Rezeki

Jumaat, 1 Julai 2011

Kita adalah makhlukNYA


Assalamua'laikum..

Apa khabar sahabat yang dikasihi ALLAH sekalian? Semoga dalam lindungan ALLAH sentiasa hendaknya. Ana, alhamdulillah, sihat walafiat, dengan izinNYA.

Jika DIA berkehendakkan sesuatu, tiada satu kuasa pun yang mampu mengatasiNYA.

ALLAHu ALLAH.

Ada masanya, kita akan mengeluh atas apa yang telah berlaku kepada kita. Rasa kecewa dan kesedihan yang mencengkam jiwa, kadangkala membuat kita lupa seketika, indahnya hidup dengan rasa bertuhan.

Rasa derita dengan kesusahan yang dialami, boleh membuat kita lupa seketika, bahawa kita punya ALLAH yang maha Kuasa.

Merajuk dengan apa yang telah ALLAH aturkan untuk kita, siapa kita sebenarnya??

ALLAHu ALLAH.

Setiap detik, setiap ketika, dalam jaga mahupun lena, ALLAH sentiasa bersama kita. Sentiasa ingat pada kita. Dikurniakan pelbagai nikmat yang tak berbelah bagi, mengikut ketetapan yang DIA mahu. Tapi mengapa kita masih berkira untuk mengucapkan syukur kepadaNYA?

********

Semoga ALLAH bimbing hati kita semua, untuk terus taat kepada setiap suruhanNYA, mencegah diri dari mengundang murka DIA.

ALLAHu ALLAH.

KAUlah satu-satunya Tuhan sekalian alam. Yang layak disembah, dan kami menyerah diri kepadaMU. Hanya kepadaMU lah kami memohon pertolongan.

Bantulah kami, terimalah taubat kami. HambaMU yang sentiasa lupa dan leka. Mohon diperkenankan doa kami ini, ya ALLAH.

Sesungguhnya milik ENGKAU lah segala yang ada dilangit dan dibumi.

*************





Jaga diri, hiasi peribadi. Semoga dalam dakapan rahmat dan redha ALLAH sentiasa hendaknya..

Wassalam

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers