Rezeki

Rabu, 1 Disember 2010

detik yang berlalu takkan kembali


Assalamua'laikum.


Salam awal Disember buat semua. Semoga hari yang masih berbaki ini, dimanfaatkan sepenuhnya.


Masa, berlalu begitu pantas. Sedar atau tidak, kita sekarang sudah hampir ke penghujung 2010. Tinggal 30 hari saja lagi sebelum 2010 melabuhkan tirainya. ALLAHURABBI.. Tak terkejar rasanya.


Sahabat sekalian,

Apa yang telah kita lakukan sepanjang tempoh ini? Apakah amal yang telah kita lakukan? Apakah sumbangan yang telah kita berikan?


Seringkali kotak fikiran dipenuhi dengan persoalan sebegini. Mencambahkan muhasabah dalam diri. Betapa ruginya andai hidup dibiarkan berlalu begitu saja. Alangkah ruginya andai ruang dan peluang yang ada dilepaskan tanpa pengisian apa-apa.


Diri dan sahabat sekalian.


Hidup didunia ini hanyalah sementara. Andai dihitung, tak terkira banyaknya hutang kita pada orang lain, pada jemaah, pada saudara seakidah.


Lihat saja disekeliling kita. Betapa banyak jiwa-jiwa kosong yang perlukan belaian dari kita. Betapa ramai lagi anggota masyarakat yang memerlukan luahan kata dari kita, perkongsian ilmu yang tidak seberapa ni.


TAKUT.


Ya, takut sebenarnya. Banyak tanggungjawab kita terhadap diri sendiri, orang disekeliling, masyarakat, agama. Masa yang ada, tak cukup dengan amanah yang perlu kita lakukan. Takut dengan amanah yang masih banyak yang belum ditunaikan. Orang-orang disekeliling kita, pastinya akan menuntut haq mereka dari kita di Hari Pembalasan kelak. Ya ALLAH, ampuni kami. Ampunkanlah dosa-dosa kami yang menimbun ini.


Ayuh sahabat semua. Kita beriringan, mencari redha Tuhan.


Walau sebesar mana sekalipun dosa kita, jangan mudah berputus asa. Rahmat ALLAH maha luas. DIA maha pengampun. Jangan malu untuk menangis untukNYA. Jangan malas untuk meminta dariNYA. DIA tidak pernah sekalipun melupakan kita. DOSA DAN PAHALA adalah urusanNYA. Kita juga tidak dapat sekalipun mentafsir, samada apa yang kita lakukan selama hayat ini, adakah mendapat DOSA ataupun PAHALA. Semua itu adalah rahsiaNYA. DIA yang menentukan segala. Semoga diredhaiNYA dalam segenap urusan.


Sayang antum kerana ALLAH. Saling melengkapi antara kita.


Terima kasih ya ALLAH atas kesempatan yang KAU berikan. Matikanlah kami dalam iman dan ISLAM. Kami dambakan SyurgaMU.


Wassalam.

* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers