Rezeki

Ahad, 19 September 2010

Petunjuk jalan Syuhada'


Tugas kita sebagai daei' tiada sempadan.

Tiada istilah penat dalam perjuangan menegakkan kalimah 'LA ILA HA ILLALLAH'. Setiap orang adalah khalifah. Tugas sebagai penyampai, menyampaikan perkara yang ma'ruf, dan menghalang setiap perkara yang mungkar. Tugas ini bukan sahaja menjadi milikan tunggal para ilmuan. Ia juga bukanlah tugas hakiki kepada orang yang belajar bidang agama sahaja. Tetapi tanggungjawab sebagai penyampai/khalifah ini adalah jawatan hakiki bagi setiap manusia.

Ya, tugas sebagai daei wajib dipikul oleh semua manusia. Dalam zaman yang serba mencabar DIA telah berfirman bahawasanya, setiap manusia itu adalah pembantu antara satu sama lain. Ini terbukti dengan ayat yang ke-71 dari surah At-Taubah yang bermaksud : Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.


Ini membuktikan bahawa kesatuan dan saling bantu membantu antara setiap makhluq amatlah penting. Jika semua orang saling bergandingan, saling berpesan-pesan dalam kebenaran, insya'ALLAH, kerja-kerja menegakkan syiar ISLAM mudah.

Andai tiada siapa yang berusaha untuk memikul tanggujawab sebagai Da'ei, sebagai penyampai agama ALLAH kepada yang masih belum berpeluang mengenali ALLAH dan agamaNYA, adakah kita juga sanggup berpeluk tubuh, berpangku tangan, menggeleng kepala dan melarikan diri dari memikul amanah tersebut?

"Allah menjanjikan kepada orang-orang mukmin, lelaki dan perempuan, (akan mendapat) syurga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai, kekal mereka di dalamnya, dan (mendapat) tempat-tempat yang bagus di surga 'Adn. Dan keredhaan Allah adalah lebih besar; itu adalah keberuntungan yang besar", At-taubah, ayat 72.

Kenapa masih lagi ingin bersyarat dalam menunaikan amanah sebagai khalifah? Hanya ingin melakukan perkara senang. Sedangkan Rasulullah kecintaan ALLAh itu sendiri telah diuji dengan pelbagai ujian yang getir sepanjang hayatnya. Wajarkah kita memilih untuk mendapatkan sesuatu dengan cara yang senang, mudah? LAYAKKAH???


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers