Assalamua'laikum.
Alhamdulillah, atas segala limpah dan rahmat dariNYA. Puji dan puja hanya untukNYA, ALLAH yang maha kuasa.
Insya'ALLAH, malam ni, ana dan suami akan pulang ke kampung.. Mana lagi, kalau bukan.................
Hehe, ni dah mula nak merepek sambil makan kerepeks. Fuhh, sedap betol. Sila cuba untuk merasainya sendiri. Cuba sekali, pasti nak lagi. (^_^).
Bas malam ni dalam pukul 9.30 waktu Malaysia. Bilangan penumpang yang akan bersama dengan kami pada malam ini masih belum diketahui. Tungguuu...
Kelantan, negeri kelahiran. Tempat tumpahnya segala keringat dan penat. Dulu, ana dan keluarga, tanam sayur. Jual di Pasar Tani di Machang dan Kuala Krai. Tanah seluas 1 ekar, tanam bermacam jenis sayur. Ada kangkung, sawi, ubi, bayam, timun, kacang panjang, bendi, terung, lada dan ada pokok lain juga. Antaranya ialah nenas dan tembikai. Oh, lupa. Jagung tidak terkecuali. Sayur-sayur ni, kami tanam bergiir-gilir. Ada rezeki lebih, tanam kat tempat lain jugak. Tempat terakhir kami bercucuk tanam ialah di belakang rumah. (^_~). Sekarang dah tak tanam sayur. Ada pokok buah-buahan dan kelapa serta pisang. Kelapa pandan tu projek FAMA. Ada dalam 100 pokok. Hehe.. Sesiapa yang nak merasa, sila datang rumah. Banyak buah, tapi tak ada orang nak peduli sejak ayah ana tak sihat. Dan tambahan pula, kami dah pindah rumah. Kebun tu belakang rumah lama. Bila hujung minggu je berpeluang balik. (^_~).
Pohon doa dari sahabat sekalian, semoga Majlis yang akan berlangsung 12 Mac (Sabtu) ini, berlangsung dengan lancar, ya.
Terima kasih diatas kunjungan dari sahabat semua. Terima kasih juga diatas doa yang tak putus-putus dari kalian. Semoga ALLAH meredhai kita semua.
Wassalam.
* STRIVE FOR MARDHATILLAH *