Apa khabar semuanya? Semoga hari ini dilalui dengan cemerlang. Esok, harapan menggunung semoga yang lebih baik bakal dihasilkan.
Kami, alhamdulillah, masih diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan yang entah dimana penghujungnya. Bila-bila masa saja mungkin penamatnya. Wallahua'lam. Apapun, kita perlulah sentiasa berusaha untuk menjadikan setiap detik dalam kehidupan kita sebagai detik terbaik dan sentiasa meningkatkan taqwa kita kepadaNYA. Apalah ertinya hidup kita di dunia ini andai tiada satupun yang mampu menjadi bekalan ke negeri abadi? Apalah ertinya kehidupan di dunia ini jika semuanya hanya mengundang murka ALLAH?
ALLAHu ALLAH.
Segalanya hanya dari DIA dan hanya kepadaNYA kita dikembalikan.
***
Tadi terdengar perbualan ibu-ibu. (^_~). Suka dengar para ibu ni sembang-sembang.
"Sejuk hati bila ada anak soleh, kan?" ibu A.
"Siapa yang tak nak dapat anak soleh, kan? Semua orang nak." Ibu B.
"Memang semua orang nak. Saya memang selalu doa, harap-harap adalah rezeki saya untuk dapat anak soleh ni. Sekarang ni kita tak membesarkan anak-anak sendiri. Tak tahulah macam mana anak-anak kita tu kat rumah. Balik rumah dah gelap. Keluar rumah embun pun duk menitik lagi. Harapkan ALLAH yang jaga anak-anak ni". Ibu A.
"Iyelah. Sekarang ni macam-macam berlaku. Saya selalu pesan dekat anak-anak. Solat tu jaga. Jangan duk tinggal suka-suka je. Nanti dapat dosa. Kita ni kena selalu peringat kat anak-anak. Solat tu tiang agama. Kalau solat tak didirikan, robohlah agama kita." Ibu B.
"Betul tu. Kalau solat tak dijaga, nanti nasihat pun susah nak lekat kat hati." Ibu B.
****
Tak sempat dengar habis, sebab terpaksa sambung kerja. (^_~).
Apa yang dibualkan oleh mereka, berkesan di hati ana. Ya, sekarang ni makin risau dengan keadaan sekeliling. Andainya kumampu menjaga sendiri bakal zuriat nanti, alangkah bahagianya. Namun, sangat banyak kekangan yang mendatang. Terasa sangat cemburu pada ibu-ibu yang menjadi surirumah sepenuh masa. Ya, ana cemburu pada kalian. (T.T).
Namun tetap juga berdoa, semoga ALLAH permudahkan segalanya. Lembutkan hati insan-insan yang sangat membantah jika ana berhenti kerja. Ya ALLAH, permudahkanlah. Nak seribu daya, kan? Doa, doa..
Doakan kami murah rezeki ya. Best kan kalau dapat buka nursery @ buat bisness kedai makan @ kedai buku @ buka PASTI????????? Ya ALLAH, permudahkan.. aminnnn..
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *