Rezeki

Rabu, 15 Jun 2011

Cubit kanan, Kiri juga merasainya


Assalamua'laikum.

Apa khabar semuanya? Semoga sihat-sihat saja hendaknya. Andai ada keuzuran, jangan lupa makan ubat ya. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.

Alhamdulillah, hari ini, masih berpeluang meneruskan kehidupan. Syukur padaNYA. Semoga ALLAH sampaikan kita kepada Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi..

Oh rindunya pada Ramadhan. Bulan yang penuh barokah. Pesta ibadat. Malam-malam seakan hidup. Ramai yang bangun sujud dan mengagungkan ALLAH s.w.t., berbanding bulan-bulan yang lain. Peluang digunakan sebaik mungkin, mengumpul bekalan untuk ke destinasi abadi. Ramadhan, izinkan kami bersamamu sekali lagi.

Pagi ini, ana ke pejabat dengan bas. Sebaik saja masuk ke perut bas, senyuman terukir di wajah. Asma' ALLAH memenuhi ruang. Ya ALLAH, jarang dapat dengar IKIM.FM masa naik bas. (^_^). Seingat ana, dalam tempoh hampir 3 tahun berada di sini, 3 orang je 'driver' bas NADI yang suka pasang radio IKIM.FM masa 'drive'.. Alhamdulillah, walaupun sedikit, tapi masih ada lagi mereka-mereka yang sebegini. Semoga ALLAH melimpahkan rahmatNYA keatas mereka.

Kan bagus kalau macam ni. Tenang je.. Berpagi-pagian dengan alunan zikir dan diselit juga doa-doa untuk kita semua. Roh pun ada 'energy' nak buat kerja. Semangat tu lebih! Nanti dapat buat kerja dengan tenang, damai dan berkualiti. Best kan?

**************************

Wahai muslimah sekalian,
cubalah lihat disekelilingmu.
Ramai sahabat wanita yang sedang menghulur tangan,
mohon disambut oleh kita semua.

Wahai muslimah sekalian,
lihatlah disekelilingmu.
Ramai wanita yang sedang telanjang,
walaupun zahirnya mereka berpakaian.

Wahai muslimah sekalian,
Lihatlah sekelilingmu,
Masyarakat semakin leka,
lupa bahawa dunia hanya sementara.

Wahai muslimah sekalian,
lihatlah sekelilingmu.
Ramai remaja hilang dara,
begitu mudah menyerahkan kepada syaitan bertopeng manusia.

Wahai muslimah sekalian,
Lihatlah sekelilingmu,
Pesta maksiat merata-rata,
Masyarakat semakin menggila.

Wahai muslimah sekalian,
Lihatlah sekelilingmu,
dengan keadaan masyarakat yang sebegini,
masih ada masa untuk bergoyang kaki?

Wahai muslimah sekalian,
Mahu tunggu sampai bila?
Mahu tunggu siapa untuk mula?
Mahu tunggu saudara kita jadi mangsa?

Ayuh muslimah sekalian.
Banyak yang perlu kita laksanakan.
Andai tidak mampu angkat senjata,
gunakan saja segala peluang yang ada.
Menulis, juga berguna.

Dakwah, tak mengenal usia.
Dakwah, tak mengenal siapa.
Dakwah, tak mengenal jantina.
Siapa saja boleh lakukan.
Dengan bekal ilmu di dada.

Perlu diingat dua't sekalian,
Ilmu dan amal perlu seiring,
bimbang mendapat murka tanpa sengaja.
Segala usaha jadi sia-sia.

Semoga ALLAH redha,
menjadi bekalan untuk ke Syurga.

Ayuh bersama menjejak cinta Pencipta,
- Syuhada.... 150611 -

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers