Rezeki

Khamis, 19 Ogos 2010

percaturanNYA


Assalamua'laikum.


Salam 9 Ramadhan buat semua. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bersama Ramadhan kali ini, dengan kurniaan kesihatan yang baik, alhamdulillah.


Apa khabar sahabat sekalian? Doa dan harapan, semoga sihat wal afiat sentiasa, aminn.


Alhamdulillah, hari ni berpeluang bincang beberapa program untuk bekas pelajar SMK Keroh dengan beberapa orang sahabat. Dengan izinNYA, kami telahpun setuju untuk mengaturkan beberapa program bagi mengumpulkan sahabat-sahabat yang dah lama tak bertentang mata.


Gembira.. ya, rasa gembira dengan apa yang berlaku hari ini. Semuanya dengan izinNYA semata. ALhamdulillah, terima kasih ya ALLAH. Sentiasa mengaturkan yang terbaik untuk kita. Hikmah disebalik percaturanNYA memang sentiasa luarbiasa, bukan? Dizahirkan apabila tiba masanya, mencambahkan rasa syukur kepadaNYA. Semakin mekar rasa kehambaan dalam diri kita, bahawa semua yang berlaku adalah dengan kehendakNYA semata. Kita, hanya mampu merancang. Tapi perancangan kita belum tentu sama dengan apa yang ALLAH dah aturkan untuk kita semua. Dan apa yang kita mahukan, lebih kepada kehendak, bukan keperluan.=). Tapi DIA, sentiasa kurniakan apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita inginkan. Alhamdulillah.


***


Bila berbincang tentang program, banyak yang perlu difikirkan. Dari segi masa, tempat, ikhtilat. Banyak yang perlu kita ambil berat. Selalu ingatkan pada sahabat-sahabat, kita yang aturkan program, semua yang berlaku adalah dibawah tanggungjawab kita. Kalau berlaku maksiat, kita yang akan tanggung. Dosa sendiri pun tak mampu nak tanggung, memang tak sanggup nak tanggung dosa orang lain. Tak mampu!


Alhamdulillah, sahabat faham. Untung bekerja dengan orang yang berfikrah. Alhamdulillah, walaupun kami dari sekolah sekular, bukan dari sekolah aliran agama, tapi ALLAH izinkan kami mendapat tarbiah di IPTA. Alhamdulillah, better late than never! ALLAH masih sayangkan kami. Dengan sedikit bekalan yang ada, kami cuba untuk bantu sahabat kami. Tiba-tiba sayu bila sahabat berkata : 'cuba tengok sahabat-sahabat kita yang lain. Berapa ramai yang semakin hanyut dengan arus dunia yang sementara. Berapa ramai yang semakin menghilang dalam kesibukan untuk mengejar dunia. '


***

Termenung.. Berfikir...


Kalau bukan kita, siapa lagi yang nak rapat dengan mereka? Kalau bukan sekarang, bila lagi kita nak cuba tarik mereka semula?


Ya, kalau hanya mengumpulkan amalan untuk diri sendiri, bagaimana dengan orang lain yang berada disekeliling kita? Tidak kasihankah pada mereka yang sedang dahagakan ilmu? Tidak sudikah berkongsi makanan rohani dengan mereka semua? Ramai sahabat diluar sana yang sedang tergapai-gapai, berharap agar ada tangan yang sudi menyambut mereka. Berapa ramai yang senantiasa mengharapkan sinar iman bercambah dalam diri mereka.


***

Tanggungjawab sesama Muslim.


Kita punya tanggungjawab. Tanggungjawab sesama Muslim. Ingat lagi silibus sewaktu di Sekolah Menengah? Dalam matapelajaran Pendidikan ISlam. Ada menyebut bahawa manusia adalah khalifah.


ALLAH telah berfirman dalam ayat ke 30, surah Al-Baqarah, bahawa DIA menjadikan manusia sebagai Khalifah di muka bumi. Siapakah yang digelar khalifah? Kita semua. Ya, kita semua adalah khalifah. Antara tugas yang perlu digalas oleh seseorang khalifah ialah menyampaikan kebenaran, mencegah kemungkaran. Jadi, semuanya telah nyata di sini bahawa kita punya tanggungjawab yang besar. Tanggungjawab untuk memberi kesedaran kepada saudara kita yang masih terleka. Tanggungjawab kita untuk sama-sama memperbaiki diri, mempersembahkan yang terbaik kepada DIA.


***

Lihat keadaan sekeliling. Takut. Ada masanya, kita mampu untuk mencegah dengan lidah. Tapi, lebih banyak membenci dengan hati. ALLAH, lemahnya iman.


Semoga ALLAH beri kekuatan kepada kita semua untuk menunaikan tanggungjawab sebelum pergi menyambut panggilanNYA. aminn


"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah[845] dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." - An-nal, ayat 125.


* STRIVE FOR MARDHATILLAH *

muslimah


Allahumma khirli wakhtarli

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers