Rezeki

Khamis, 26 Mei 2011

Cemerlang dengan ISLAM



Assalamua'laikum.






Apa kahabar sahabat sekalian? Smeoga dalam lindungan dan kasih sayang ALLAH sentiasa hendaknya. Ana, alhamdulillah, sihat seadanya. (^_~).






Hari ni ada majlis di ofis. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Segala puji bagi ALLAH, atas segala-galanya. Makan, ceramah, persembahan. Semua ada.






Setiap perkara, ada pro dan kontra. Ada lebih dan kurangnya. Apapun, setiap perkara, ada hikmah. Alhamdulillah. Terima kasih ya ALLAH.






Sedikit pengisian yang dapat ana kongsikan bersama sahabat sekalian pada hari ini:






Pilihan adalah ditangan kita. Samada kita mahu berjaya atau mahu gagal, semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Ramai orang berusaha untuk berjaya, tak kurang juga yang gagal untuk berusaha.






Pekerja yang cemerlang, adalah mereka yang berjaya mengawal diri mereka. Memastikan diri sentiasa dalam disiplin yang baik, memastikan diri sentiasa bermotivasi, memastikan diri tidak dikuasai oleh unsur negatif. Pekerja yang cemerlang juga, bukanlah hanya yang mahu cemerlang di dunia, tapi, mereka juga mahu dan berusaha untuk menjadi cemerlang di akhirat sana.






"SESIAPA YANG GAGAL UNTUK MERANCANG, MEREKA SEBENARNYA MERANCANG UNTUK GAGAL"






baiklah, sampai di sini dulu untuk kali ini. (^_~). Semoga ALLAH permudahkan pertemuan kita seterusnya. insya'ALLAH.






p/s : tadi buka FB, baru tahu tentang kelahiran puteri sulung us.Syaari dan Kak Nurul.. Fatihah Wajihah. (^_~). Tahniah. semoga srikandi akan menjadi muslimah terbilang, mengikut jejak langkah ibu dan ayah yang memang hebat! ust.Syaari, motivator dari IP consultant, yang gah dengan teori al fateh.






* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers