Rezeki

Khamis, 8 September 2011

Syawal 1432H

Assalamua'laikum.


Apa khabar sahabat sekalian? Semoga sihat sentiasa hendaknya. Alhamdulillah, masih diizin ALLAH untuk kita bertemu dilapangan kehidupan pada hari ini. Semoga segalanya dalam redha ALLAH hendaknya.

Disaat kita bergembira, pasti ada yang menderita. Disaat kita bersuka ria, ada yang sedang menanggung kesakitan. Semoga kita tidak pernah melupakan mereka, yang juga merupakan saudara kita.

***

Beberapa blog dalam list ana telah di'update'. Tahniah sahabatku. (^_~).

Ana baru saja mula bekerja semalam. 7 Sept 2011. Sebenarnya hari Sabtu dah sampai sini, tapi sangat berat untuk datang ofis. Oh, sangat teruk! :p. Hari Isnin, memang sengaja ambil cuti. Alang-alang dah cuti, kami (zauji dan ana) ke hospital. Set tarikh untuk jumpa Mr. Dr.
Pada 26hb nanti, zauji ada temujanji dengan Mr. Dr. semoga ALLAH permudahkan segalanya.

***

Raya.

Tahun ini, kali pertama beraya bersama zauj dan keluarga mertua. Alhamdulillah, ana insan bertuah. 2 hari sebelum raya, dan hari raya pertama, kami berada dirumah zauji. (^_~). Bukan senang nak jumpa kan? Biasanya raya kali pertama, tahun pertama, pasangan akan beraya dirumah isteri. Hehe. Tapi tidak bagi kami. Terima kasih ya ALLAH. kerana memilihku. Hanya yang pernah merasai akan mengerti perasaan insan-insan terpilih ini. :p

Apa pun, semua tu tidak menjadi masalah sebenarnya. Bak kata mek : "duk rayo mano-mano pong serupo jah. Tok soh sedih-sedih. Nanti balik jupo mek ayoh jugok".. Hehehehehe

Kebetulan raya kali ni, mek dan ayoh beraya di Tumpat. Tempat kelahiran Mek. Jadi, takde lah jauh sangat Kota Bharu dengan Tumpat, kalau nak dibandingkan KB dengan Kuala Krai.. Hehe.. Bukan main happy lagi Mek raya kali ni. Kakak baru pindah ke Tumpat. Alhamdulillah, rezeki Ramadhan. Dapat naik pangkat. Balik pula ke kampung Mek. Sekarang menyewa di rumah atok saudara kami. Dikelilingi saudara mara. Maka Mek tidak membuang masa, terus saja mengambil peluang dan buat keputusan untuk menyambut raya di sana. Pantai Sri Tujoh! Haaa, itulah kampung kami. (^_~)

Sangat-sangat best tau. Bayangkan hari raya ketiga, jam 9.00 pagi kami sudah terpacak di tepian pantai. Lebih kurang 2 jam 30 minit bermandi manda tanpa gangguan sesiapa. Hehe. Paling best tengok zauji dan abang ipar duk melayan anak buah yang 3 orang tu main air. Si kecik Amar tu, sangat berani. Tak padan dengan kecil. Aduhai, macam-macam ragam. Hehe.

Raya kali ni tak penat sangat, sebab tak perlu merentas jem, sebab saudara mara belah Mek, memang dah keliling rumah. Memang ada sekitar Sri Tujoh tu je. Raya ke-3 pula kami ke Pasir Pekan, walimah anak buah yang sulong. (^_~). Tahniah ye Yana sayang. Semoga ALLAH permudahkan urusan kalian. Sue dan Ayah Su akan sentiasa doakan.

Ditempat kenduri, kami jumpa pula dengan saudara mara belah Ayoh. Pak Ngah dan rombongan dari Pahang datang memenuhi undangan walimah. Meriah betul. 6 buah kereta penuh. Semua ada. Kak Nor dan keluarga, Abe Kerri dan keluarga, Abe Din dan keluarga, Kak Syikin, dan ramai lagi.  Alhamdulillah, dapat jumpa semua. Cuma ada beberapa orang yang kami tak sempat jumpa kali ni. Insya'ALLAH, balik nanti kami ziarah ya.

Cuma agak terkilan, rancangan untuk beraya ke rumah adik Syirah, tidak kesampaian. ;(. Haih, bilalah agaknya acik boleh jumpa Amir Solihin? Semoga ALLAH permudahkan. Aminnn

***

Hari ni berceloteh pasal raya je. Sesuka hati. :p.

Sahabat yang dikasihi ALLAH sekalian. Hari ni dah bertarikh 10 Syawal. Tinggal lebih kurang 20 hari saja lagi sebelum Syawal meninggalkan kita. Sementara ALLAH masih beri masa, peluang, ruang, kesempatan, kesihatan.. dan nyawa ni.. Sama-sama lah kita tingkatkan taqwa kita kepadaNYA. Puasa 6 jangan dilupa. Kalau tiada jemputan rumah terbuka, ofis terbuka, bolehlah pakat-pakat puasa. (^_~). Cafe ofis pun mungkin masih ada yang tak mula berniaga. Apa kata kalau gunakan peluang yang ada ni untuk berpuasa? (^_^). Kepada muslimat-muslimat yang disayangi sekalian, puasa yang ditinggal jangan dilupa. Ganti awal-awal, senang. Boleh selang seli Isnin Khamis. ALLAH bagi banyak peluang. Rugi kalau kita sia-siakan.

Apa pun, terpulang kepada diri masing-masing. Sekadar cadangan dari ana. Kepada yang sudah mula berpuasa, selamat berpuasa. Kepada yang sudah beraya kali kedua, tahniah. (^_~). Kepada yang masih belum mulakan, jom, kita puasa sama-sama. (^_~). Peluang masih terbuka. Semoga ALLAH permudahkan segalanya.

Siiru a'la barokatillah.

Ilal liqo', maa's salamah.


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers