelip mata. Tak puas rasanya berbakti kepada mereka. Terlalu sedikit yang kita mampu lakukan, tak kan mampu membalas segala jasa mereka membesarkan kita sehingga menjadi insan seperti sekarang. Doa, Doa, Doa. Terus berdoa. Itulah saja yang termampu. Semoga ALLAH kurniakan kesabaran dan kelapangan kepada mereka. Menempatkan mereka di antara hambaNYA yang bakal berada di Syurga nanti. Aminn.

***

Bali kampung, tak banyak yang dilakukan kecuali bersama keluarga. Hari Ahad, ke Klinik Kesihatan KK dan terus pulang ke Kota Bharu. Isnin dan Selasa sibuk dengan persiapan dan kemas mengemas barang-barang yang digunakan untuk solat hajat. Rabu dan Khamis berada di Kota Bharu. Khamis petang, memenuhi jemputan kenduri sahabat sepejabat. Barokallahulakum... Semoga ALLAH limpahkan kebaikan dan rahmatNYA keatas rumah tangga yang dibina. Jumaat petang kembali ke K.Krai dan Sabtu, seharian dalam perjalanan. Hampir 12 jam. (^_~). Alhamdulillah, ALLAH selamatkan perjalanan. Kereta agak banyak, berderet-deret. Tapi masih dilancarkan perjalanan. Kami lambat sebab banyak berhenti rehat. Hee. Berhenti di Hentian Gua Musang yang baru dibuka, hampir 1 jam 30 minit. =p. Makan-makan, rehat, solat, jalan-jalan tengok kawasan. Hehe. Saja tinjau-tinjau tempat baru. Disyorkan kepada sesiapa yang selalu balik ke Kelantan. Semuanya ok. Selesa.

Baiklah, sampai di sini saja. Semoga dalam jagaan ALLAH sentiasa. (^_^).

Ilal liqa', ma'as salamah.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers